Saturday, November 15, 2008

iniperjalanankita.wordpress.com....

Selasa 11 Nov

Akhirnya bermulalah sebuah perjalanan……. Kali ini bercuti2 ke selatan bersama ikhwah UIA Gombak. 2 Avanza dan sebuah Nissan Latio Berjaya memuatkan 14 org ikhwah yg tak kurang kecilnya (sebesar syuk je)… Memang dinantikan jaulah ni lagi2 lepas tension exam. Dgn taklifat mghafal doa safar dan dua kuiz menanti, kami x sabar2 menjadikan jaulah ini kenyataan. Jam 9.30 malam kami bertolak (semoga Allah menjaga kami spnjg Jaulah ini) ke Seremban, jmpa dgn Akh Omar Kassim yg menanti kami di pejabat ISMA Seremban.


Akh Omar melayan kerenah Hafiz

Rabu 12 Nov

Keesokannya kami mengambil kesempatan menziarahi Us Halim di Sikamat. Alhamdulillah berpeluang berjumpa dengan orang yang hebat seperti beliau. Sambil bersarapan kami beramah mesra dengan insan yg memegang sarjana dlm bidang ‘chemical engineering’ di Uni Melbourne dan diploma lanjutan dalam bidang syariah di Mesir. Kesungguhan beliau utk ke Mesir di tanam sejak di bangku sekolah dan setelah gap beberapa tahun impian tersebut masih belum pudar.

Us Halim mendukung anak bongsu

Bertemu dgn org hebat seperti beliau serba sedikit tertempias auranya membuat kami kagum dan secara peribadinya aku yg sblm ini hanya mendengar cerita dan membaca blog beliau, hari ini baru dapat ku bertemu mata. Timbul rasa kepuasan dan semangat untuk menuruti jejak langkah kesungguhan beliau. Lebih menarik lagi, dalam umur 19 tahun beliau telah mendirikan rumah tangga dan kini baru memiliki 13 orang anak. (hehe…Bab kawin x dpt nk ikut la tapi anak blh nk compete lg….)

Tazkirah: Seorang Dai perlu memiliki sifat Ikhlas, Amal, Jihad dan Istiqamah (consistency)

Membuang tebiat di tengah pantai.....

Kami meneruskan langkah ke PD utk meneruskan aktiviti pantai. Agak diluar tabii jgk apabila main bola berpasangan tgh2 panas terik (jam12.30tghr). Meneruskan perjalanan ke Pasir Panjang utk bertemu dgn ikhwah UNiTI (Us Razman, Us Sofi, Ujang, Akh Abu Bakar, Cikgu Zain dan Us Sabri). Seusai mkn tghr dan mendgr tazkirah drpd Us Sofi, kami pantas menuju ke Melaka utk perhitungan futsal menentang ikhwah MMU. Hehe, biasala ikhwah Gombak mana nak kalah.

Muka2 kemenangan bersama ikhwh MMU

Malam itu kami menginap di pejabat ISMA Melaka sambil mendengar amal ikhwah Melaka. (UTEM, MMU, Politeknik Merlimau). –Kredit kpd Akh Rauf yg telah melayan kerenah kami.

Tazkirah: Kefahaman-membina individu muslim, msyrkt moslem…Uztaziyatul Alam

Khamis 13 Nov


Nak masuk kene byr, bergambar sude.....

Pagi2 dah Qiam fardi (la sgt…). Sarapan mapley (onne2…) dan terus sesi bergambar di depan Kapal di Bandar Melaka. Sempat pusing2 dan beli sedikit cenderamata. Destinasi seterusnya, Kulai bakal menjadi mangsa….. Disambut mesra oleh Pak Uteh (thanks a lot) dgn mkn tghr yg menyelerakan. Seterusnya Akh Fauzi membentangkan amal di Johor disulami dgn bubur lambok Johor special.

Penjaring hatrik 2X tersenyum besar di dpn (bersama ikh YPJ)

Saat perhitungan dgn ikhwah Johor (KRIM dan YPJ) menyaksikan pertembungan yg hebat; akhirnya terpaksa dimenangi oleh Ikhwah Gombak. Malam kami berziarah ke rumah Pakcik Tumiran (ayahnya Tom) demi berpinggan2 nasi ayam dan kemudian mendengar celoteh Pakcik Zain (ayahnya Ayman) sambil menjamu sandwitch dan cocktail….Peh, terseksa perut malam tu… Pakcik zain pun x krg hebatnya dgn pengalaman2 yg x ckp dikongsi semalaman. (like father like son la)….

Tom n tom's BIG family...

Pakcik Zin berjaya 'menggebang' kitorang

Tiba di masjid Taman Puteri, Kulai utk mengumpul kekuatan Qiam esok…

Jumaat 14 Nov

Qiam fardi lagi (la sgt…). Pagi2 lg slps subuh kami disuntik dgn input dr pak Uteh (Dakwah vs Ijazah) sbg bekalan kami. Hari ini kami mempunyai misi khidmat masyarakat menyampaikan sumbangan kepada keluarga kurang bernasib baik. Berpecah kpd 3 kumpulan (mgikut kereta), kmpln kami menziarahi seorang makcik yg membesarkan lima org anak dan menyampaikan smbgn sekadar yg mmpu. Terasa amat bersyukur kpd Allah melihat ni’mat kesejahteraan dan dakwah yg dilimpahkan kpdku. Kami tutup jaulah ini dgn post-mortem dan kata2 smgt dr pak uteh. Destinasi seterusnya kami ‘shoot’ ke UIA sambil tersinggah pekena cendoi jagung

Bersama pakUteh di Masjid taman puteri, Kulai....


Terlalu byk yg kukecapi dlm jaulah ini dan x sabar2 menanti jaulah seterusnya…. Dgn tdk melupakan amal yg perlu dibuat diantara dua jaulah ini….

2 comments:

Unknown said...

Betul ke Ust. Abd Halim lepasan Uni. Melbourne dan kemudian sambung Diploma Lanjutan Syariah. Tertidur masa taaruf kot...sekeh sikit.

Abu Yasir said...

Kalau tak silap telinga mendengar la.... Biasala pagi2 tp tym sarapan tak la tertidur. Kalau salah tlg la betulkan, x pyh la nak sekeh2.... Proses taaruf, mana ckp sekali maa...