Wednesday, December 10, 2008

>>Bencana alam atau bala'??


Seketika negara kita digegarkan dengan tragedi runtuhan tanah di Bukit Antarabangsa..... Kejadian yg lebih krg sama berlaku pada tahun 1993 di mana bangunan apartment Highland Towers tumbang menyembah bumi..... Namun manusia tak pernah mengambil iktibar.... dan tak pernah sedar..... hakikat sebenar yang ingin di sampaikan oleh yang Maha Agung.....

Maka berlumba-lumbalah para wartawan dan media massa bergegas dan bertungkus lumus untuk mendapatkan liputan terkini bagaikan suatu pesta dan tajuk hangat utk diketengahkan pada masyarakat. Namun yang di'highlight'kan bukanlah mesej sebenar yang sepatutnya diketahui oleh masyarakat... sekali lagi media berjaya memanipulasi keadaan....


Nah.... Lihat sahajalah pada ungkapan yg diberikan pada tragedi ini...:
"Bencana alam..." atau "kesan daripada fenomena semulajadi"
sebabnya????
"Oh, ini kesan drpd pembinaan dan penerokaan kawasan tinggi......"
"Ini akibat daripada faktor hujan yg turun beberapa hari kebelakangan ini....."

Jawapan ini hanyalah datang drpd org yg melihat dengan mata kasar, dan jawapan inilah yg menyebabkan mesej sebenar drpd Maha Agung tidak dapat dibaca.....
Orang yg, melihat dgn mata hati akan menjelaskan fenomena ini dengan berkata:

"Ini merupakan bala' drpd Allah, maka insaflah kita....."
"Ini adalah amaran drpd Allah atas segala maksiat dan kefasadan yg berlaku di negara kita...."
Maka beruntunglah mereka yg melihat dgn mata hati mereka dan amat malanglah bg mereka yg hanya melihat dgn mata kasar mereka....


Maka keluarkan bermacam teori tentang menjelaskan punca berlakunya tragedi ini...... Tanah curam berisiko tinggi la.... Hujan lebat yg tidak berhenti2 la..... Lesen diberikan tanpa kelulusan la..... Bangunan terbengkalai di kawasan yg lebih tinggi la......

Ini semua jawapan org yg x mmpu berfikir dengan mata hati, yg x memahami mesej Ilahi, cuba utk merungkai segala2nya dgn teori sains (seolah2 sains itu sebagai tuhan) dan langsung tidak melihat kewujudan Allah dalam merungkai dan menjelaskan tragedi ini......


Orang yang berfikir menggunakan mata hati akan berkata semua ini adalah kuasa Allah sebagai bala', peringatan, pengajaran utk rakyat Malaysia yg telah rosak belianya dan pemimpinnya....
Kan senang je nak jelaskan macam ni.... Lihat la ramai org2 kaya tinggal di situ, banglo2 dan kereta2 mewah yg ranap..... Mgkn pengajaran kepada mereka dan kpd yg lain bahawa kekayaan itu milik Allah, bkn milik kita, bila2 masa shj boleh di tarik balik..... Dermakanlah sebahagian kekayaan dan kemewahan itu kepada yg memerlukan, kan kat Malaysia ni masih ramai lagi miskin yg memerlukan.....

Insaflah wahai wahai rakyat Malaysia..... Marilah sama2 kita menginsafi tragedi ini sgb peringatan buat kita spy lebih taat pada Allah..... Bala'Allah pasti dtg sekiranya kita terus mengingkari arahanNya dan tidak takut pada laranganNya....

5 comments:

Anonymous said...

hurmm..sy sokong ape yg kamu ulas ttg tragedy tanah runtuh tu..bnyk pihak tuding jari pd ekosystm..lereng bukit,n others.. yeah those are the factors..but innerly.. do they realize dis is da sign from Allah...do they try to discuss it publicly with the views from islamic point of view?..huhu..

Ibn Yusof said...

Assalamu'alaikum,

Sekadar pandangan dan renungan yang boleh kita fikirkan tentang perkara ini. Untuk menjustifikasikan sesuatu azab yang berlaku ke atas sesuatu kaum dengan menyatakan

“Itulah azab Allah yang melanda.”

