Tuesday, November 25, 2008

Kuantan Trip....

22 Nov 2008

Setelah ke Selatan, kini ke pantai timur (kuantan je....) Diiringi dgn hujan taken, fishy, adam dan aku bertolak pada jam 5.00. Smpi di rmh Abby waktu isya', makan mlm n tros ronda2 banda kuantan (bknnye ada apa2 sgt pon)...

Menjamu selera di rumah Abby

Berposing d masjid Kuantan


Aksi lagak ngeri.....

Dataran Kuantan....

Then pegi serbu pantai teluk cempedak utk operasi mencegah mungkar....heheh..... Mission mengarut bjln dlm kegelapan..... Balik ke rmh abby jam 12.30mlm.

23 Nov 2008

Slps sarapan kami terus menuju ke pantai 'Black Stone' utk bermandi manda dan bergumbira.

Pantai 'Black Stone'

Zohor di masjid dan terus melengkapkan matlamat ke Kuantan.... Kenduri Saudara Fariz Firdaus (skrg X-roomate) dgn Nurulhuda.... Ambik berkat cket...huhu.

Ambik berkat beramai2 dgn 'x roomate'

Kemudian kami tour UIA Kuantan... alang2 lalu.......

Bergmbr di celah UIA Kuantan....

Next destination-Sg Pandan waterfall, tapi alangkah kecewanya kami apabila airnya keruh akibat hujan....

Tak dpt mandi, bergambar pn jadik....

Smpi rmh abby, kemas2, mkn mlm and terus kembali ke KL, smpi rmh jam 2.30 pg!!!! Satu trip yg singkat tapi padat....

Wednesday, November 19, 2008

ke KAU kah aku..???

Jeddah dalam igauan

Semalam baru dpt call dr ICEO (International Cooperation and Exchange Office)…. Berita baik, akhirnya Student Exchange Program telah dapat di conformkan….. akhirnya setelah hampir setahun ditunda. Ikut jadual asal September thn lepas interview, fly Nov 07 tunda – Feb08 – July08, akhirnya Nov08 baru confirm utk fly pd Feb09 (itu pun klu ICEO x buat hal lagi-tunda etc.). Begitulah kerenah birokrasi di UIA ni, smpi ada sstgh mmbr yg layak pergi dah pun give up dan putus harap.

Aku pun dgn pantas surf laman web King Abdulaziz University of Jeddah utk memilih sbjk yg bakal ku ambil…. Tapi alangkah terkilannya aku apabila menyingkap course yg ditawarkan, tiada pun subjek pilihan hati…..

‘Double degree; apa yg best sgt’



Memang K.A.U (King Abdulaziz University) menawarkan program ekonomi, program yg initially aku join sewaktu enroll ke UIA. Tapi berasakan minat yg mendalam dlm ilmu agama mendesak aku memilih program ‘Double degree’ (Bachelor of Economics & IRK). Telah 3 tahun aku berada di UIA maka telah complete subjek requirement utk B.Econs dan skrg tggl baki subjek utk mghbskan degree dlm IRK.

Oleh kerana KAU hanya menawarkan course economy dan tiada course IRK maka harapanku utk ke sana kian samar….. Apakah penantianku selama ini sia-sia sahaja…… atau ada sesuatu yg lebih baik menanti…… Hanya Allah yg Maha Mengetahui kerana Dialah perancang segala2nya…..

Saturday, November 15, 2008

iniperjalanankita.wordpress.com....

Selasa 11 Nov

Akhirnya bermulalah sebuah perjalanan……. Kali ini bercuti2 ke selatan bersama ikhwah UIA Gombak. 2 Avanza dan sebuah Nissan Latio Berjaya memuatkan 14 org ikhwah yg tak kurang kecilnya (sebesar syuk je)… Memang dinantikan jaulah ni lagi2 lepas tension exam. Dgn taklifat mghafal doa safar dan dua kuiz menanti, kami x sabar2 menjadikan jaulah ini kenyataan. Jam 9.30 malam kami bertolak (semoga Allah menjaga kami spnjg Jaulah ini) ke Seremban, jmpa dgn Akh Omar Kassim yg menanti kami di pejabat ISMA Seremban.


