Monday, December 28, 2009

Tahniah Us Ala' dan Susilawati

Ucapan Tahniah buat pasangan pengantin baru, yang telah selamat diijabkabulkan pada

25 Disember 2009 jam 5.30 petang
di Masjid Al-Taqua, Bedok, Singapura


semoga Allah memberkati hubungan yang terbina dan terus kekal sehingga ke syurga

Ahmad Ala'uddin Bin Kamal
dengan

Susilawati bte Samat


Hanya dengan sekali lafaz......qabiltu nikahaha

Model keluarga sakinah-Johor module

Ketinggian Us Ala' hanya dibezakan pada songkoknya,,,

Sunday, December 20, 2009

Masa dan Pengurusan

SPKK...program PEMBINA yang sepatutnya ku hadiri......

Sudah lama rasanya tidak menulis, bukan kerana tiada masa tetapi tugasan yang menghambat....tidak mengurus masa dengan bijak, kerana Allah telah memberikan masa yang secukupnya untuk ummatnya, terpulang kepada kita bagaimana untuk menguruskannya.....

Teringat sembang2 riang bersama abang iparku (walaupun sama umur)tentang betapa effisyennya masa seorang tokoh muda, UZAR walaupun dalam kesibukannya menyambung PhD yang juga berperanan sbg seorang ayah, suami serta websitenya yang senantiasa di update dan reply atas segala permasalahan, itu belum kira jemputan ceramah, penulisan buku serta seminar2 solat yang dianjurkan.... memang betul2 seorang yang efisyen dalam mengurus masa.

Aku bagaimana?

Belum pun hilng penat menguruskan promosi dan publisiti untuk SPKK (Seminar Pengurusan Kewangan & Keusahawanan) 2009, aku terpaksa mengikuti Scholar Development Program anjuran Yayasan Sime Darby selama lapan hari di Genting View Resort. Alhamdulillah program SPKK berjalan lancar walaupun semasa program berjalan aku masih berada di genting (a hectic week though very helpful). Walaubagaimanapun, ini agak memberi kekangan kepadaku untuk menguruskan Karnival Sukan Belia Islam Nasional 2009 (KASBI) yang berlangsung hanya seminggu slps SPKK.

walaupun kelam kabut sempat lagi bermain....

Alhamdulillah, walaupun pada awalnya agak kelam kabut namun semua telah selesai. Pasti banyak yang akan dibincangkan semasa 'post-mortem' nanti especially bahagian bola sepak yang ku uruskan. Namun semuanya pengalaman, pengalaman yang mematangkan dan memberi pengajaran untuk masa akan datang. Bukan senang untuk tak senang.

Kiranya segala input, pengajaran dan pengalaman yang diteorisasi semasa kursus lapan hari di genting dapat ku adaptasikan dan dipraktiskan secara terus semasa menguruskan KASBI....Kata Performance Driven Culture, sudah tentu stress management menjadi antara pengisian utama.

bersama syafik semasa malam kursus SDP

Sekarang segala tugasan besar sudah selesai, menanti interview job placement dalam Sime Darby pada Januari. Slot "winning job interview" by Reza Zek semasa program pasti amat membantu.Cuma sekarang ini aku perlu mengurus masa dengan bijak, perlu plan masa yang berharga ini....

Saturday, November 14, 2009

Asma الحسنى......

Tenangkan minda dengan 1world asmaul husna...

Friday, November 13, 2009

.: urus ke$an anda dgn BIJAK :.

for more info, pls visit: www.spkk.info

Another product of PEMBINA KL for the benefits of all....

Thursday, October 29, 2009

Hamas: The battle of Jerusalem started

Are we aware; we must prepare coz this is our land......


GAZA, (PIC)-- Hamas stated on Sunday that the battle of Jerusalem has started and it is time for every Muslim to shoulder his share of responsibility in defense of his dignity by all means possible.

“We in the Islamic Resistance Movement of Hamas will do everything in our power to support the victorious group that will win the battle of Jerusalem concentrating on mobilizing the potential of our people and nation and directing them against their main opponent, which is the Zionist enemy," Hamas said in a statement read by one of its leaders Dr. Salah Al-Bardawil.

The Movement stressed that the Israeli frenzied military attack on the Aqsa Mosque today was a process of testing the will and reaction of the Palestinian people and the Muslim nation in order to accustom them to such attempts as part of a repeated scene until their anger gradually fades away so they (Israelis) can eventually demolish the holy Mosque and wipe it off the religious map of Muslims.

Hamas held the Palestinian Authority (PA), which it described as the authority of Oslo, and some Arab countries responsible for what is happening against the Aqsa Mosque, asserting at the same time that the battle of Jerusalem is decisive and the inevitable victory will be for the Palestinian people and their resistance.

For his part, Hamas spokesman Fawzi Barhoum said that the repeated Zionist attempts to storm the Aqsa Mosque and the blockade imposed on it comes in the context of a scheme aimed to impose Jewish sovereignty over Jerusalem and the Mosque as a prelude to building the alleged temple.

Spokesman Barhoum told Al-Bayan media center that this attack on the holy Mosque would have not happened if the US had not given the Israeli occupation a green light to commit such crimes and violations and the PA had not persisted in its negotiations that encouraged the occupation to escalate its violations against the Palestinian land and holy places.

The spokesman added that no one is exempted from defending and protecting the Aqsa Mosque, calling for unleashing the hand of the Palestinian resistance in the West Bank to get the real battle started.

For his part, Sheikh Hamed Al-Beitawi, a representative of Hamas in the Palestinian legislative council (PLC), warned the Israeli occupation of persisting in its violations against the occupied city of Jerusalem and the Aqsa Mosque, stressing that Israel opened the gates of hell when it dared to attack the Aqsa Mosque.

“One billion and a half Muslims will not condone that the Zionists turn the Aqsa Mosque into a synagogue or an alleged temple,” Sheikh Beitawi underscored.

