Thursday, October 30, 2008

Jamuan Raya ISMA Gombak......

Jamuan Rumah terbuka ISMA Gombak di rumah ust Asri pada 27 Oct 2008 (Isnin);

...aktiviti makan+sembang yg meriah...


Sempat jgk post jamuan raya walaupun makanan tu dah digest 4 hari yg lepas..... Just nak share wpun tgh mood exam ni.... Jamuan rumah terbuka di kediaman ust Asri di Greenwood, Gombak. Sempat la pegi dgn mmber 'sekereta' ; amran, arshad, muiz, taken, adam n fish (fasha bkn nama sebenar). Pg dlm pkl 11pg, dgr amanat sket dr tuan rumah n then menjayakan acara kemuncak.....


Sabar menanti...., Umar dah stat usyar makanan sasaran....


Dlm kol 12.30 jgk la baru reti nak balik..... Yela, makan smbl sembang smbl makan lagi dan lagi..... Gini gaya hilangla diet sihat spt yg diamalkan oleh UAR (nama samaran)..... hehe


Umar muka lapo.....

Apa2 pun meriah, dpt eratkan ukhuwwah smbl memenuhi tuntutan jmptn dan perut..... Moga amal kita diberkahi Allah, ameen.....

Umar dah ceria bila bedal nasi tomato 2 pinggan.......

*for more thrilling pics, dont hesitate to visitUmar Abdul Rashid blogging site......

Tuesday, October 28, 2008

Wanita berseluar......


Ingatkan nak bg general view shj ttg aurat wanita tapi dah ter'drag' dlm diskusi yg pnjg. mgkn itu la nature ilmu, takkan habis2 perbncgnnya. Moga perkongsian ini dpt mmberi ilmu dan manfaat kpd kita semua.... Memandangkan saya bkn lah org yg layak utk mmbncgkn isu ini, cuma memetik pendapat ulama' yg lain....:

Boleh dalam beberapa keadaan,
dalilnya:

من لم يجد إزارا فليلبس سراويل

Dari Ibn Abbas ra, Nabi saw bersabda," Sesiapa yang tidak ada sarung, hendaklah memakai seluar panjang." [sahih Bukhari (5804)]

Hukum ini umum, bagi perempuan dan lelaki. Tapi seluar perempuan hendaklah berlainan dengan seluar lelaki kerana mereka tidak boleh sama dalam bentuk penampilan diri dalam berseluar. Dalilnya:

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم المتشبهين من الرجال بالنساء ، والمتشبهات من النساء بالرجال

Terjemahnya: Dari Ibn Abbas ra: Dilaknat RasuluLlah ke atas lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. [Bukhari, 5885]

Seluar perempuan hendaklah berlainan dari lelaki, misalnya designyal, longgar dan ada jilbab (outer garment) yang menutupi figur (bentuk badannya, terutama pinggul dan pahanya. Dalilnya:

ونساء كاسيات عاريات

Dari Abu Hurayrah ra, bahawa Nabi saw pernah melihat ahli Neraka terdiri dari wanita yang berpakaian tapi (masih) telanjang..
[sahih Muslim, 2128]

Ini pendapat dalam madzhab Syafi'iy melalui Imam Rafi'iy (syarh alMuhadzaab,5/92).
Tapi madzhab Hanbali, yang diamalkan di KSA mengharamkan terus pemakaian seluar panjang oleh perempuan (jika tidak mengenakan 'abaya' pakaian luar). Misalnya Fatawa Mar'atil Muslimah (3/851), begitu juga pendapat al-Albani ketika membuat radd (bantahan) kepada pendapat arRafi'iy dalam alJilbab (159).

Rumusan:

1. wanita boleh memakai seluar jika seluar itu berlainan dari fesyen lelaki, tidak ketat, dipakai pakaian luar menutupi pinggulnya
2. Terdapat fatwa yg keras dari KSA bahawa wanita ditegah dari memakai seluar panjang yang ketat dan menampakkan pinggulnya.



Saturday, October 25, 2008

Guideline aurah....


Herm.... ada org request utk guideline aurah ni, so boleh refer la figure kt bwh. kebanyakan kita claim dah tutup aurat dgn betul tapi kadang2 kita tak concern pun... Ttp gitu2 sudah.... Hari tu ada jgk smbg dgn mmber2 ttg aurah ni, adik dia (perempuan) suka pakai seluar kat rmh tapi dia asyik tegur adik dia selalu pakai seluar. Alasannya sebab ia lebih kepada sifat kelelakian. Sorg lg member bila tegur adik dia skali tapi tak nak ikut, dia kata "sukati kaulah". So apa kesimpulan perempuan memakai seluar?


Sebenarnya banyak penulis telah memberi komen tntang aurah dlm blog mereka termasuklah ust zaharuddin (www.zaharuddin.net), namun jarang yg memperincikan hal memakai seluar bagi wanita. Mgkn memberi ruang kepada wanita itu sendiri memikirkan apa yg terbaik dan sesuai utk mereka. Apa yg mereka pakai itulah yg mencerminkan keperibadian mereka.