Akh Omar melayan kerenah Hafiz

Rabu 12 Nov

Keesokannya kami mengambil kesempatan menziarahi Us Halim di Sikamat. Alhamdulillah berpeluang berjumpa dengan orang yang hebat seperti beliau. Sambil bersarapan kami beramah mesra dengan insan yg memegang sarjana dlm bidang ‘chemical engineering’ di Uni Melbourne dan diploma lanjutan dalam bidang syariah di Mesir. Kesungguhan beliau utk ke Mesir di tanam sejak di bangku sekolah dan setelah gap beberapa tahun impian tersebut masih belum pudar.

Us Halim mendukung anak bongsu

Bertemu dgn org hebat seperti beliau serba sedikit tertempias auranya membuat kami kagum dan secara peribadinya aku yg sblm ini hanya mendengar cerita dan membaca blog beliau, hari ini baru dapat ku bertemu mata. Timbul rasa kepuasan dan semangat untuk menuruti jejak langkah kesungguhan beliau. Lebih menarik lagi, dalam umur 19 tahun beliau telah mendirikan rumah tangga dan kini baru memiliki 13 orang anak. (hehe…Bab kawin x dpt nk ikut la tapi anak blh nk compete lg….)

Tazkirah: Seorang Dai perlu memiliki sifat Ikhlas, Amal, Jihad dan Istiqamah (consistency)

Membuang tebiat di tengah pantai.....

Kami meneruskan langkah ke PD utk meneruskan aktiviti pantai. Agak diluar tabii jgk apabila main bola berpasangan tgh2 panas terik (jam12.30tghr). Meneruskan perjalanan ke Pasir Panjang utk bertemu dgn ikhwah UNiTI (Us Razman, Us Sofi, Ujang, Akh Abu Bakar, Cikgu Zain dan Us Sabri). Seusai mkn tghr dan mendgr tazkirah drpd Us Sofi, kami pantas menuju ke Melaka utk perhitungan futsal menentang ikhwah MMU. Hehe, biasala ikhwah Gombak mana nak kalah.

Muka2 kemenangan bersama ikhwh MMU

Malam itu kami menginap di pejabat ISMA Melaka sambil mendengar amal ikhwah Melaka. (UTEM, MMU, Politeknik Merlimau). –Kredit kpd Akh Rauf yg telah melayan kerenah kami.

Tazkirah: Kefahaman-membina individu muslim, msyrkt moslem…Uztaziyatul Alam

Khamis 13 Nov


Nak masuk kene byr, bergambar sude.....

Pagi2 dah Qiam fardi (la sgt…). Sarapan mapley (onne2…) dan terus sesi bergambar di depan Kapal di Bandar Melaka. Sempat pusing2 dan beli sedikit cenderamata. Destinasi seterusnya, Kulai bakal menjadi mangsa….. Disambut mesra oleh Pak Uteh (thanks a lot) dgn mkn tghr yg menyelerakan. Seterusnya Akh Fauzi membentangkan amal di Johor disulami dgn bubur lambok Johor special.

Penjaring hatrik 2X tersenyum besar di dpn (bersama ikh YPJ)

Saat perhitungan dgn ikhwah Johor (KRIM dan YPJ) menyaksikan pertembungan yg hebat; akhirnya terpaksa dimenangi oleh Ikhwah Gombak. Malam kami berziarah ke rumah Pakcik Tumiran (ayahnya Tom) demi berpinggan2 nasi ayam dan kemudian mendengar celoteh Pakcik Zain (ayahnya Ayman) sambil menjamu sandwitch dan cocktail….Peh, terseksa perut malam tu… Pakcik zain pun x krg hebatnya dgn pengalaman2 yg x ckp dikongsi semalaman. (like father like son la)….

Tom n tom's BIG family...