The lawmaker called on PA officials, Arab and Muslim leaders to stop all forms of normalization with the Israeli occupation and stop any security coordination with it.

In the same context, Dr. Aziz Dweik, the speaker of the PLC, called on the Muslim nation to uprise urgently and immediately in defense of the Aqsa Mosque under attack.

“It is time for the nation to restore its dignity and prestige because it must not stay passive more than that or else it will be chased by shame and disgrace for ever,” Dr. Dweik said.

The Hamas change and reform parliamentary bloc, for its part, warned in a press release that Israel’s repeated violations against the Aqsa Mosque would trigger the situation in the whole region and called for immediate action to curb Israel.

For his part, Dr. Yahya Moussa, a member of Hamas parliamentary bloc, said in a statement to the PIC that the Palestinian people is facing today another Israeli crime committed against their land and their historical and Islamic legacy.

Hamas spokesman in central Gaza Yousuf Farhat, for his part, stated that the weakness of the Arab position encouraged Israel to carry out its repeated attacks on the Aqsa Mosque, calling on Muslim scholars and intellectuals to urgently move and assume their religious and national role towards the Mosque.

In a press release in Damascus, the Movement of Hamas also called on the Palestinian people and all Arab and Muslim peoples all over the world to organize angry marches in protest at the ongoing wanton aggression on the Aqsa Mosque.

Source: http://www.palestine-info.co.uk

Thursday, October 22, 2009

antara faham dan tahu....


Lama
dah tak update blog ni, gembira labah2 bersawang di sini. Bukan apa, kadang kala tu terlalu banyak wajibat utk dilaksanakan sampai terpaksa mendahulukan yg priority. Atas desakan beberapa teman yang dah mula bertanya, maka ku menguis2 ketepi sedikit tugasan utk mencari sedikit ruang masa menulis. Entri kali ni mgkn agak santai tapi harapnya ada sesuatu yg boleh diambil pengajaran.

Tengahari tadi tiba perutku terasa lapar dan haus, mungkin cuaca yang panas terik. Lantas ku teringat bahawa telah lama aku tidak merasa makanan di 'Babush'. Makanan ala arab ni memang kegemaranku. Setelah membayar untuk roti inti kentang+daging dan
hotdog roll, aku mencari satu 'port' yang baik disebelah dinding Babush. Melihat orang lalu lalang sedikit sebanyak mengurangkan tekanan ku setelah presentation sebentar tadi. Memang aku suka memerhatikan orang, mgkn hobi waktu lapang. Melihat kerenah orang yang bermacam gaya dan pe'el. Memerhatikan gelagat manusia kadangkala membuatkan aku berfikir, merenung dan ada kalanya membina karakter diri. Yang baik kita ambil sebagai teladan, yang sebaliknya kita ambil sbg sempadan.

Tiba2 hujan turun renyai2, orang ramai mula meninggalkan ruang lapang tidak berbumbung. kemudian kelihatan dari jauh seorang
sister membuka payung dan melintas ruang terbuka. Kerana percikan air hujan, dengan rileksnya dia mengangkat sedikit kainnya untuk mengelak percikan tadi. Astaghfirullah....hilang satu maqra' aku harini....


Kemudian lalu pula dua orang
sisters mengenakan pakaian tudung yg agak labuh berbanding yang pertama tadi. Sambil berkongsi payung mereka dengan gembiranya berlari2 anak meredah hujan tanpa menghiraukan percikan air hujan membasahi kain jubah mereka.
Mungkin kebetulan, tiada
brothers yang lalui di kawasan tersebut, besar kemungkinan, bukannya budaya brothers untuk membawa payung.

Moral of the story: Bila mana seseorang memahami sesuatu perkara, maka beramal dengannya akan menjadi mudah, adapaun bila seseorang hanya mampu tahu tanpa faham maka beramal dengannya akan menjadi suatu kesulitan. begitu juga kalau seseorang itu faham akan sesuatu maka dia tahu mana satu yang menjadi priority baginya, adapun bg yg hanya tahu, maka dia akan bercelaru yang mana satu patut diberi priority.

Senang cerita, sister yg pertama tadi akan merasa susah utk berjalan dalam keadaan hujan kalau tidak mengangkat sedikti drpd kainnya. Baginya, menutup aurat kala itu bukanlah prioritinya bahkan menjaga pakaiannya itu dipentingkan. Manakala sisters yg kedua tidak merasa apa2 kesukaran malah dengan riang ria meredah percikan hujan tanpa perlu mengangkat kain kerana bagi mereka itulah yang lebih penting...bukan penampilan atau menjaga pakaian...

Mungkin boleh dikiaskan dalam hidup kita, tatkala melaksanakan tuntutan Allah itu adakah dalam keadaan bermalas-malasan atau dalam keadaan gembira, semangat dan ternanti2 untuk mendekatkan diri kepada Allah. Priority dalam hidup kita, adakah kerjaya atau melaksanakan tuntutan dakwah itu yang lebih utama?

Thursday, September 24, 2009

>>> 100m VS 1000m




Bulan yang penuh keberkatan telah berlalu, pergi meninggalkan kita..... Begitu pantas dan tidak sedar betapa sudah sebulan kita tempuh bagaikan baru seminggu dua. Maka beruntunglah bagi yang berusaha di dalamnya dan maka rugilah bagi yang mencuaikan dan melekakan ia.

Masih terngiang-ngiang lagi kata2 pentakirah seusai solat 4 rakaat terawih, bahawasanya perlumbaan mengejar keberkatan pada Ramadhan ini perlu dilakukan bukan seperti pelari pecut 100m tetapi seperti pelari jarak jauh 1000m kerna yang pertama akan memecut sekuat hati pada awal larian dan mula perlahan saat tiba ke garisan penamat adapun yang kedua akan bermula secara konsisten sehingga ke saat akhir barulah memecut ke garisan penamat.

