Wednesday, June 3, 2009

¬Indahnya Baitul Muslim (Bah.2)¬


Sambungan…..

InsyaAllah ruangan kali ini menampilkan pengisian yg sedikit ilmiah dan

Bila bertanya kepada pengantin

“kenapa kawin?”

“Ikut sunnah…..” Itulah jawapan yg sering didengari apabila soalan di atas diajukan. Tapi betul ke mengikut sunnah? Atau lebih kepada mengikut adat? Mudah-mudah sahaja ‘claim’ ikut sunnah. Tapi bila sampai waktu majlis, macam2 perkara ADAT YANG MELANGGAR SUNNAH diamalkan….

ALA2 ‘BERSANDING’

Memang sejak kebelakangan ni amalan ‘ala2 bersanding’ makin subur dikalangan msyrkt kita. Alasannya “Ala, nak tangkap gambar je, bukan ada tepung tawar pun” Hakikatnya memang amalan bersanding itu HARAM dari sudut Islam walau apapun alasan yg cuba utk diberikan. Memang ‘bersanding’ zaman sekarang ni sudah di ‘modify’ kan, tiada lagi tepung tawar, tiada lagi bersilat. Tapi yang diharamkan oleh Islam itu ialah ‘MEMPROMOSIKAN’ si isteri dengan keadaan BERTABARRUJ. Alangkah dayusnya si suami….

Satu lagi trend ialah menayangkan gambar2 ‘mesra’ selepas bernikah menggunakan projector. Semua orang yg hadir dapat tengok gambar ‘mesra2’, ‘peluk2’, ‘senyum2’ sang isteri dan suami. Alahai romantiknya…..

Cukuplah sekadar membuat tempat yang khas utk bergambar dalam bilik si pengantin; aman daripada fitnah pandangan orang ramai…..

Tidak lupa juga acara memotong kek sambil si suami menyuapkan si isteri, kalau dalam rumah tak apa la, tapi dilakukan di depan para tetamu yang meluat melihat aksi2 15SX tu… (tak lupa yg pengantin perempuan tu bertabarruj). Memotong kek hanyalah meniru cara sambutan perkahwinan adat barat dan bukanlah adat orang melayu.

Dan amalan yang paling tak menarik utk disebut bila mana pengantin lelaki memakai rantai sebagai memenuhi protokol pemakaian pengantin. “Ala, bukan emas pun” tapi tidakkah anda tahu bahawa memakai rantai itu menyerupai perempuan dan menyerupai perempuan adalah haram di sisi Islam.

PERCAMPURAN ANTARA LELAKI DAN WANITA

Majlis yang terdapat percampuran antara lelaki dan wanita adalah majlis yang rusak lagi maksiat. Islam tak pernah pun menggalakkan majlis seperti ini. Jangan memberi alasan tak mampu nak pisahkan lelaki dan perempuan, “ala, nanti susah la family nak makan sekali”. Alhamdulillah majlis saya berjalan dengan meriahnya walaupun berjaya mengasingkan tempat duduk antara lelaki dan perempuan.

PEMBAZIRAN

Inilah yang amalan yang sukar sekali untuk didefinisikan tapi amat mudah untuk diamalkan. Tujuan walimah dibuat untuk memberikan makan kepada para tetamu namun ianya sering dipergunakan untuk menunjukkan yang majlis walimah dia lah yang paling ‘grand’, paling ‘meriah’ seolah2nya ‘Wedding of the year’ maka berpuluh ribu wang ringgit dibelanjakan semata untuk mendapat dosa pembaziran. Berapa puluh persalinan dibuat bagi Nampak lebih GAH lagi. Maka jadilah majlis walimah ini tempat untuk bersaing siapa punya majlis paling ‘Gempak’ skali. Walhal pembaziran itu merupakan sekutu rapat syaitan dan dosa yang tersembunyi. Adakah menjadi sunnah utk menyambut sesuatu dengan pembaziran?

KESEDERHANAAN MENJADI PILIHAN

Saya sekeluarga memilih jalan kesederhanaan utk menyambut orang baru dalam keluarga kami sebagai tanda kesyukuran. Alhamdulillah keluarga pihak perempuan turut mengamalkan ‘wasatiyyah’ dalam walimah kami. Tiada pelamin yg gah ataupun majlis yang grand2. Tiada makan beradab dan tiada bersanding. Walapun dalam keadaan sederhana namun suasana cukup meriah dengan kehadiran para tetamu yang ramai dan berselera dengan juadah.

PENGASINGAN LELAKI DAN PEREMPUAN

Ramai yang menjadikan alasan ‘susah’ nak di pisahkan tempat duduk lelaki dan perempuan dalam walimah namun bermula dengan kenduri abang dan seterusnya saya, para tetamu tidak mempunyai masalah untuk duduk berasingan. Kami siap menyediakan papan tanda ‘Rijal-lelaki-men’ dan ‘Nisa’-perempuan-women’ bagi memudahkan para tetamu memahami ‘protokol’ Islam dalam majlis kami. Alhamdulillah para tetamu makan dengan selesa dan tanpa segan silu…

MENDOAKAN PENGANTIN & TETAMU SOLEH

Dalam mencari keberkatan dalam sesuatu majlis walimah, doa daripada tetamu kepada pengantin amatlah diharapkan. Dengan penampilan yg sederhana dan ‘rajin’ bertemu tetamu, maka ramailah yg mendoakan:

بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ

“Semoga Allah memberikan keberkahan kepadamu, memberikan keberkahan atasmu, dan menyatukan kamu berdua di dalam kebaikan.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Dalam sesetangah majlis, pengantin yg sibuk duduk bersanding atau makan beradap terlepas untuk bermesra dengan tetamu yang hadir menyebabkan terlepasnya mereka akan keberkatan doa tetamu tersebut.