Bagi saya x salah kalau memakai seluar sesuai dgn aktiviti yg dijalankan tapi perlu tidak terlalu expose dgn lelaki. Bak kata sucre (bkn nama sebenar), batasan tu perlu di jaga. Apapun pakai jubah atau kain lebih menjaga keharmonian dan ketenteraman lelaki....

Saya ada seorang adik perempuan darjah6, jgn harap la nak kuar rumah pakai seluar, mesti kene sound dgn 'ummi'... tu belum kene sound dgn abg2 dia lagi..... Hehe, tak nak dibiasakan dgn seluar, nanti perasaan malu itu hilang perlahan2
Wallahua'lam....

Friday, October 24, 2008

Wanita dan hijab....


Tgh scroll2 email tiba2 tertarik plak dgn tajuk 'ciri2 pakaian wanita ikut sunnah', herm.... kenapa selalu wanita bkn lelaki??? Mgkn wanita mudah lagi utk tdk menjaga aurah berbanding lelaki. Atau mgkn ramai wanita yg msk neraka krn tdk menjaga aurah mereka??? Apa yg penting wanita ni perlu lebih berhati2 mnjg aurah mereka krn byk ayat2 qur'an yg menyentuh ttg hal aurah wanita. Sbb definisi aurah bkn setakat berpakaian tetapi percakapan, perwatakan dan penampilan....

1. Pakaian itu mestilah menutup aurat

Rasulullah saw bersabda :

Telah berkata Aisyah r.a “ Sesungguhnya, Asma’binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”

2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar

“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh”

(Riwayat Muslim)

3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit , tetapi longgar atau selesa dipakai.Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.

Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab r.a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemidian berkata , “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!” Lalu seseorang berkata “ Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .” selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak”

4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya( terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya) . Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam)


5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi.Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.

“Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur ”

(Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)

6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru –niru atau menyerupai pakaian lelaki

Telah berkata Ibnu Abbas : “Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki”

(Riwayat Bukhari)

7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian permpuan-perempuan kafir dan musyrik

8. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.

Wednesday, October 22, 2008

Duit oh duit......



Mengurus kewangan…..

Semalam merupakan kelas terakhir bagi subjek ‘Investment Analysis’ yg di ajar oleh Bro Azhar, seorang lecturer yg sempoi dan sering berkongsi tips dalam kehidupan. Setelah selesai presentation utk haritu, sir(panggilan lecturer lelaki di UIA)mula berkongi tips berkenaan investment in properties, sesuai utk peringkat umur kami yg tidak lama lagi akan menceburi bidang kerjaya….


Apa yg mula muncul dalam fikiran kita apabila mendapat gaji pertama????.... Sudah tentu la membeli kereta…hehe, biasa la senang nak jalan2 (time belajar dulu sibuk study,x smpt nak jalan2) tak pun boleh tayang kat member2. Tapi sebenarnya aset kenderaan bukan satu pelaburan yang bijak kerana salah satu ciri pelaburan yang baik ialah asset yang nilainya meningkat (value appreciation). Kereta??? Kene bayar installment lagi, kene service lagi dan bila dijual nilainya susut dengan mendadak, jadi kereta bukanlah satu pelaburan yg bijak….


Membeli rumah

Salah satu asset yg nilainya meningkat (appreciate) ialah rumah. Pengalamn sir sendiri membeli sebuah rumah di area Greenwood dengan harga RM 155k. Apabila ingin menjual melalui agen (perkhidmatan membeli dan menjual rumah), agen tersebut menyatakan bahawa harga rumah terpaksa diturunkan kepada RM150k supaya mudah mndapat pembeli. Mujur sir tak mengikut agen tersebut lalu memacakkan papan tanda ‘for sale’. Tak lama lepas tu dlm 50 panggilan diterima dan ada yang menawarkan untuk membeli dgn harga RM190K!!! Bayangkan keuntungan yg boleh dijana dalam tempoh yang singkat daripada pelaburan yg bijak!!!

Cash Reserve

Tapi itu sekadar cerita sahajalah. Skrg ni mana kita nak ada duit utk pelaburan semewah itu. Sebab itulah perlunya ‘cash reserve’ sejak mula2 kita terima gaji…. Sekurang2nya put aside 20% dairpada gaji kita sbg simpanan atau ‘cash reserve’. Selain daripada bermanfaat di waktu kecemasan, ianya juga sebagai persiapan utk pelaburan bijak….. Kalau boleh tangguh dulu hasrat utk memiliki kereta kerana ia mengurangkan ‘cash reserve’ sambil meningkatkan ‘expenses’…. Jangan pula kita berbelanja dan yg lebih itu sbg simpanan tetapi dahulukan simpanan barulah berbelanja sekiranya ada lebih…..

Maka terpulanglah pada diri kita masing2 untuk memilih, ini hanya sekadar pandangan daripada seorang pensyarah yg lebih pengalamannya dari saya……

Tuesday, October 21, 2008

Ekonomi dan dunia.......