Adapun perumpamaan ini hanya 'valid' pada bulan Ramadhan kerana di dalamnya terdapat satu malam yang menyerupai seribu bulan iaitu Lailatul Qadr. Ternyata dalam kebanyakan hadith menyatakan bahawa malam ini terletak pada 10 terakhir dalam bulan Ramadhan. Namun realiti masyarakat sekarang seakan2 lebih cenderung kepada pelari pecut 100m. Lihat betapa penuhnya masjid2 dan surau2 pada minggu pertama Ramadhan dan betapa besar berkurangannya jumlah jemaah, dimana2 surau atau masjid2 di Malaysia, fenomenanya adalah sama. Satu keunikan Melayu yang tidak patut dibanggakan.

Nah tengoklah bangsa lain selain Melayu, pengalamanku berada di Masjid Universiti Islam Antarabangsa Malaysia UIAM membuka ruang mindaku daripada kepompang ke'melayu'an. Makin mendekati 10 malam terakhir makin giat dan gigih pelajar selain melayu beribadat dan beri'tikaf. Kesungguhan dan ketekunan dalam mencari keampunan dan keredhaan pada malam2 terakhir di bulan Ramadhan amat menakjubkan. Mereka FAHAM akan sunnah dan kelebihan pada masa tersebut, mereka BERAMAL mengikut ajaran Islam pada malam2 tersebut dan mereka MENCARI dengan penuh keyakinan dan kesungguhan demi Tuhan yang Agung. Sesungguhnya masjid penuh dengan 'mereka' yang betul2 yakin dengan janji Tuhan mereka.



Ke mana perginya pelajar2 melayu? Biasala.....last minute shopping, pegi KL dulu beli baju raya, kemas2 barang2 untuk balik kampung dan yang pentingnya dapat balik kampung. Tak kesah la, biar 'diorang' je yang i'tikaf, kampung diorang jauh, tak kemana nak pergi. Biar diorang je la yang dapat PAHALA yang berganda dan JANJI2 daripada tuhan mereka....
(minda melayu-'cukup makan sudah')

Bagaimana pula selepas Ramadhan? Sudah tentu perumpamaan tadi tidak lagi 'valid'. Matlamat kita bukanlah lailatul Qadr atau Ramadhan semata2. Tidaklah selesai Ramadhan kita tidak perlu lagi bersungguh2 dalam beribadat bahkan sekiranya tujuan Madrasah Ramadhan itu untuk memupuk taqwa tercapai, maka kita sharusnya akan bersungguh2 lagi beribadat sebagai menyambung momentum di bulan Ramadhan. Jangan jadi HAMBA RAMADHAN tetapi jadilah HAMBA TUHAN atau lebih dikenali dalam surah al-Furqan sebagai 'Eibadurrahman'. Sesungguhnya ibadah penghambaan eibadurrahman itu tidaklah bermusim tetapi terus menerus konsisten sampai menemui 'Rab'nya..... adapun ibadah hamba Ramadhan akan terhenti apabila berlalunya Ramadhan.....

Kullu Sanah Wa Antum Bikhair.....

Friday, September 18, 2009

Wednesday, September 9, 2009

Iftar Ramadhan...

Jangan lepaskan peluang untuk makan free.....ruhani dan jasmani....

Thursday, August 13, 2009

Thursday, August 6, 2009

kekusutan itu


Hari ini seperti biasa aku mula membelek2 berita harian dan malaysiakini (online), nampak gayanya aku makin tidak faham akan 'politik'. Terutamanya apabila membaca keadaan realiti politik tanah air kita.

Pada asalnya aku ingin menyokong kerajaan Pakatan Rakyat yang telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan pada PRU12 namun setelah melihat kepada kesan yang kurang menyakinkan sejak dua menjak ni aku mula keliru dan ragu2. Mampukah Pakatan mempertahankan kesatuan mereka yang kini kian di ulit kontroversi dan masalah dalaman.

PAS-DAP-PKR; gabungan yang berjaya menggugat kedudukan BN selaku kerajaan yang memerintah. Namun itu setahun yang lalu tapi keadaan kini banyak yang berubah. Konflik yang melanda pakatan tidak terbendung lagi.

Hari ini PAS Selangor secara rasminya membuat permohonan supaya Exco Selangor yang juga wakil DAP, Ronnie Liu supaya melatakkan jawatan. Ini jelas menenjukkan pergeseran dalam kerjaan Negeri Selangor. Biarlah apapun punca dan sebabnya isu ini timbul namun yang nyata tanpa perlu bersuluh ialah wujud keretakan antara hubungan parti dalam gabungan pakatan terutamanya antara DAP dan PAS yang memang pada awalnya lagi sudang membawa ideologi yang bertentangan.



Kini UMNO mula mempertikaikan kemampuan PAS untuk mentadbir negeri Selangor secara Islam seperti yang di bangga2kan selama ini. Ternyata membawa aspirasi Islam dalam keadaan masyarakat yang belum bersedia untuk menerima adalah lebih sukar daripada yg disangka2kan oleh PAS. Bukan hanya setakat menerima tekanan daripada UMNO, kini PAS berdepan pula dengan rakan se'pakatan'. Adakah ingin menjaga 'hubungan' politik atau menegakkan prinsip perjuangan agama mereka. Seolahnya konflik ini susah untuk diselesaikan.

Apa yang pasti, dengan penguasaan pakatan rakyat di beberapa buah negeri telah mula memberi ruang kepada DAP untuk lebih bersuara dan berani untuk mempertikaikan langkah yang diambil oleh PAS mahupun PKR....

Tuesday, August 4, 2009

JOM Bowling!!!!

Jom join..... First time baru nak main.....huhu

Wednesday, July 29, 2009

Urusan Al-Khaliq

Semuanya adalah urusan Allah, kita hanya melaksanakan apa yg telah ditetapkan olehNya.....

Tak disangka dan bukan dalam perancangan, memang kami tidak berpakat tapi kalau dah dinamakan jodoh.......


