Monday, June 15, 2009

Belia dan Perubahan



Kebelakangan ini kita telah dihidangkan dengan pelbagai berita yang kurang enak berkenaan belia terutamanya yang melibatkan belia ‘Islam-Melayu’. Cerita-cerita ini didedahkan oleh media-media tempatan mencerminkan betapa tahap nilai moral belia zaman sekarang amat membinbangkan.

Terbaru ialah pengakuan seorang pelajar perempuan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia jurusan undang-undang telah mengaku bersalah atas tuduhan khalwat di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Lebih merunsingkan lagi apabila baru-baru ini, seorang pelajar Tingkatan Empat sekolah menengah agama di Kuantan telah mengaku membuang mayat bayi disebuah rumah sewa akibat daripada dirogol seorang kenalan sehingga mengandung.

Ini hanyalah bebarapa kes yang didedahkan kepada pengetahuan umum manakala yg tidak didedahkan pasti lebih menggerunkan kita. Belia selaku pemimpin Negara pada masa akan datang seharusnya sedar akan situasi sekarang dan perlu cepat melakukan perubahan.

Melihat kepada perubahan, perubahan seperti manakah yang diperlukan oleh belia kita? Kerajaan telah melaburkan beribu-ribu ringgit bagi membina modal insan dan merubah belia terutamanya dalam merealisasikan program Latihan Khidmat Negara dan Aktiviti Rakan Muda. Namun masalah belia kita masih belum mampu untuk diselesaikan. Sejauh manakah keberkesanan program tersebut untuk menyedarkan belia masa kini?

Setelah diteliti maka benarlah bahawa perubahan yang diperlukan belia itu haruslah timbul dari dalam diri belia itu sendiri dan bukannya perubahan luaran sahaja. Belia haruslah tahu untuk apa mereka diciptakan dan ke arah mana hala tuju mereka. Belia juga harus mendekatkan diri mereka dengan Islam sebagai tunjang dalam kehidupan mereka. Dengan ini, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dengan berani mengambil inisiatif untuk membawa hala tuju belia dengan pelbagai program yang dapat membina jati diri belia dari pelbagai sudut termasuklah luaran dan dalaman.



Oleh itu marilah sama-sama kita golongan belia melakukan perubahan dalam diri kita dengan melihat kepada sirah dan sejarah pemuda zaman dahulu yang lebih ‘advance’ dan mampu mengubah landscape dunia. Al-Quran turut menyebut beberapa kisah pemuda yang mampu dijadikan contoh sebagai agen perubahan dalam masyarakat:
Pertamanya adalah kisah ashaabul kahfi sebagai kelompok pemuda yang beriman kepada Allah SWT dan meninggalkan majoriti kaumnya yang menyimpang dari agama Allah SWT, sehingga Allah SWT menyelamatkan para pemuda tersebut dengan menidurkan mereka selama 309 tahun (Surah AlKahfi).

Kisah pemuda ashaabul ukhdud dalam al-Qur’an juga menceritakan tentang pemuda yang tetap dalam keimanannya kepada Allah SWT sehingga menyebabkan banyak masyarakatnya yang beriman dan membuat murka penguasa sehingga ratusan orang dibinasakan dengan diceburkan ke dalam parit berisi api yang bergejolak (sabab nuzul QS ). Dan masih banyak lagi contoh-contoh kisah para pemuda lainnya seperti Usamah Bin Zaid yang telah mengepalai pasukan tentera pada zaman Abu Bakar tatkala dia masih berumur sekitar 17 tahun.

Marilah sama-sama kita keluar daripada kemelut masalah belia ini dengan membawa perubahan dengan mengambil iktibar dan contoh daripada tokoh-tokoh pemuda pada masa silam……

Dipetik daripada website: pembinakl

Wednesday, June 3, 2009

¬Indahnya Baitul Muslim (Bah.2)¬


Sambungan…..

InsyaAllah ruangan kali ini menampilkan pengisian yg sedikit ilmiah dan

Bila bertanya kepada pengantin

“kenapa kawin?”

“Ikut sunnah…..” Itulah jawapan yg sering didengari apabila soalan di atas diajukan. Tapi betul ke mengikut sunnah? Atau lebih kepada mengikut adat? Mudah-mudah sahaja ‘claim’ ikut sunnah. Tapi bila sampai waktu majlis, macam2 perkara ADAT YANG MELANGGAR SUNNAH diamalkan….

ALA2 ‘BERSANDING’

Memang sejak kebelakangan ni amalan ‘ala2 bersanding’ makin subur dikalangan msyrkt kita. Alasannya “Ala, nak tangkap gambar je, bukan ada tepung tawar pun” Hakikatnya memang amalan bersanding itu HARAM dari sudut Islam walau apapun alasan yg cuba utk diberikan. Memang ‘bersanding’ zaman sekarang ni sudah di ‘modify’ kan, tiada lagi tepung tawar, tiada lagi bersilat. Tapi yang diharamkan oleh Islam itu ialah ‘MEMPROMOSIKAN’ si isteri dengan keadaan BERTABARRUJ. Alangkah dayusnya si suami….