Ekonomi di UIA

Sewaktu awal2 mengambil jurusan ekonomi di UIA ni, seolah2 belum jelas lagi halatuju dan tujuan mempelajari subjek ni..... Namun setelah 3 tahun 'bergelumang' dengan ekonomi ditambah lagi additional subject di UIA ni yg memuatkan Islamic Economics sbg requirement, maka terasa amat penting untuk mempelajari ilmu ekonomi atau dalam bahasa arabnya "Ilm Iqtisad". Memandangkan ekonomi Islam embeded dalam jurusan ini, maka ia mempunyai kaitan rapat dengan fiqh muamalat....
Salah seorang ulama tersohor, Imam alGhazali telah menyebut dalam Kitab mashurnya Ihya', bahawa mempelajari ilmu fiqh muamalat merupakan salah satu fardhu Ain memandangkan kita terlibat dengan aktiviti ekonomi setiap hari. Kalau tidak menjual kita membeli, kan kaum melayu terkenal sbg golongan pengguna yg tegar. Setidak2 nya kita pernah pegang duit kertas yang nilai sebenarnya tidak pun smpai RM0.5. Mana mungkin kita mmpu hidup independent dlm dunia
globalisasi ni unless kita masuk hutan n then tanam padi sendiri, bela ayam dan tanam sayur sendiri. Nak tak nak, tiap2 hari kita deal dengan org lain especially dlm urusan ekonomi.....
Teringat waktu first2 kelas macroekonomi dengan Dr. Arif Zakaullah bila dia tanya "What is economics?", macam2 jwpn keluar, ada yg jawab "money""trade"...... Tapi yg sebenarny ialah "A social science that study human behavior.....". Dari definisi ini maka mmg kita tak mmpu untuk mengelak daripada daripada tempias ekonomi....


Pembahagian AlGhazali

AlGhazali seterusnya membahagikan cabang muamalah kepada 6:
1. Bay (jual beli)
2. Riba'

3. Bay Salaam (forward sale)

4. Ijarah (sewa, upah)
5. asSyirkah (partnership)

6. alQiran/Mudharabah (investment)

Menurut beliau, setiap manusia yang memiliki kehidupan mesti mengetahui keenam2 cbg ini.



Ekonomi dan dunia
Melihat kepada perkembangan dunia sekarang, memang jelas lah bahawa ilmu ekonomi amat penting dalam kehidupan. Jatuh bangunnya sesebuah negara kadangkala di tentukan oleh kekuatan ekonomi. Hanya org yg memahami ekonomi mmpu menjelaskan tentang keadaan ekonomi yang dialami dunia masa ini. Bukan hanya ahli bisness yang menerima tamparan akibat kejatuhan ekonomi, malah orang biasa yg tidak trlibat dgn aktvt bisness pun akan merasa peritnya. Kenaikan harga minyak diikuti oleh kesan rantaian (chain effect) terhadap harga barang runcit dan harga barang yg lain.....

Alangkah untungnya kalau kita dapat menjelaskan situasi ini dan kesannya. ahli ekonomi sudah pasti dapat mengesan tnda2 sebelum berlakunya kejatuhan ekonomi ini, dan sudah pasti mereka telah mengambil langkah2 lebih awal bg menghadapinya..... apapun itu dr sudut konvensional....Mgkn slps ini kita cuba lihat dari sudut perspektif Islam...
(untuk info menarik mengenai dunia ekonomi Islam, sila lawat www.zaharuddin.net)

Monday, October 20, 2008

Resurrection.....


Kebangkitan..... sesuatu yang memerlukan keimanan untuk mempercayai tentang hakikat ini. Alhamdulillah telah selesai 'presentation' tentang 'Theory of Resurrection; A Comparison Between AlGhazali and Averroes'. Agak pening jugak untuk memahami teori yang dibangkitkan oleh kedua2 ahli falsafah ni. Bukan sesuatu yang dibuat secara sukarela tetapi bagi memenuhi kehendak subjek "History of Islamic Philosophy" (RKUD 4350).

Sebelum ni tak terfikir pun wujudnya perbincangan ttg teori kebangkitan.... Walaupun tak pernah mempertikaikan kedua2 ahli falsafah yang hebat ni, namun masih terdapat pertikaian anara mereka berdua. Biasa lah, manusia.... Ulama mazhab fiqh pun terbahagi kepada lebih daripada empat......

Tetapi apa yang menarik ialah idea2 yg dikemukakan oleh kedua2 pihak dimana alGhazali menyangkal hujah2 para falsafah terdahulu seperti ibn Sina dan Farabi di dalam kitabnya 'Tahafut alFalasifah' manakala Ibn Rushd pula membalas hujah alGhazali dalam kitabnya 'Tahafut alTahafut'. Secara umumnya mereka bersependapat dalam hakikat kebangkitan cuma berbaza dalam bentuk atau cara dibangitkan; dlm bentuk spiritual atau jasad-atau kedua2nya.




Untuk perbincangan lanjut tentang tajuk ini, sila lihat pada ruangan slide show

Saturday, October 18, 2008

'Examaniac'

Bahang peperiksaan akhir semester kian terasa...... Ini lah yang dirasai pada akhir setiap semester, namun ia menguji samada kita benar belajar utk ilmu atau atau sebaliknya.... Kalau macam tu salah ke study utk exam?......