Bertemu di walimah fikri & Aini di Sungai Petani, sehari selepas walimah Wan Muhammad & Hazlin di Bidor. Boleh dikira semuanya pengantin baru. Jika dilihat dari sudut saiz mungkin agak pelik bagaimana kami boleh menjadi sahabat. Saya amat suka walimah fikri kerana amat simple, pengantin perempuan makan di dalam, bertabir antara tetamu lelaki dan perempuan.(No comment ttg majlis Wan Muhammad kerana sampai lewat). Semoga Allah memberkati majlis kami.

"Barakallahulakuma Wabaraka Alaikuma Wajama'abaynakuma Fil Khair"

Alhamdulillah kami bertiga telah diijabkabulkan dalam tahun yang sama (2009) mungkin kebetulan tapi yang tidak dinafikan ia ialah JODOH, inilah antara kebesaran Allah yang menyentuh hati naluri ku.....

Terkenang zaman2 silam tatkala masing masih bergelar 'teruna'. Kemana sahaja kami pergi pasti berkepit 'bertiga'. Sampaikan orang menggelarkan kami adik beradik. Tak kurang juga yang cemburu dengan keakraban kami.....

Semuanya bermula ketika berada di Darul Qurankerana sebelum ini kami tidak pernah berkenalan pun. Cuma mgkn keserasian dan orang kata 'satu kepala' kami rasa mudah dan senang bersama. Hinggalah kami bersama bersepakat untuk pergi 'Muqabalah' - interview di University Islam Madinah...... dengan harapan dapat bersama-sama belajar di bumi Madinah Al-Munawwarah.

Rupanya bukan semua yang kita rancang berjalan seperti yang diharapkan. Bak kata orang2 dulu "disangka cerah sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari". Ternyata keputusan muqabalah tidak menyebelahiku. Kesungguhan untuk pergi Muqabalah tidak cukup untuk aku layak menyambung pengajianku di Universiti yang menjadi harapan bagi kebanyakan student DQ. Lebih menyedihkan apabila Fikri dan Wan Muhammad diterima untuk belajar di Universiti tersebut. Tidak kusangka usaha untuk ke 'Muqabalah' ini merupakan titik perpisahan antara aku dan mereka berdua. Dan inilah merupakan ujian yang besar pernah ku alami.....
Tidak diterima ke Uni Islam Madinah dan berpisah dengan rakan sepermainan....

Gambar yang diambil daripada blog Fikri, ijab qabul dalam bahasa arab gamaknya...

Kini sudah lebih 4 tahun kami berpisah dan berjauhan, cuma bertemu sekali setahun waktu mereka bercuti. Sudah suratan takdir kami menamatkan zaman bujang pada tahun yang sama. Alhamdulillah bermula dengan aku disusuli oleh Wan Muhammad (Hazlin) dan Fikri (Aini). Kini semua telah selamat diijabkabulkan dan masing2 mula mengorak langkah untuk menuju ke haluan masing2.

Yang penting, hubungan persahabatan kami tidak pernah putus. Mungkin asas hubungan kami atas dasar ukhuwwah dan fikrah, walaupun duduk berjauhan pun hubungan itu tetap erat dan mesra. Semoga Allah menjadikan kami dalam golongan yang mengasihi antara satu sama lain kerana Allah seperti dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.:

" Tujuh golongan yang Allah akan naungi mereka di bawah naunganNya pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya sahaja. Salah satu golongan tersebut: Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah."

Semoga ukhuwwah itu terus berkekalan dan tidak berpisah kecuali berpisahnya ruh ini dari jasad.......... Ameenn...

Thursday, July 16, 2009

Fikrah Raja Dr Nazrin Shah


IPOH 14 Julai - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah mahu usaha penyatuan umat Melayu dirintis bagi membina keupayaan kaum itu dalam semangat serumpun bangsa dan sealiran agama.

Bagi memastikan hasrat murni itu tercapai, baginda bertitah semua pihak harus mengetepikan kesetiaan kepada individu atau kumpulan.

"Berpijaklah kepada kenyataan, berpandulah kepada akal fikiran. Semarakkan semangat silaturahim, hayati semangat bermaaf-maafan, bahawa Melayu itu bangsamu dan Islam itu agamamu.

"Bersatulah dalam semangat dan roh agama suci Islam yang sama-sama mengakui hakikat keesaan Allah, Tuhan yang satu dan Nabi Muhammad SAW itu ialah Rasul Junjungan, al-Quran itu kitab pegangan dan secara bersama menghadap kiblat melakukan ibadat sembahyang, serta menerima orang Islam itu sebagai saudara," titahnya.

Baginda menyatakan demikian dalam titah utama bertajuk Islam dan Melayu: Modal Pengupayaan Umat pada majlis perasmian Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Dewan Bankuet bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Raja Nazrin menegaskan, budaya berpolitik yang sedang berlaku menyebabkan ketaksuban baru sehingga menjelma budaya assabiyah, yang mengutamakan kesetiaan kepada kumpulan berbanding kelangsungan ummah.

Titah baginda, keadaan itu akhirnya menyebabkan Melayu Islam terperangkap dalam perlumbaan mencari kesalahan dan kelemahan antara satu sama lain.

Lebih malang lagi, menurutnya, apabila kata-kata yang diungkapkan mahupun tindakan yang dilakukan, semakin hari semakin mengheret bangsa jatuh ke lembah.

"Akibatnya modal pengupayaan umat menjadi semakin lemah. Berapakah ketirisan yang akan terus berlaku lagi? Berapa ramai lagi yang tergamak menjadi pelakon opera, memakai topeng Islam dan topeng Melayu, mempersendakan umat, memperdaya bangsa demi memenuhi nafsu sendiri?" titah baginda.

Raja Nazrin mengingatkan, jika perkara itu terus berlaku maka bangsa Melayu hanya menghitung hari untuk kehilangan tampuk kuasa.

"Jika pertelingkahan terus memuncak, jika perbalahan terus berlanjutan akan bertambah binasalah bangsa dan pada akhirnya tidak ada lagi pihak yang menang.