Kehadiran tetamu yang soleh juga menjadi faktor dalam keberkatan sesuatu majlis bukannya majlis yang GAH memperagakn baju2 yang mahal dsb. Bukan juga dengan kehadiran tetamu yang tidak berpakaian sopan dan tidak meutup aurat.

Semoga serba sedikit menjadi panduan dalam kita menjalani kehidupan berkeluarga InsyaAllah…. Bagi yang sudah menjalani majlis walimah, marilah sama2 kita beristighsar atas dosa yang disengajakan atau tidak….

8 comments:

Umar Abdul Rashid said...

Sgt indah. Sikit x pa ker ?. Cuma aku beranggapan agak kontroversi.

Abu Yasir said...

sikit celah mana tu? Kontroversi tang mana? Clarify. Kalau make up utk suami x pe, jgn dok tayang kat org len....

Anonymous said...

Hurm, ini yg kita nak. Sedikit perkongsian pengalaman orang yang baru sahaja kawen.. Khususnya bagi mereka yang merancang nk bkahwin muda/tym blaja..

Tapi bila fikirkan, hurm.. cam ngeri jg berkahwin ni..

Abu Yasir said...

Salam,
Zaid, apa yg ngerinya.... Ni bukannya citer hantu...

aDiKmU said...

umi dh bce post ini.. nk tahu ape yg umi ckp psl post awk kali ini...tnye sndiri kt umi..

Anonymous said...

Er, apa yg ngeri?

zaujah kot... lala~

Anonymous said...

bila membc blog ni sy amat lah tersentuh
ye apa yg ditulis mmg benar
tp seharusnya penulis melihat dr pelbagai aspek
mengatakn org lain dayus adalah seharusnya tidak terlalu mudah/ dr pandangan mata semata2
hmm betol la-memilih pemimpin seelok nya bukan dr gol. yg amat muda-sbb selalunya org muda berckp tanpa pengalaman yg byk
dan berckp lebih mengikut ilmu/ rasa hati
again-itu blog kamu;suka hati kamu le (xde sape suruh sy baca hohoh!!)

penulis mempunyai keluarga yg memahami/fikrah yg hebat bole sy katakn-itu satu kelebihan utk kamu
ada org mempunyai keiginan utk berubah tp dia diuji dgn keluarga yg msh tidak dibukakn pintu hati mrk
keluarga yg msh berpegang kuat pd adat istiadat
keluarga yg merasakn semua itu tidak salah
bahkn jika tidak dilakukan , akan megundang rs malu dan kurang selesa pd mereka
mungkin itu sahaja aspek yg tidak dilihat oleh penulis

Abu Yasir said...

Terima kasih, anonymous kerana membaca dan memberikan pendapat....

Ada kebenarannya daripada pihak anda di mana sy mgkn berasal dr latar blkg keluarga yg memahami agama namun keluarga itu bermula drpd kita dan jika bukan kita yg membentuk keluarga maka siapa lagi...???? Maka di masa akan datang, kita perlu memahami hakikat ini, mgkn utk walimah kita sudah terlepas dan kita tak mampu untuk mengubahnya tapi untuk anak2 kita???? Masih mahu mengikut adat atau mengubah mengikut sunnah?

Adapaun saya amat tidak bersetuju ttg pendapat
"memilih pemimpin seelok nya bukan dr gol. yg amat muda-sbb selalunya org muda berckp tanpa pengalaman yg byk
dan berckp lebih mengikut ilmu/ rasa hati"
Ini kerana saya menulis dan melontarkan pendapat atas kapasiti sebagai seorang individu, BUKAN SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN. Kalaupun ya, saya cukup tidak bersetuju kerana umur sy 25 belum layak menjadi pemimpin sedangkan usamah bin Zaid mengepalai bala tentera yg ketika itu hny berumur 17. Dan dari jawatan itulah seseorg pemuda menimba pemgalaman dan ilmu, kalau hingga ke tua menjadi pemimpin bilakan masa nak diasah bakat pemimpin muda? Dan dari pengalaman itu lah dia belajar dan memperbaiki rentaknya.... Kerna itu wujud pemimpin yg tidak berpengalaman kerna tidak diberi peluang semasa mudanya....

Sekiranya terus menerus mengikut kata keluarga yg mempertahankan adat yg menyalahi syariat, bilakan pula kita mahu berdakwah kepada mereka. Bukankah berdakwah kepada keluarga itu lebih besar kewajipannya berbanding berdakwah dgn org lain? Kerna itu cabaran utk berdakwah itu amat besar. Contohnya Paman nabi sendiri menjadi penentang kuat kepada dakwah nabi dan nabi tidak pernah sekali-kali berlembut hati dengannya kerana matlamat dakwah itu lebih besar drpd menuruti kehendak atau meraikan pakciknya?

Akhirnya sekali, sekiranya anda benar mahu mengemukakan pandangan, BERANILAH bertanggungjawab atas pandangan tersebut dengan menyiarkan identiti anda, jangan jadi seperti 'membaling batu, sorokkan tangan'...

Allahua'lam....