Tuesday, January 27, 2009

^-^ Away to Egypt....


InsyaAllah i'll be away to Egypt this coming tuesday, hope to pick up valuable pearls throughout the journey and could update my blog daily, keep updated!!!!!


As today's forecast, the climate would be around 20-25 Celsius during the day while during the night is about 11-12 celsius. should be freezing though!!!! Pray for our (my family n I) safe journey home by 2 February, got to skip classes for 4 days. Wah, a new personal record....!!!

Monday, January 26, 2009

>>Aduhai ESQ...


Batch 6, ESQ 165, can u even spot me???

Alhamdulillah berpeluang merasakan pengalaman menjalani training ESQ (Emotional Spiritual & Quotientl) bertempat di Maju Junction selama 2 hari, 24 & 25 Jan 09. Walaupun seharian suntuk dari jam 8am-7pm perjalanan program namun ia tidak mematahkan semangat utk melengkapkan program hingga hari ke dua. Pengasas ESQ ini, Pak Ary Ginanjar Agustian telah menggabungkan aspek SQ-Spiritual+EQ-Emotional+IQ-Intellectual bagi menciptakan satu formula islamik 165 berteraskan 1 ihsan 6 rukun iman 5 rukun Islam.

2 hari dok tumpang syafiq, so boh gmbr dia....

Alhamdulillah satu pendekatan baru dalam membangkitkan kesedaran terhadap tanggungjawab kita di muka bumi ini. Yang menariknya adalah gabungan multimedia presentation yg mantap dan system audio yang menggegar jantung peserta. Ditambah lagi trainer yg dibawa khusus dari Indonesia pak firdaus yg begitu lucu mengendalikan program. Beliau juga bijak mangatur kata2 ketika memainkan perasaan peserta. Begitu juga mas danny yg asyik tersenyum simpul diusik pak firdaus.

Sempat bergambar dgn Abg Danny, pembantu pak pirdaus

Kesimpulannya banyak yg boleh di belajar. Pengalaman tak tergambar dengan kata2 sesungguhnya. Nak tau kene la experience sendiri bak kata pak firdaus 'training ni hanyalah sebuah pengalaman, tak perlu mencatat atau menulis.....' atau lawat laman web ESQ untuk keterangan lanjut....

http://esq.com.my/v1/

Wednesday, January 14, 2009

>Dimana kita saat Palestin...???


KHAIBAR!! KHAIBAR!! YA YAHUD!!!! JAYSHU MUHAMMAD SAUFA Y'UD!!!!!
Khaibar!! Khaibar!! Wahai Yahudi!!! Tentera Muhammad Akan Kembali!!!
BIR RUH WA BID DAM!!!
NUFDIKA YA GHAZZA!!!!
Dengan nyawa dan dengan darah!!!
Kami akan membebaskanmu wahai Gazza!!!

Begitulah penuh semangat suara yang memecahkan keheningan suasana di Stadium Malawati S.Alam pada 10 Jan yg lepas. Program ini merupakan satu detik yg cukup signifikan dan bermakna bagi rakyat Malaysia terutamanya buat diriku yang julung kalinya dapat mengikuti dan menyumbang dalam rapat umum. Masakan tidak semangat, inikan isu Palestin yang sekian lama telah ku perjuangkan. Aku tak nak jadi seperti sesetengah orang yg hanya gah dengan kata2 semangat yang membakar tetapi apabila suruh turun padang pelbagai alasan direka. Cakap tak serupa bikin....



Dua hari sebelum rapat umum bermula PEMBINA Gombak telah mengadakan taklimat tentang perjalanan program dan tugasan yang telah diberikan termasuk mengedarkan poster2 sbg sokongan pada Ikhwah kita di Palestin. Walaupun program ini anjuran bersama Aman Palestin dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) namun PEMBINA tampil kehadapan mendepani isu global yang menyentuh keprihatinan ummat ISlam.



Bermula malam itu KERJA KERAS bermula, aku bersama rakan telah menyiapkan poster2 untuk dipaparkan ketika rapat umum nanti. Hari berikutnya kami mengedarkan handbill keseluruh kuliyyah di UIA mengajak warga di sini menyertai rapat umum tersebut. Bukan apa, ku kira masih ramai lagi ummat ISlam yang masih belum concern dan prihatin tentang masalah yang melanda saudara kita di Palestin...

Petang Jumaat itu kami sempat ke pejabat Aman Palestin di Bangi untuk mengambil bahan2 pameran. Malam ini, Al-Aqsa friends Society akan mengadakan program Gaza on Fire dan kami mengambil inisiatif untuk membantu dengan bahan pameran dan barang jualan. Kebetulan terdapat beberapa poster (saiz A5) berwarna merah untuk program esok, Rapat Umum masih belum diedarkan maka kami volunteer untuk distribute selepas solat jumaat nanti. Dari masjid Serdang Raya sampai ke UIA, sempat kami edarkan walau demo di masjid UIA hampir sampai ke penghujungnya.