"Ini kerana yang menang telah menjadi arang sementara yang kalah menjadi abu," titahnya.

Baginda bertitah, umat Melayu Islam kini sedang menghadapi cabaran besar menyentuh identiti, maruah, martabat dan kelangsungan bangsanya.

"Melayu dan Islam adalah dua ramuan sakti yang amat penting untuk disatukan dalam hasrat membina modal keupayaan umat yang kuat.

"Namun, bilangan Melayu Islam di bumi ini bukannya ramai. Melayu Islam yang berilmu, yang profesional, yang kaya, yang memiliki sifat-sifat personaliti melangit jauh lebih kecil.

"Pemisahan Melayu dan Islam dalam kafilah yang berbeza, masing-masing di bawah kepimpinan yang enggan bertemu, semestinya menambahkan lagi kelemahan ummah," titah baginda.

Lebih malang lagi, menurutnya, apabila kata-kata yang diungkapkan mahupun tindakan yang dilakukan, semakin hari semakin mengheret bangsa jatuh ke lembah.

“Akibatnya modal pengupayaan umat menjadi semakin lemah. Berapakah ketirisan yang akan terus berlaku lagi? Berapa ramai lagi yang tergamak menjadi pelakon opera, memakai topeng Islam dan topeng Melayu, mempersendakan umat, memperdaya bangsa demi memenuhi nafsu sendiri?” titah baginda.

Raja Nazrin mengingatkan, jika perkara itu terus berlaku maka bangsa Melayu hanya menghitung hari untuk kehilangan tampuk kuasa.

“Jika pertelingkahan terus memuncak, jika perbalahan terus berlanjutan akan bertambah binasalah bangsa dan pada akhirnya tidak ada lagi pihak yang menang.

“Ini kerana yang menang telah menjadi arang sementara yang kalah menjadi abu,” titahnya.

Baginda bertitah, umat Melayu Islam kini sedang menghadapi cabaran besar menyentuh identiti, maruah, martabat dan kelangsungan bangsanya.

“Melayu dan Islam adalah dua ramuan sakti yang amat penting untuk disatukan dalam hasrat membina modal keupayaan umat yang kuat.

“Namun, bilangan Melayu Islam di bumi ini bukannya ramai. Melayu Islam yang berilmu, yang profesional, yang kaya, yang memiliki sifat-sifat personaliti melangit jauh lebih kecil.

“Pemisahan Melayu dan Islam dalam kafilah yang berbeza, masing-masing di bawah kepimpinan yang enggan bertemu, semestinya menambahkan lagi kelemahan ummah,” titah baginda.

Dipetik daripada: utusan online

Saturday, July 11, 2009

Golongan Gugur di Jalan Dakwah

Konwanis 2009

Ucap Raya 3Pada tahun-tahun 1980an, mereka ke luar negara kerana ijazah (foto kecil), namun kembali membawa Risalah. Tidak ramai yang kekal berAmal Jamaiyy bersama organisasi-organisasi Islam hari ini. Setelah berusia, ramai lebih bersama keluarga dan karier.

Di tahun-tahun 1980an, ketika saya menuntut di Australia, gerakan Islam dikalangan pelajar Islam Malaysia di luar negara memuncak dengan dianggarkan 250 dari 2000 pelajar di Australia terlibat dalam usrah, 1500 dari 15,000 pelajar di Amerika dan seramai itu juga di United Kingdom. Angka ini saya pilih berdasar bilangan yang hadir dalam muktamar-muktamar tahunan yang diadakan di tiap satu negara, belum lagi mereka yang tak dapat hadir. Belum lagi peningkatan bilangan di tahun-tahun berikutnya. Belum lagi bilangan mahasiswa/i di universiti-universiti tempatan yang terlibat, walaupun pergerakan mereka agak dibatasi oleh akta dan kekangan-kekangan tempatan.

Hari ini, seperti saya, mereka berada diumur 40 dan 50an dan mempunyai anak-anak yang telah dan mula mengisi institusi-institusi pengajian tinggi pula. Mereka yang terus berada di dalam organisasi-organisasi Islam pada hari ini tidaklah seramai bilangan di atas, bahkan tidak mencapai suku darinya. Seperti makhluk lain, Dakwah Islam juga tunduk kepada Sunnah Alam yang efficiency amalnya sukar mencapai 1.0. 1.0 bermakna kita didik 100 orang dan 100 orang itu juga akan kekal dalam Jalan Dakwah tanpa gugur seorang pun. Kita isi petrol RM1.80 seliter untuk Tenaga Kinetik menggerakkan tayar, tetapi RM1.00 dihabiskan ke Tenaga Haba, RM0.30 ke Tenaga Bunyi dan RM0.50 sahaja ke Tenaga Kinetik (=0.50/1.80=28%). “The amount that you pay is not the amount that you get or expect”, kata pensyarah engineering saya dulu. Carnot Cycle (Thermodymanics) pun seingat saya hanya 0.6 maksimanya. Walaubagaimanapun, sebagai hamba, kita hanya dituntut beramal dan berusaha dalam Dakwah ini, manakala urusan Hidayah dan Istiqamahnya para Duat kita serahkan kepada Allah swt, Tuan punya Dakwah dan Hidayah. Di zaman Rasulullah saw juga ada yang gugur dalam rombongan Hijrah ke Habsyah dan selepas peristiwa Israk Mikraj.

AussieNamun begitu, Dakwah Islam adalah dakwah dikalangan manusia, diasaskan oleh para Rasul yang juga manusia, berpandukan Al-Kitab yang boleh ditelaah oleh manusia, berhadapan dengan kerenah dan serangan manusia. Maka Allah swt menjadikan Dakwah ini tunduk kepada Sunnah Alam yang meliputi peraturan berkaitan dengan tobiah/tabiat Merce 2(nature) manusia. Dakwah dimulai dengan “Iqrak” iaitu ilmu dan kefahaman tentang Dakwah, kemudian Al-Muzammil iaitu aqidah, ibadah dan akhlak, kemudian Markaz Arqam Abi Arqam iaitu ukhuwwah, kesatuan dan Amal Jamaiyy, kemudian Bai’ah Aqabah, Hijrah dan Hudaibiah iaitu politik, negara dan kedaulatan.

Dari penelitian, diantara sebab-sebab yang membawa kepada gugurnya para Pendakwah di jalan Allah di malaysia dari kalangan mahasiswa/i 1980an ialah :

  1. Kurang ilmu dan kefahaman tentang Islam, risalah dan objektif Islam terhadap masyarakat dan umat di dunia dan peranan menyeluruh yang mesti dimainkan oleh mereka. Islam bukan sekadar ingin menjadikan mahasiswa/i kakitangan yang saleh di Malaysia, malah lebih dari itu, sehingga menyebarkan panji-panji Islam ke seluruh dunia. Ini banyak disebabkan oleh bacaan yang terhad dan murabbi yang kurang arif.
  2. Lemah Tarbiyah, terutama jika ia hanya terhad kepada akhlak-akhlak Islam tanpa cuba memahami Seerah Rasulullah dan para Sahabat ra secara total dan menyeluruh, tidak terhad di Mekah dan Madinah, tetapi Dakwah dan tubuh mereka masuk ke benua-benua yang lain. Kesibukan menelaah pelajaran, menyiapkan kerja rumah/assignments, keterbatasan program dan rujukan disamping kelemahan murabbi menyumbang kepada lemahnya tarbiyah. Kewajipan Dakwah dan Amal Jamaiyy dalam mencapai cita-cita Islam kurang dihayati sepenuhnya.
  3. Lemah Ruh dan Ukhuwwah. Tarbiyah bukan sekadar meningkatkan pengetahuan dan fikiran, malah tarbiyah juga mentautkan hati-hati, menghormati, wafak/setia terhadap teman, murabbi dan seumpamanya. Alam pelajar yang rata-rata sebaya serta sering disibukkan dengan sepak terajang politik pelajar, banyak mengalih perhatian, pengalaman dan hati-hati dari sifat-sifat murni di atas. Gaya dan darah daging politik kuat mewarnai ramai personaliti mereka hingga ke hari ini walaupun mereka telah beranak cucu. Keterlibatan sebahagian pelajar dengan fenomena Asyiq (makwe pakwe, chatting dengan ajnabi dsb) melemahkan jiwa dan fokusnya kepada tarbiyah dan peningkatan diri hingga dia tak mampu menghadapi dugaan dan ujian dari Allah untuk meningkatkan darjat para Pendakwah.
  4. Mengutamakan pelajaran melebihi Dakwah, walau setelah lama mengikuti Tarbiyah dan mendidik orang lain pula. Jika ini berlaku sehingga setelah tamat pengajian masing-masing, Karier akan mengambil tempat Pelajaran sebagai nombor satu dalam hidup, manakala Dakwah akan tetap kekal sebagai nombor dua sepanjang hayatnya, dari alam pelajar hingga masuk ke alam kerja. Apa yang sebenar dituntut ialah cemerlang di dalam Pelajaran (kepujian kelas satu, jika boleh) tetapi ia tetap di nombor dua selepas Dakwah. Dakwah tetap bertahta dan menduduki tempat pertama di dalam hati.
  5. Ketidakjelasan Manhaj Taghyir (cara merubah umat kepada Islam). Ini menjadi lebih ketara selepas Home 2Anwar Ibrahim menyertai UMNO dan mempopularkan manhaj “Islamisasi Ala-Mahathir” selama 16 tahun, sebelum beliau ditumbuk keluar dari UMNO pada tahun 1998. Ramai bekas mahasiswa/i 1980an yang tidak jelas Jalan Dakwah lebih dipengaruhi jalan yang akan mereka lalui dalam hidup hanya dengan merujuk senerio politik Malaysia semata-mata, lebih daripada jalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw di dalam Seerah. Ramai beranggapan “Daulah Islam” dicapai bila Anwar di dalam UMNO dulu menjadi Perdana Menteri atau bila Pembangkang di Malaysia mendapat tampuk kuasa, setakat itu pemahaman mereka dari usrah dan bacaan. Tidak kurang ada yang beranggapan “Daulah Islam” ialah apa yang ada sekarang.
  6. Himpitan dunia, terutama apabila mahasiswa/i tamat dan pulang dizaman Depression akhir 1980an dan ramai menganggur lama sebelum mendapat kerja. Secara umumnya, mahasiswa/i di Barat biasa dengan hidup senang dengan biasiswa berbanding pelajar di Timur Tengah ketika itu. Saya merasa hidup dan mencari nafkah di kedua-dua dunia Barat dan Timur Tengah. Di Australia, saya perlu bekerja 2 minggu sahaja dan boleh membeli kereta terpakai yang baik. Himpitan dunia di Tanahair sebaik tamat pengajian adalah satu sentakan mengejut dan mempengaruhi iltizam mereka dengan Dakwah. Umumnya, graduan dari Timur Tengah lebih kental menghadapi himpitan hidup, tetapi ramai kecundang dek godaan dunia dan pangkat.
  7. Godaan dunia, terutama diera Ekonomi Rantau Asia dengan pertumbuhan melebihi 8% sepanjang Home 31990an. Disamping ramai Pendakwah yang disibukkan dan gugur, banyak NGO pula yang terkubur, termasuk AUSIS ketika itu, yang diasaskan oleh generasi saya pada tahun 1988.
  8. Lemah Organisasi dan teman-teman seperjuangan. Tidak jelas jalan dan matlamat Dakwah di Malaysia. Disamping himpitan dan godaan dunia, lebih memburukkan keadaan apabila teman dan badan Islam di Tanahair tidak mampu menunjukkan jalan yang jelas akan posisi dan peranan mahasiswa/i ini apabila mereka pulang ke Tanahair. Tidak ada pengumpulam pengalaman dan keberkatan berlaku di mana-mana badan Dakwah. Sesetengah pimpinan berusaha mencantas pimpinan yang lain, lalu mahasiswa/i yang asalnya ikhlas, hilang tempat pergantungan, menjadi bosan, kecewa dan gugur.

Demikian sedikit catitan pemerhatian sejarah dan realiti, mudah-mudahan bermenfaat kepada para Pendakwah terutama dikalangan mahasiswa/i hari ini di dalam dan di luar negara. Jalan terbaik dalam menghadapi fenomena ini ialah :

  1. Memantapkan tarbiyah golongan mahasiswa/i disegi manhaj, fikrah, murabbi, qadwah, Ukhuwwah, organisasi dan Amal Jamaiyy.
  2. Menyediakan bagi generasi masadepan organisasi yang mantap, berwibawa, jelas kefahaman tentang Risalah Islam dan Manhaj Taghyirnya, tajarrud pimpinan dan ahlinya, kuat Amal Dakwah dan pengorbanannya, utuh Ukhuwwah dan kesatuannya.
  3. Bekerja, berjihad dan berkorban melalui Manhaj Taghyir dan Jalan Dakwah yang sahih tanpa henti ke arah mendidik diri dan masyarakat Islam di sekeliling sehingga berlaku perubahan ke arah Islam yang dicita-citakan.

Kini berbekalkan kefahaman, keikhlasan dan kesungguhan melaksanakan Dakwah, diadun dengan pengalaman dan pengamatan apa yang telah dan sedang berlaku dalam senerio dakwah dan politik Tanahair, kita mengatur langkah dengan lebih berhati-hati, tetapi lebih jelas dan yakin. Kepada Allah jua kita memohon Petunjuk dan TaufiqNya di sepanjang Jalan ini. Ameen.

Ustaz Halim INIJALANKU www.inijalanku.wordpress.com

Monday, June 15, 2009

Belia dan Perubahan



Kebelakangan ini kita telah dihidangkan dengan pelbagai berita yang kurang enak berkenaan belia terutamanya yang melibatkan belia ‘Islam-Melayu’. Cerita-cerita ini didedahkan oleh media-media tempatan mencerminkan betapa tahap nilai moral belia zaman sekarang amat membinbangkan.

Terbaru ialah pengakuan seorang pelajar perempuan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia jurusan undang-undang telah mengaku bersalah atas tuduhan khalwat di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Lebih merunsingkan lagi apabila baru-baru ini, seorang pelajar Tingkatan Empat sekolah menengah agama di Kuantan telah mengaku membuang mayat bayi disebuah rumah sewa akibat daripada dirogol seorang kenalan sehingga mengandung.

Ini hanyalah bebarapa kes yang didedahkan kepada pengetahuan umum manakala yg tidak didedahkan pasti lebih menggerunkan kita. Belia selaku pemimpin Negara pada masa akan datang seharusnya sedar akan situasi sekarang dan perlu cepat melakukan perubahan.

Melihat kepada perubahan, perubahan seperti manakah yang diperlukan oleh belia kita? Kerajaan telah melaburkan beribu-ribu ringgit bagi membina modal insan dan merubah belia terutamanya dalam merealisasikan program Latihan Khidmat Negara dan Aktiviti Rakan Muda. Namun masalah belia kita masih belum mampu untuk diselesaikan. Sejauh manakah keberkesanan program tersebut untuk menyedarkan belia masa kini?

Setelah diteliti maka benarlah bahawa perubahan yang diperlukan belia itu haruslah timbul dari dalam diri belia itu sendiri dan bukannya perubahan luaran sahaja. Belia haruslah tahu untuk apa mereka diciptakan dan ke arah mana hala tuju mereka. Belia juga harus mendekatkan diri mereka dengan Islam sebagai tunjang dalam kehidupan mereka. Dengan ini, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dengan berani mengambil inisiatif untuk membawa hala tuju belia dengan pelbagai program yang dapat membina jati diri belia dari pelbagai sudut termasuklah luaran dan dalaman.



Oleh itu marilah sama-sama kita golongan belia melakukan perubahan dalam diri kita dengan melihat kepada sirah dan sejarah pemuda zaman dahulu yang lebih ‘advance’ dan mampu mengubah landscape dunia. Al-Quran turut menyebut beberapa kisah pemuda yang mampu dijadikan contoh sebagai agen perubahan dalam masyarakat:
Pertamanya adalah kisah ashaabul kahfi sebagai kelompok pemuda yang beriman kepada Allah SWT dan meninggalkan majoriti kaumnya yang menyimpang dari agama Allah SWT, sehingga Allah SWT menyelamatkan para pemuda tersebut dengan menidurkan mereka selama 309 tahun (Surah AlKahfi).

Kisah pemuda ashaabul ukhdud dalam al-Qur’an juga menceritakan tentang pemuda yang tetap dalam keimanannya kepada Allah SWT sehingga menyebabkan banyak masyarakatnya yang beriman dan membuat murka penguasa sehingga ratusan orang dibinasakan dengan diceburkan ke dalam parit berisi api yang bergejolak (sabab nuzul QS ). Dan masih banyak lagi contoh-contoh kisah para pemuda lainnya seperti Usamah Bin Zaid yang telah mengepalai pasukan tentera pada zaman Abu Bakar tatkala dia masih berumur sekitar 17 tahun.

Marilah sama-sama kita keluar daripada kemelut masalah belia ini dengan membawa perubahan dengan mengambil iktibar dan contoh daripada tokoh-tokoh pemuda pada masa silam……

Dipetik daripada website: pembinakl

Wednesday, June 3, 2009

¬Indahnya Baitul Muslim (Bah.2)¬


Sambungan…..

InsyaAllah ruangan kali ini menampilkan pengisian yg sedikit ilmiah dan

Bila bertanya kepada pengantin

“kenapa kawin?”

