Tuesday, December 2, 2008

Ada apa dengan Qurban...??


Isnin lepas aku berpeluang mendengar kuliah maghrib di surau rumahku... Us Abu Syam seperti menggu2 lepas mengisi kuliah tersebut. Pada penghujung kuliah Us mengulas sedikit tentang ibadah Qurban..... Sebelum ini, apa yg aku faham tentang Qurban ni- bertakbir, sembelih lembu dan makan, time khutbah adalah khatib mengingatkan "Pada hari ini diharamkan kamu berpuasa dan dihalalkan kamu makan dan minum...."

Rupa-rupanya orang melayu selalu menyalah gunakan bahasa arab ni.... Cth: 3 orang telah terkorban dalam kemalangan jalan raya.....(melayu, melayu.....) Sepatutnya istilah 'Qurban' berasal drpd perkataan 'Qaraba' yg membawa maksud dekat dan Qurban dr segi istilahnya membawa maksud 'mendekatkan diri kepada Allah taala'


Pengorbanan Ibrahim

Aiseh, nama sama lak... Itulah antara menifestasi ibadah Qurban yg sepatutnya difahami oleh ummat ISlam, satu
ibadah yang mampu men'DEKAT'kan diri seorang hamba dengan tuhannya melalui 'KEPATUHAN' dan 'KEIKHLASAN'.

Apa yg
menarik ialah kisah yag dibawa oleh ust tentang pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail. SUdahla lama menunggu untuk mendapat anak, kene hantar jauh ke satu lembah yg tidak berpenghuni dan belum pasti keselamatannya. Ditinggalkan isteri bersama anaknya, Ibarhim kembali semula ke Palestin.

Antara korban dan Cinta...


Apabila bertemu dgn anaknya yg telah lama ditinggalkan, rindu Ibrahim serba sedikit mula berputik kepada anaknya. Sebelum ini cinta Ibrahim hanya tertumpu kepada Allah taala namun akibat telah lama berpisah dgn anaknya maka sebagai manusia, sudah rindu baginda berbahagi.

Mengikut Us Abu Sham, sekiranya cinta kita hanya kepada Allah kemudian cinta itu terpesong sedikit kepada dunia,
maka Allah akan memberi peringatan kepada hamba tersebut. Bukan kerana cinta Allah berkurang tetapi untuk mengingatkan kembali hambanya supaya men'DEKAT'kan diri kepada Allah. Maka pada ketika itu Allah memberi perintah kepada Ibrahim supaya menyembelih anaknya bagi memperbetulkan cintanya.....


Ismail yg belum smpt merasai belaian dan kasih seorg bapa dgn ikhlas dan tanpa teragak2 merelakan diri utk disembelih tanpa mmbantah atau ragu2....Betapa besarnya nilai pengorbanan Nabi IBrahim dan Nabi Ismail yg sanggup mengorbankan nyawa untuk mendekatkan diri kepada Allah. dan pada saat akhir ia ditukarkan kepada kibash......

Jauhnya Perbandingan


Betapa jauhnyanya perbandingan yg Allah telah bawakan kepada kita; Nabi Ibrahim menyembelih anak dan kita menyembelih lembu. Namun menifestasinya dan ganjarannya ttp sama- mendekatkan diri kpd Allah..... MasyaAllah betapa agungnya Allah yg membari RAHMAT kepada hambanya, x perlu pun kita mengorbankan anak untuk medapatkan ganjaran yg sama seperti Nabi IBrahim...

Ihklas

Namun syarat yg sukar utk dipenuhi demi mandapat ganjaran ini adalah IKHLAs...Dengan niat SEMATA2 untuk mendekatkan diri kepada Allah. Sebagaimana kisah HAbil & Qabil yg menyembahkan hasil Qurban kpd Allah dimana hanya Qurban Habil berupa binatang ternakan yg gemuk dan sihat diterima manakala Qurban Qabil yg bercampur antara tuaian gandum yg baik dan rusak di tolak..... Bukannya senang nak berlaku ikhlas nie.....
Marilah bersama2 menginsafi ibadah ini dengan mempertingkatkan ibadah pada bulan ini dan berpuasa pada Yaumul Arafah (kebiasaannya 9 Zulhijjah).....

*Utk maklumat lebih tentang puasa yaumul arafah boleh rujuk blog us Fauzi:
http://satuperkongsian.wordpress.com/2007/12/18/puasa-arafah-hari-wuquf-atau-9-zulhijjah/

4 comments:

Alfaruuq said...

Ust Baem nak tanya; Nabi Ismail ada dakwah pada mana2 kaum ke? -org tak tahu yang nak tahu-

Abu Yasir said...

Sudah tentu ada, kan setiap rasul itu diutuskan kpd kaumnya kecuali Muhammad yg diutuskan utk semua kaum...Dari keturunan nabi Ismail lah lahirnya kaum Arab Quraisy.... Tapi kebanyakan kisah menyatakan bahawa Nabi Ibrahim dan Ismail terus berada di Mekkah dan memimpin kaum yg datang dan menetap di Mekkah, Allahua'lam.....

Anonymous said...

puasa tasua asyura? tu bukan dlm bulan muharram ke?

Abu Yasir said...

Silap la tu, it should be Yaumul Arafah (9 Zulhijjah.....) Biasala kadang2 tulis ni termelalut sana sini.... Syukran kerana memperbetulkan.....