Satu lagi trend ialah menayangkan gambar2 ‘mesra’ selepas bernikah menggunakan projector. Semua orang yg hadir dapat tengok gambar ‘mesra2’, ‘peluk2’, ‘senyum2’ sang isteri dan suami. Alahai romantiknya…..

Cukuplah sekadar membuat tempat yang khas utk bergambar dalam bilik si pengantin; aman daripada fitnah pandangan orang ramai…..

Tidak lupa juga acara memotong kek sambil si suami menyuapkan si isteri, kalau dalam rumah tak apa la, tapi dilakukan di depan para tetamu yang meluat melihat aksi2 15SX tu… (tak lupa yg pengantin perempuan tu bertabarruj). Memotong kek hanyalah meniru cara sambutan perkahwinan adat barat dan bukanlah adat orang melayu.

Dan amalan yang paling tak menarik utk disebut bila mana pengantin lelaki memakai rantai sebagai memenuhi protokol pemakaian pengantin. “Ala, bukan emas pun” tapi tidakkah anda tahu bahawa memakai rantai itu menyerupai perempuan dan menyerupai perempuan adalah haram di sisi Islam.

PERCAMPURAN ANTARA LELAKI DAN WANITA

Majlis yang terdapat percampuran antara lelaki dan wanita adalah majlis yang rusak lagi maksiat. Islam tak pernah pun menggalakkan majlis seperti ini. Jangan memberi alasan tak mampu nak pisahkan lelaki dan perempuan, “ala, nanti susah la family nak makan sekali”. Alhamdulillah majlis saya berjalan dengan meriahnya walaupun berjaya mengasingkan tempat duduk antara lelaki dan perempuan.

PEMBAZIRAN

Inilah yang amalan yang sukar sekali untuk didefinisikan tapi amat mudah untuk diamalkan. Tujuan walimah dibuat untuk memberikan makan kepada para tetamu namun ianya sering dipergunakan untuk menunjukkan yang majlis walimah dia lah yang paling ‘grand’, paling ‘meriah’ seolah2nya ‘Wedding of the year’ maka berpuluh ribu wang ringgit dibelanjakan semata untuk mendapat dosa pembaziran. Berapa puluh persalinan dibuat bagi Nampak lebih GAH lagi. Maka jadilah majlis walimah ini tempat untuk bersaing siapa punya majlis paling ‘Gempak’ skali. Walhal pembaziran itu merupakan sekutu rapat syaitan dan dosa yang tersembunyi. Adakah menjadi sunnah utk menyambut sesuatu dengan pembaziran?

KESEDERHANAAN MENJADI PILIHAN

Saya sekeluarga memilih jalan kesederhanaan utk menyambut orang baru dalam keluarga kami sebagai tanda kesyukuran. Alhamdulillah keluarga pihak perempuan turut mengamalkan ‘wasatiyyah’ dalam walimah kami. Tiada pelamin yg gah ataupun majlis yang grand2. Tiada makan beradab dan tiada bersanding. Walapun dalam keadaan sederhana namun suasana cukup meriah dengan kehadiran para tetamu yang ramai dan berselera dengan juadah.

PENGASINGAN LELAKI DAN PEREMPUAN

Ramai yang menjadikan alasan ‘susah’ nak di pisahkan tempat duduk lelaki dan perempuan dalam walimah namun bermula dengan kenduri abang dan seterusnya saya, para tetamu tidak mempunyai masalah untuk duduk berasingan. Kami siap menyediakan papan tanda ‘Rijal-lelaki-men’ dan ‘Nisa’-perempuan-women’ bagi memudahkan para tetamu memahami ‘protokol’ Islam dalam majlis kami. Alhamdulillah para tetamu makan dengan selesa dan tanpa segan silu…

MENDOAKAN PENGANTIN & TETAMU SOLEH

Dalam mencari keberkatan dalam sesuatu majlis walimah, doa daripada tetamu kepada pengantin amatlah diharapkan. Dengan penampilan yg sederhana dan ‘rajin’ bertemu tetamu, maka ramailah yg mendoakan:

بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ

“Semoga Allah memberikan keberkahan kepadamu, memberikan keberkahan atasmu, dan menyatukan kamu berdua di dalam kebaikan.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Dalam sesetangah majlis, pengantin yg sibuk duduk bersanding atau makan beradap terlepas untuk bermesra dengan tetamu yang hadir menyebabkan terlepasnya mereka akan keberkatan doa tetamu tersebut.

Kehadiran tetamu yang soleh juga menjadi faktor dalam keberkatan sesuatu majlis bukannya majlis yang GAH memperagakn baju2 yang mahal dsb. Bukan juga dengan kehadiran tetamu yang tidak berpakaian sopan dan tidak meutup aurat.

Semoga serba sedikit menjadi panduan dalam kita menjalani kehidupan berkeluarga InsyaAllah…. Bagi yang sudah menjalani majlis walimah, marilah sama2 kita beristighsar atas dosa yang disengajakan atau tidak….