Akhirnya, hari yang dinanti telah tiba, kami disambut dengan ajk rapat umum dan polis trafik yang menjaga kelancaran lalu lintas. Tatkala menaiki tangga ke stadium, kami dibekalkan dengan headband yang tertera tulisan 'Save Gaza'. Memasuki dewan dengan memijak bendera Israel merupakan simbolik kebencian terhadap Israel. Jam 11 pagi suasana mula bergema dengan laungan2 semangat dan kata2 sokongan terhadap Gaza diselang seli dengan kutukan dan kebencian terhadap Israel. Beratus2 banner dan bunting telah dipasang di seluruh sudut stadium menggamatkan lagi suasana. Suasana dewan dipenuhi dengan headband warna oren dan sepanduk2, poster2 yanmeluahkan perasaan kecintaan kepada gaza. Tatkala itu seperti ingin terus menempah tiket satu hala ke Gaza. Lebih menarik lagi perhimpunan ummat ini menggabungkan seluruh rakyat tak mengira fahaman atau latarbelakang. Wakil yang memberi ucapan pun terdiri drpd ISMA, PKR, PAS, BN dan seorang wakil Palestin. Tatkala program mencapai kemuncak ku lihat kehadiran melebihi 8000 orang tampil untuk menyatakan sokongan.


Tiba2 bahu ku dicuit oleh seseorang dr blkg, cis tgh sedap2 menjerit ni tiba2 plk kak shimah suruh kutip derma bantuan untuk rakyat Palestin. Terpaksa tinggalkan tempat dan bergerak ke bahagian atas yang penuh dengan rakyat yang turut serta. Sambil membawa karung bercetak 'Save Gaza' aku mula menjalakan tugas walaupun bukanlah ajk rasmi. Ternyata rakyat Malaysia ini memang pemurah, tak sampai 10minit karung telah mula penuh.
Stadium mula hangat dengan ucapan2 bersemangat daripada barisan pimpinan masyarakat diselang seli dengan nasyid drpd muadz di mana semua hadirin berdiri sambil mengibar2 bendera. Perhimpunan Save Gaza ini berakhir dgn bacaan doa oleh Imam Masjid Shah Alam, masing2 menadah tangan penuh harapan agar doa tersebut dikabulkan oleh Allah. Suasana tiba menjadi sayu lebih lagi apabila imam berdoa dengan penuh pengharapan sambil menitiskan air mata......


"Ya Allah, Kau jadilah saksi ke atas usaha kami dalam memerdekakan Gaza. Wahai Gaza! Ketahuilah bahawa kami bersungguh2 dalam membantumu daripada serangan Yahudi laknatullah"

Sebelum bersurai, ramai hadirin menyertai aktiviti melempar muka 'Bush' dengan kasut dan perasmian kempen pelekat kereta Save GAZA di mana 200 kereta telah dilepaskan dengan pelekat tersebut.

Ya Allah!, semoga usahaku ini dikira sebagai menunaikan tanggungjawab ku ke atas saudara2 ku di Gaza. Ya Allah!, janganlah kau azab diriku kerana tidak membantu saudaraku di Gaza. Ya Allah! Selamatkan Gaza dari kejahatan Yahudi Laknatullah.........

Wahai Gaza, hanya ini sahaja yang dapat ku bantu. Malulah aku, malulah aku..... Rakyat Gaza mempertahankan Gaza dengan darah dan nyawa namun aku???? Sesungguhnya doa dan perhimpunan ini masih belum merupakan usaha yang maksima untuk membantu mu....

::Kuliah Sirah Kembali...>>


Salam.... Setlelah sekian lama menyepi, kini kuliah sirah kembali memenuhi ruang minda dgn pelbagai ilmu yang padat dan bermanfaat:

KULIAH SIRAH

Hari : Khamis (mingguan)
Tarikh bermula : 15 Januari 2009
Tempat : UIAM, Econs Lt2
Masa : 9.00-10.30 pm

Jom datang beramai2 ajak member2 untuk menyusuri kisah perjuangan Rasul kita!!!!!

http://kuliahsirah.wordpress.com/

Wednesday, January 7, 2009

>Jom, buktikan keprihatinan anda!!!!>


RAPAT UMUM SELAMATKAN GAZA


Rakyat Malaysia di jemput hadir dalam Rapat Umum Selamatkan Gaza bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mengutuk kezaliman yang dilakukan olah rejim Zionis ke atas mereka.

Anjuran: Aman Palestin
Tarikh: 10 Januari 2009m/13 Muharram 1430h
Masa: 10 pagi hingga 12 tengahari.
Objektif:
1- Menyatakan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menghadapi penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza.
2- Memberi sokongan dan kepedulian rakyat Malaysia terhadap saudara mereka di Gaza.
3- Megutuk kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis Yahudi ke atas rakyat Palestin di Gaza.
Aktiviti: Tayangan multimedia, deklamasi sajak, perasmian kempen Selamatkan Gaza, ucapan khas isu Gaza, doa dan lain-lain.