Pakcik Zin berjaya 'menggebang' kitorang

Tiba di masjid Taman Puteri, Kulai utk mengumpul kekuatan Qiam esok…

Jumaat 14 Nov

Qiam fardi lagi (la sgt…). Pagi2 lg slps subuh kami disuntik dgn input dr pak Uteh (Dakwah vs Ijazah) sbg bekalan kami. Hari ini kami mempunyai misi khidmat masyarakat menyampaikan sumbangan kepada keluarga kurang bernasib baik. Berpecah kpd 3 kumpulan (mgikut kereta), kmpln kami menziarahi seorang makcik yg membesarkan lima org anak dan menyampaikan smbgn sekadar yg mmpu. Terasa amat bersyukur kpd Allah melihat ni’mat kesejahteraan dan dakwah yg dilimpahkan kpdku. Kami tutup jaulah ini dgn post-mortem dan kata2 smgt dr pak uteh. Destinasi seterusnya kami ‘shoot’ ke UIA sambil tersinggah pekena cendoi jagung

Bersama pakUteh di Masjid taman puteri, Kulai....


Terlalu byk yg kukecapi dlm jaulah ini dan x sabar2 menanti jaulah seterusnya…. Dgn tdk melupakan amal yg perlu dibuat diantara dua jaulah ini….

Friday, November 7, 2008

Ku temui 'Cinta'...?

Dekat nak exam ni, mmg saat2 yg genting, kadang2 tu nak faham bukan main la susah. Itu la namanya belajar, klu senang baik x pyh belajar, duduk kt kedai kopi ataupun terus bekerja…..
Lebih2 lagi belajar subjek ‘History of Islamic Philosophy’. Wpun memerima banyak kecaman daripada sesetengah pihak, namun ia merupakan muatiara ilmu bagi ummat Islam.


Tengah2 ligat otak ni ‘mengontemplate’ (dari perkataan contemplate), terfikir pulak nak jmpa Dr Farid Shahran yg mengajar kami subjek ni. Ambik ‘berkat’ sikit…..hehe (biasala dekat nak exam). Ingatkan boleh la nak dapatkan tips, skali kene basuh la pulak…..

Dr Farid ketika di Berlin

Memang betul kata2 Dr, ahli falsafah terdahulu telah banyak berjasa memerah otak untuk mengharmonikan antara falsafah barat dan agama. Kalau tak, sampai skrg kita akan mewarisi agama yg dicelup oleh falsafah barat. Memang barat drpd dulu lagi ingin merusakkan keaslian agama Islam dan sehinggalah sekarang dgn pelbagai fahaman; liberalisme, hedonisme, sekularisme dll.

Mata pelajaran ini telah banyak membuka minda untuk berfikir dalam persepsi yang pelbagai. Bukan hanya jumud dgn merujuk ulama’ tertentu shj. Atau berat sebelah pada satu pandangan tanpa mengkaji pendapat yg bertentangan. Sbb itulah kdg2 wujud ‘puak’ yg extremist membida’ah yg itu dan yg ini tanpa melihat pada maslahah dalam skop yg meluas.
Melaui matapelajaran ini jugalah baru ku tahu apa erti sebenarnya ‘AQIDAH’ yg merupakan tunjang dan asas kepada agama…..


AQIDAH- bkn skdr kepercayaan kepada Allah dan rukun Iman
AQIDAH-bkn ritual agama yg menjadi ikut2an
AQIDAH-bkn skdr amalan2 ibadah
Tetapi….
AQIDAH yg sebenar ialah kefahaman kita terhadap Islam dan tuntutannya ke atas kita sebagai hamba Allah…..


Daripada perbincangan inilah Dr mula memancing kami untuk menyintai ilmu, salah satu drpd gedung ummat Islam yg telah ditinggalkan. Belajar bukan sekadar untuk mendapat sijil yg digunakan sebagai alat utk mendapat pekerjaan tapi belajar utk menggali khazanah ilmu peninggalan ummat Islam.
Sbb itulah ummat Islam x maju, belajar untuk kebendaan dan bkn kerana cintakan ilmu.
Asas dasar itulah aku menyimpan cita2 utk terus menyintai ilmu dgn melanjutkan pelajaran bkn sekadar ‘degree’ tetapi lebih drpd itu. Terima kasih Dr krn menyedarkan aku ttg hakikat ini.

Monday, November 3, 2008

BoNgKaR!!!!>>>>>>>>

Alhamdulillah, 4 paper dah lepas, baki 2 paper lagi untuk terus ku harungi....... Kadang2 letih jgk nak fokus study especially time exam..... Apa2pun itu telah menjadi tugas dan t/jwb kita sbg pelajar..... Seharusnya kita menjadikan ilmu itu sbg rakan permainan kita, bukan hanya pada saat genting exam........

Apepun, yg ingin dikongsi bersama di sini ialah satu konspirasi........
Konspirasi yg tidak ramai tahu akan kewujudannya..........
Konspirasi 'EKONOMI' yg memesongkan segala persepsi kita...........

Adam Smith

Siapa yg tidak kenal Adam Smith (budak ekonomi jela, kalau tak tau jgk, lebih baik jd budak accounting..thee...), tokoh ekonomi barat yg terkenal dgn buku 'The inquiry into the nature and causes of the wealth of nation'.

Namun, sayangnya karangan beliau telah menjadi rujukan kepada satu lagi buku iaitu 'History of Economic Analysis' karangan Joseph Scumpeter. Buku tersebut telah menerangkan tentang sejarah teori2 ekonomi yg menjangkau tempoh 2000 TAHUN!!!!!

Apa yg menjadi isunya ialah terdapat satu LOMPONG besar dalam penulisan tersebut yg memakan selama 500 TAHUN!!!!! Tempoh ini dikenali sbg 'the GREAT GAP'' bermula dari 774M-1274M, Schumpeter menyatakan bahawa tiada langsung teori ekonomi yg berkembang dalam tempoh tersebut......


Joseph Schumpeter

ANDA TIDAK MERASA PELIK? TAKKAN DALAM TEMPOH 500 tahun TIADA SATU PUN TEORI EKONOMI MUNCUL????? INI LAH KONSPIRASI EKONOMI YG INGIN KITA BONGKARKAN......

Sebenarnya Schumpeter cuba untuk melenyapkan kegemilangan ISLAM dan sumbangannya terhadap dunia ekonomi. Buku beliau telah menjadi rujukan kepada lima buah buku utama ekonomi yg digunakan di serata dunia. Oleh kerana itulah tiada langsung perbincangan ttg
sumbangan ISLAM dalam bidang ekonomi SEHINGGAKAN KITA MENGGANGGAP EKONOMI ISLAM HANYA SEKADAR TEORI YG TAK MMPU DIREALISASIKAN.......

Kupasan Qardhawi ttg ekonomi ISlam

"Eh.... adeke ekonomi Islam...?"
"...Boleh ke ekonomi islam ni di amalkan, macam teori je....."
"..klu ekonomi islam diaplikasikan, habisla sistem ekonomi kita....."
"ekonomi Islam n baru je nak berkembang, tak terbukti pun berkesan, entah2 lagi teruk daripada sistem kapitalis skrg....."


Itu la antara ngomelan2 org yg tidak mengetahui ttg SEJARAH EKONOMI ISLAM. Sebenarnya, dlm tempoh 500 tahun tersebut, ramai TOKOH2 ISlam yg terkemuka menyumbang idea yg BRILLIANT (dengan izin) terhadap ekonomi dunia dan TERBUKTI berjaya.


Antara tokoh yg muncul dgn idea ekonomi pada tempoh itu ialah al-Ghazali, Abu Ubayd, Abu Yusuf, Ibn Khaldun, alMaqrizi dan ramai lagi....... Insya Allah saya akan cuba bentangkan idea2 mereka secara ringkas dalam keluaran akan dtg (termasuklah penggunaan duit kertas, dinar dan dirham dll.)

*Idea ini dinukilkan semula setelah mengikuti kelas "History of ISlamic Economic Thought" ECON 4010 bimbingan Dr Ugi Suharto, sem1 2008/09...