Friday, November 7, 2008

Ku temui 'Cinta'...?

Dekat nak exam ni, mmg saat2 yg genting, kadang2 tu nak faham bukan main la susah. Itu la namanya belajar, klu senang baik x pyh belajar, duduk kt kedai kopi ataupun terus bekerja…..
Lebih2 lagi belajar subjek ‘History of Islamic Philosophy’. Wpun memerima banyak kecaman daripada sesetengah pihak, namun ia merupakan muatiara ilmu bagi ummat Islam.


Tengah2 ligat otak ni ‘mengontemplate’ (dari perkataan contemplate), terfikir pulak nak jmpa Dr Farid Shahran yg mengajar kami subjek ni. Ambik ‘berkat’ sikit…..hehe (biasala dekat nak exam). Ingatkan boleh la nak dapatkan tips, skali kene basuh la pulak…..

Dr Farid ketika di Berlin

Memang betul kata2 Dr, ahli falsafah terdahulu telah banyak berjasa memerah otak untuk mengharmonikan antara falsafah barat dan agama. Kalau tak, sampai skrg kita akan mewarisi agama yg dicelup oleh falsafah barat. Memang barat drpd dulu lagi ingin merusakkan keaslian agama Islam dan sehinggalah sekarang dgn pelbagai fahaman; liberalisme, hedonisme, sekularisme dll.

Mata pelajaran ini telah banyak membuka minda untuk berfikir dalam persepsi yang pelbagai. Bukan hanya jumud dgn merujuk ulama’ tertentu shj. Atau berat sebelah pada satu pandangan tanpa mengkaji pendapat yg bertentangan. Sbb itulah kdg2 wujud ‘puak’ yg extremist membida’ah yg itu dan yg ini tanpa melihat pada maslahah dalam skop yg meluas.
Melaui matapelajaran ini jugalah baru ku tahu apa erti sebenarnya ‘AQIDAH’ yg merupakan tunjang dan asas kepada agama…..


AQIDAH- bkn skdr kepercayaan kepada Allah dan rukun Iman
AQIDAH-bkn ritual agama yg menjadi ikut2an
AQIDAH-bkn skdr amalan2 ibadah
Tetapi….
AQIDAH yg sebenar ialah kefahaman kita terhadap Islam dan tuntutannya ke atas kita sebagai hamba Allah…..


Daripada perbincangan inilah Dr mula memancing kami untuk menyintai ilmu, salah satu drpd gedung ummat Islam yg telah ditinggalkan. Belajar bukan sekadar untuk mendapat sijil yg digunakan sebagai alat utk mendapat pekerjaan tapi belajar utk menggali khazanah ilmu peninggalan ummat Islam.
Sbb itulah ummat Islam x maju, belajar untuk kebendaan dan bkn kerana cintakan ilmu.
Asas dasar itulah aku menyimpan cita2 utk terus menyintai ilmu dgn melanjutkan pelajaran bkn sekadar ‘degree’ tetapi lebih drpd itu. Terima kasih Dr krn menyedarkan aku ttg hakikat ini.

2 comments:

Anonymous said...

Salam,
nais artikel n sempoiii..aku jumpe lec subjek #### td...die tny, nak sambung belajar katne..aku ckpla nk try istac..die trus menerus kondem.."buat pe blaja situ".."xde org nak pegi situ".."falsafah ni mengarut,bahaya".."baik strong kn pemahaman kite kat Quran n Sunnah".."life is short..xperlu pk ngarut2 sgt"

aku pk..mmgla btul..itula segala2nya sumber ideologi kite..sumber agama..tp tanpe ulama2 ahli kalam dulu,yg mengharmonikan kuasa akal n agama, xdela framework aqidah kite yg indah mcm skg..tah2 mungkin kite skg jauh dlm adat hindu n pahaman2 org tua (cth:jgn ddk dpn tangga,nnt xde org nak kawin..LOL!!)
tp dgn izin Allah dpt kita merasa indahnya Islam hasil2 dr titik peluh ulama2, tabiin,salafussoleh,ahli kalam, ahli fiqah etc..
kenapa perlu pndg rendah akal kite?kenape xnmpk tujuan knp kita diberi akal? adakah die cube mewujudkan sifat taqlid dlm diri student? kenapa perlu menyerang bidang lain? kite sume ni diberi bidang2 ilmu yg berbeza sbg tanggungjawap..falsafah pn bukan utk sume org..comparative religion pn bukan utk sume org..tp kenape perlu menyerang satu sama lain?kenape xharmonikan antara ilmu2?Islam ni kan agama global..Sume ilmu dtg dr Allah..atas akal kite utk harmonikan dgn agama..pahaman2 western pn bukan 100% najis..kite nmpk sosialism,kapitalism boleh harmoni dgn agama..cume jgn ekstrem n berat sebelah dgn satu2 persepsi..itu cara Barat memandang ilmu tu..tugas kita utk memandang ilmu tu dr persepsi islam..islam ni agama moderate, islam ni agama fitrah..mudah kan islam ni?jgn terlalu memandang serong pandangan berbeza..cari titik persamaan dan harmonikan dr situ..

sekarang baru aku nmpk punca perpecahan umat islam..jumud, taqlid, salah menyalahkan persepsi yg lain tnp mengkaji secara detail..well,tanda2 akhir zaman kot..lol..

Abu Yasir said...

Begitula masalah yg dihadapi ummat Islam, spptnya kita elak pertembungan sesama sendiri dan bersatu menghadapi pertembungan kuffar. Syukran atas komentar, harap kita dapat tgktkn usaha utk sedarkan yg masih belum sedar akan hakikat ini....