Thursday, September 24, 2009

>>> 100m VS 1000m




Bulan yang penuh keberkatan telah berlalu, pergi meninggalkan kita..... Begitu pantas dan tidak sedar betapa sudah sebulan kita tempuh bagaikan baru seminggu dua. Maka beruntunglah bagi yang berusaha di dalamnya dan maka rugilah bagi yang mencuaikan dan melekakan ia.

Masih terngiang-ngiang lagi kata2 pentakirah seusai solat 4 rakaat terawih, bahawasanya perlumbaan mengejar keberkatan pada Ramadhan ini perlu dilakukan bukan seperti pelari pecut 100m tetapi seperti pelari jarak jauh 1000m kerna yang pertama akan memecut sekuat hati pada awal larian dan mula perlahan saat tiba ke garisan penamat adapun yang kedua akan bermula secara konsisten sehingga ke saat akhir barulah memecut ke garisan penamat.

Adapun perumpamaan ini hanya 'valid' pada bulan Ramadhan kerana di dalamnya terdapat satu malam yang menyerupai seribu bulan iaitu Lailatul Qadr. Ternyata dalam kebanyakan hadith menyatakan bahawa malam ini terletak pada 10 terakhir dalam bulan Ramadhan. Namun realiti masyarakat sekarang seakan2 lebih cenderung kepada pelari pecut 100m. Lihat betapa penuhnya masjid2 dan surau2 pada minggu pertama Ramadhan dan betapa besar berkurangannya jumlah jemaah, dimana2 surau atau masjid2 di Malaysia, fenomenanya adalah sama. Satu keunikan Melayu yang tidak patut dibanggakan.

Nah tengoklah bangsa lain selain Melayu, pengalamanku berada di Masjid Universiti Islam Antarabangsa Malaysia UIAM membuka ruang mindaku daripada kepompang ke'melayu'an. Makin mendekati 10 malam terakhir makin giat dan gigih pelajar selain melayu beribadat dan beri'tikaf. Kesungguhan dan ketekunan dalam mencari keampunan dan keredhaan pada malam2 terakhir di bulan Ramadhan amat menakjubkan. Mereka FAHAM akan sunnah dan kelebihan pada masa tersebut, mereka BERAMAL mengikut ajaran Islam pada malam2 tersebut dan mereka MENCARI dengan penuh keyakinan dan kesungguhan demi Tuhan yang Agung. Sesungguhnya masjid penuh dengan 'mereka' yang betul2 yakin dengan janji Tuhan mereka.



Ke mana perginya pelajar2 melayu? Biasala.....last minute shopping, pegi KL dulu beli baju raya, kemas2 barang2 untuk balik kampung dan yang pentingnya dapat balik kampung. Tak kesah la, biar 'diorang' je yang i'tikaf, kampung diorang jauh, tak kemana nak pergi. Biar diorang je la yang dapat PAHALA yang berganda dan JANJI2 daripada tuhan mereka....
(minda melayu-'cukup makan sudah')

Bagaimana pula selepas Ramadhan? Sudah tentu perumpamaan tadi tidak lagi 'valid'. Matlamat kita bukanlah lailatul Qadr atau Ramadhan semata2. Tidaklah selesai Ramadhan kita tidak perlu lagi bersungguh2 dalam beribadat bahkan sekiranya tujuan Madrasah Ramadhan itu untuk memupuk taqwa tercapai, maka kita sharusnya akan bersungguh2 lagi beribadat sebagai menyambung momentum di bulan Ramadhan. Jangan jadi HAMBA RAMADHAN tetapi jadilah HAMBA TUHAN atau lebih dikenali dalam surah al-Furqan sebagai 'Eibadurrahman'. Sesungguhnya ibadah penghambaan eibadurrahman itu tidaklah bermusim tetapi terus menerus konsisten sampai menemui 'Rab'nya..... adapun ibadah hamba Ramadhan akan terhenti apabila berlalunya Ramadhan.....

Kullu Sanah Wa Antum Bikhair.....

Friday, September 18, 2009

Wednesday, September 9, 2009

Iftar Ramadhan...

Jangan lepaskan peluang untuk makan free.....ruhani dan jasmani....