Monday, June 15, 2009

Belia dan Perubahan



Kebelakangan ini kita telah dihidangkan dengan pelbagai berita yang kurang enak berkenaan belia terutamanya yang melibatkan belia ‘Islam-Melayu’. Cerita-cerita ini didedahkan oleh media-media tempatan mencerminkan betapa tahap nilai moral belia zaman sekarang amat membinbangkan.

Terbaru ialah pengakuan seorang pelajar perempuan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia jurusan undang-undang telah mengaku bersalah atas tuduhan khalwat di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Lebih merunsingkan lagi apabila baru-baru ini, seorang pelajar Tingkatan Empat sekolah menengah agama di Kuantan telah mengaku membuang mayat bayi disebuah rumah sewa akibat daripada dirogol seorang kenalan sehingga mengandung.

Ini hanyalah bebarapa kes yang didedahkan kepada pengetahuan umum manakala yg tidak didedahkan pasti lebih menggerunkan kita. Belia selaku pemimpin Negara pada masa akan datang seharusnya sedar akan situasi sekarang dan perlu cepat melakukan perubahan.

Melihat kepada perubahan, perubahan seperti manakah yang diperlukan oleh belia kita? Kerajaan telah melaburkan beribu-ribu ringgit bagi membina modal insan dan merubah belia terutamanya dalam merealisasikan program Latihan Khidmat Negara dan Aktiviti Rakan Muda. Namun masalah belia kita masih belum mampu untuk diselesaikan. Sejauh manakah keberkesanan program tersebut untuk menyedarkan belia masa kini?

Setelah diteliti maka benarlah bahawa perubahan yang diperlukan belia itu haruslah timbul dari dalam diri belia itu sendiri dan bukannya perubahan luaran sahaja. Belia haruslah tahu untuk apa mereka diciptakan dan ke arah mana hala tuju mereka. Belia juga harus mendekatkan diri mereka dengan Islam sebagai tunjang dalam kehidupan mereka. Dengan ini, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dengan berani mengambil inisiatif untuk membawa hala tuju belia dengan pelbagai program yang dapat membina jati diri belia dari pelbagai sudut termasuklah luaran dan dalaman.



Oleh itu marilah sama-sama kita golongan belia melakukan perubahan dalam diri kita dengan melihat kepada sirah dan sejarah pemuda zaman dahulu yang lebih ‘advance’ dan mampu mengubah landscape dunia. Al-Quran turut menyebut beberapa kisah pemuda yang mampu dijadikan contoh sebagai agen perubahan dalam masyarakat:
Pertamanya adalah kisah ashaabul kahfi sebagai kelompok pemuda yang beriman kepada Allah SWT dan meninggalkan majoriti kaumnya yang menyimpang dari agama Allah SWT, sehingga Allah SWT menyelamatkan para pemuda tersebut dengan menidurkan mereka selama 309 tahun (Surah AlKahfi).

Kisah pemuda ashaabul ukhdud dalam al-Qur’an juga menceritakan tentang pemuda yang tetap dalam keimanannya kepada Allah SWT sehingga menyebabkan banyak masyarakatnya yang beriman dan membuat murka penguasa sehingga ratusan orang dibinasakan dengan diceburkan ke dalam parit berisi api yang bergejolak (sabab nuzul QS ). Dan masih banyak lagi contoh-contoh kisah para pemuda lainnya seperti Usamah Bin Zaid yang telah mengepalai pasukan tentera pada zaman Abu Bakar tatkala dia masih berumur sekitar 17 tahun.

Marilah sama-sama kita keluar daripada kemelut masalah belia ini dengan membawa perubahan dengan mengambil iktibar dan contoh daripada tokoh-tokoh pemuda pada masa silam……

Dipetik daripada website: pembinakl

No comments: