Monday, November 3, 2008

BoNgKaR!!!!>>>>>>>>

Alhamdulillah, 4 paper dah lepas, baki 2 paper lagi untuk terus ku harungi....... Kadang2 letih jgk nak fokus study especially time exam..... Apa2pun itu telah menjadi tugas dan t/jwb kita sbg pelajar..... Seharusnya kita menjadikan ilmu itu sbg rakan permainan kita, bukan hanya pada saat genting exam........

Apepun, yg ingin dikongsi bersama di sini ialah satu konspirasi........
Konspirasi yg tidak ramai tahu akan kewujudannya..........
Konspirasi 'EKONOMI' yg memesongkan segala persepsi kita...........

Adam Smith

Siapa yg tidak kenal Adam Smith (budak ekonomi jela, kalau tak tau jgk, lebih baik jd budak accounting..thee...), tokoh ekonomi barat yg terkenal dgn buku 'The inquiry into the nature and causes of the wealth of nation'.

Namun, sayangnya karangan beliau telah menjadi rujukan kepada satu lagi buku iaitu 'History of Economic Analysis' karangan Joseph Scumpeter. Buku tersebut telah menerangkan tentang sejarah teori2 ekonomi yg menjangkau tempoh 2000 TAHUN!!!!!

Apa yg menjadi isunya ialah terdapat satu LOMPONG besar dalam penulisan tersebut yg memakan selama 500 TAHUN!!!!! Tempoh ini dikenali sbg 'the GREAT GAP'' bermula dari 774M-1274M, Schumpeter menyatakan bahawa tiada langsung teori ekonomi yg berkembang dalam tempoh tersebut......


Joseph Schumpeter

ANDA TIDAK MERASA PELIK? TAKKAN DALAM TEMPOH 500 tahun TIADA SATU PUN TEORI EKONOMI MUNCUL????? INI LAH KONSPIRASI EKONOMI YG INGIN KITA BONGKARKAN......

Sebenarnya Schumpeter cuba untuk melenyapkan kegemilangan ISLAM dan sumbangannya terhadap dunia ekonomi. Buku beliau telah menjadi rujukan kepada lima buah buku utama ekonomi yg digunakan di serata dunia. Oleh kerana itulah tiada langsung perbincangan ttg
sumbangan ISLAM dalam bidang ekonomi SEHINGGAKAN KITA MENGGANGGAP EKONOMI ISLAM HANYA SEKADAR TEORI YG TAK MMPU DIREALISASIKAN.......

Kupasan Qardhawi ttg ekonomi ISlam

"Eh.... adeke ekonomi Islam...?"
"...Boleh ke ekonomi islam ni di amalkan, macam teori je....."
"..klu ekonomi islam diaplikasikan, habisla sistem ekonomi kita....."
"ekonomi Islam n baru je nak berkembang, tak terbukti pun berkesan, entah2 lagi teruk daripada sistem kapitalis skrg....."


Itu la antara ngomelan2 org yg tidak mengetahui ttg SEJARAH EKONOMI ISLAM. Sebenarnya, dlm tempoh 500 tahun tersebut, ramai TOKOH2 ISlam yg terkemuka menyumbang idea yg BRILLIANT (dengan izin) terhadap ekonomi dunia dan TERBUKTI berjaya.


Antara tokoh yg muncul dgn idea ekonomi pada tempoh itu ialah al-Ghazali, Abu Ubayd, Abu Yusuf, Ibn Khaldun, alMaqrizi dan ramai lagi....... Insya Allah saya akan cuba bentangkan idea2 mereka secara ringkas dalam keluaran akan dtg (termasuklah penggunaan duit kertas, dinar dan dirham dll.)

*Idea ini dinukilkan semula setelah mengikuti kelas "History of ISlamic Economic Thought" ECON 4010 bimbingan Dr Ugi Suharto, sem1 2008/09...

6 comments:

Umar Abdul Rashid said...

Betul, kena kupas sumbangan mereka. Dalam FIE ada blaja. Tapi x sepower yg amik double degree la kan..

Abu Yasir said...

erm.... x perlu double degree, subject ni bdk ekonomi wajib amek, departmentnye subject,,,,,

Anonymous said...

Credit to Dr. Ugi Suharto, IIUM lecturer "History of Islamic Econ Thought"

Anonymous said...

al maqrizi punye sumbangan luar dr kotak 500 tahun gap(740-1240)
Al Maqrizi antara yg menolong krisis ekonomi hyperinflasi pd tahun 1400++..

Ibn Yusof said...

Sentuh pasal dinar dirham in next article. Later we could compare and contrast both ideas.

Dalam perancangan dan kajian utk next article... "Dinar Emas:Realiti atau Fantasi"

Still got more research to do.

Wassalam.

p/s:sistem barter link blog wokey.hehe

Abu Yasir said...

Dinar dan dirham mempunyai perbincangan yg amat panjang.... At least maqrizi dah bagi basic concept, w/pun luar daripada range 500 tahun tapi masih belum mendpapat perhatian dunia....