“Azab Allah turun kerana ramai manusia alpa”

Seandainya sesuatu musibah berlaku pada zaman para sahabat radhiallahu 'anhum, mereka akan menangguh diri daripada sebarang komentar sehinggalah berkesempatan untuk bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: “Kenapakah ia berlaku?” Rasulullah sendiri tidak akan memberi apa-apa jawapan sehingga memperoleh wahyu daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Ini kerana sekalipun kita beriman bahawa setiap yang berlaku adalah dengan kehendak Allah, adalah tidak wajar apabila kita membuat andaian sendiri kenapa Allah melakukannya. Allah Subhanahu wa Ta‘ala memberi amaran tentang hal ini:

Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan:

1.Perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi;
2.Dan perbuatan dosa;
3.Dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar;
4.Dan kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya);
5.Dan kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya. [al-A’raaf 7:33]

Seperti mana yang ditekankan dalam poin no.5 dalam ayat di atas.Diingatkan bahawa faktor “kenapa” Allah melakukan sesuatu perkara tidak sama dengan “kenapa” yang diandaikan oleh akal manusia.

Sebagai umat Islam, sikap kita yang benar bukanlah menjadi 'jurucakap Allah', tetapi menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah kerana terselamat daripada apa-apa bencana. Kesyukuran tersebut hendaklah dibuktikan dengan membantu sedaya mungkin orang-orang yang terkesan dengan musibah.

Sekadar pandangan ikhlas dari seorang sahabat.

Wallahu'allam.

Ibn Yusof
www.ibnyusof.blogspot.com

Abu Yasir said...

Ikhlas pandangan Ibnu Yusof, ada kebenarannya.....

Mungkin itu pada zaman para sahabat di mana Rasulullah hadir untuk memberi sebarang penjelasan yg tepat terhadap apa jua yg berlaku.

Namun skrg Rasulullah telah tiada, adakah pantas kita membiarkan para wartawan dan commentator yg kurangan ilmu agama untuk menjadi 'juru bicara' kepada Rasulullah?
Sudah pastinya mereka yang mengawal dan memanipulasi media memberikan satu ulasan yg berat kepada sains dan menolak kekuasaan Allah dikala ummat yg bejat dan tidak mampu melihat dengan mata hati.....
Adakah kita hanya rela menjadi penonton tatkala org lain bermaharaja lela dan bebas meberikan pandangan yang bukan dari sudut agama, membuktikan kekuatan sains melebihi kekuatan Allah lantas masyarakt terus terpengaruh dan percaya.....

Kita bukan berada pada kurun yg terbaik dimana sahabat patuh dan faham agama, kita berada pada kurun yg ummat bercelaru dan bertambah bercelaru apabila semua keadaan semasa diterangkan oleh orang kurang agama sedangkan orang beragama diam membisu.....

Di sini dimana 'maslahah' ummat memainkan peranan besar..... Menutup lubang fitnah (sadd zarae') kan adalah salah satu kaedah dalam usul fiqh. Tiada lagi Rasulullah yg ada utk menerangkan semua keadaan, yg ada hanyalah AlQuran, as-Sunnah dan ilmu2 yg diajarkan kpd kita....

Bukankah al_quran telah banyak menyeru kita supaya terus berfikir...
'Inna fi zalika la aayatil li ulil albab'
'afala ta'qilun'
'afala tatafakkarun'

Tujuannya hanya untuk menginsafi kejadian ini, dan menunjukkan kelemahan manusia.....
Allahua'lam

Anonymous said...

plz iklan ni

++++++++++++

Baru habis SPM? Jom join KEM LEPASAN SPM SIRI 4, Kem Raudah GOmbak, 26-28 Disember 2008, layari http://www.kemlepasanspm.blogspot.com untuk maklumat lanjut... manakala untuk pertanyaan: sila hubungi Saudara Fairul 013 661 6676 atau Saudari Atikah 013 603 9811. Sila Sebar2kan kepada adik2, abg2, kakak2, kenalan2 yg baru shj menamatkan SPM 08 .. jazakumullah!! barakallahu fikum~ fwd2kn

+++++

nta amik gamba2 utk iklan dr blog berikut tu ye...

Anonymous said...

Everything’s in His Hand. And we have to accept it because it’s obviously a fact.
The reality is - death can happen anywhere and anytime.