“Ikut sunnah…..” Itulah jawapan yg sering didengari apabila soalan di atas diajukan. Tapi betul ke mengikut sunnah? Atau lebih kepada mengikut adat? Mudah-mudah sahaja ‘claim’ ikut sunnah. Tapi bila sampai waktu majlis, macam2 perkara ADAT YANG MELANGGAR SUNNAH diamalkan….

ALA2 ‘BERSANDING’

Memang sejak kebelakangan ni amalan ‘ala2 bersanding’ makin subur dikalangan msyrkt kita. Alasannya “Ala, nak tangkap gambar je, bukan ada tepung tawar pun” Hakikatnya memang amalan bersanding itu HARAM dari sudut Islam walau apapun alasan yg cuba utk diberikan. Memang ‘bersanding’ zaman sekarang ni sudah di ‘modify’ kan, tiada lagi tepung tawar, tiada lagi bersilat. Tapi yang diharamkan oleh Islam itu ialah ‘MEMPROMOSIKAN’ si isteri dengan keadaan BERTABARRUJ. Alangkah dayusnya si suami….

Satu lagi trend ialah menayangkan gambar2 ‘mesra’ selepas bernikah menggunakan projector. Semua orang yg hadir dapat tengok gambar ‘mesra2’, ‘peluk2’, ‘senyum2’ sang isteri dan suami. Alahai romantiknya…..

Cukuplah sekadar membuat tempat yang khas utk bergambar dalam bilik si pengantin; aman daripada fitnah pandangan orang ramai…..

Tidak lupa juga acara memotong kek sambil si suami menyuapkan si isteri, kalau dalam rumah tak apa la, tapi dilakukan di depan para tetamu yang meluat melihat aksi2 15SX tu… (tak lupa yg pengantin perempuan tu bertabarruj). Memotong kek hanyalah meniru cara sambutan perkahwinan adat barat dan bukanlah adat orang melayu.

Dan amalan yang paling tak menarik utk disebut bila mana pengantin lelaki memakai rantai sebagai memenuhi protokol pemakaian pengantin. “Ala, bukan emas pun” tapi tidakkah anda tahu bahawa memakai rantai itu menyerupai perempuan dan menyerupai perempuan adalah haram di sisi Islam.

PERCAMPURAN ANTARA LELAKI DAN WANITA

Majlis yang terdapat percampuran antara lelaki dan wanita adalah majlis yang rusak lagi maksiat. Islam tak pernah pun menggalakkan majlis seperti ini. Jangan memberi alasan tak mampu nak pisahkan lelaki dan perempuan, “ala, nanti susah la family nak makan sekali”. Alhamdulillah majlis saya berjalan dengan meriahnya walaupun berjaya mengasingkan tempat duduk antara lelaki dan perempuan.

PEMBAZIRAN

Inilah yang amalan yang sukar sekali untuk didefinisikan tapi amat mudah untuk diamalkan. Tujuan walimah dibuat untuk memberikan makan kepada para tetamu namun ianya sering dipergunakan untuk menunjukkan yang majlis walimah dia lah yang paling ‘grand’, paling ‘meriah’ seolah2nya ‘Wedding of the year’ maka berpuluh ribu wang ringgit dibelanjakan semata untuk mendapat dosa pembaziran. Berapa puluh persalinan dibuat bagi Nampak lebih GAH lagi. Maka jadilah majlis walimah ini tempat untuk bersaing siapa punya majlis paling ‘Gempak’ skali. Walhal pembaziran itu merupakan sekutu rapat syaitan dan dosa yang tersembunyi. Adakah menjadi sunnah utk menyambut sesuatu dengan pembaziran?

KESEDERHANAAN MENJADI PILIHAN

Saya sekeluarga memilih jalan kesederhanaan utk menyambut orang baru dalam keluarga kami sebagai tanda kesyukuran. Alhamdulillah keluarga pihak perempuan turut mengamalkan ‘wasatiyyah’ dalam walimah kami. Tiada pelamin yg gah ataupun majlis yang grand2. Tiada makan beradab dan tiada bersanding. Walapun dalam keadaan sederhana namun suasana cukup meriah dengan kehadiran para tetamu yang ramai dan berselera dengan juadah.

PENGASINGAN LELAKI DAN PEREMPUAN

Ramai yang menjadikan alasan ‘susah’ nak di pisahkan tempat duduk lelaki dan perempuan dalam walimah namun bermula dengan kenduri abang dan seterusnya saya, para tetamu tidak mempunyai masalah untuk duduk berasingan. Kami siap menyediakan papan tanda ‘Rijal-lelaki-men’ dan ‘Nisa’-perempuan-women’ bagi memudahkan para tetamu memahami ‘protokol’ Islam dalam majlis kami. Alhamdulillah para tetamu makan dengan selesa dan tanpa segan silu…

MENDOAKAN PENGANTIN & TETAMU SOLEH

Dalam mencari keberkatan dalam sesuatu majlis walimah, doa daripada tetamu kepada pengantin amatlah diharapkan. Dengan penampilan yg sederhana dan ‘rajin’ bertemu tetamu, maka ramailah yg mendoakan:

بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ

“Semoga Allah memberikan keberkahan kepadamu, memberikan keberkahan atasmu, dan menyatukan kamu berdua di dalam kebaikan.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Dalam sesetangah majlis, pengantin yg sibuk duduk bersanding atau makan beradap terlepas untuk bermesra dengan tetamu yang hadir menyebabkan terlepasnya mereka akan keberkatan doa tetamu tersebut.

Kehadiran tetamu yang soleh juga menjadi faktor dalam keberkatan sesuatu majlis bukannya majlis yang GAH memperagakn baju2 yang mahal dsb. Bukan juga dengan kehadiran tetamu yang tidak berpakaian sopan dan tidak meutup aurat.

Semoga serba sedikit menjadi panduan dalam kita menjalani kehidupan berkeluarga InsyaAllah…. Bagi yang sudah menjalani majlis walimah, marilah sama2 kita beristighsar atas dosa yang disengajakan atau tidak….