Monday, October 20, 2008

Resurrection.....


Kebangkitan..... sesuatu yang memerlukan keimanan untuk mempercayai tentang hakikat ini. Alhamdulillah telah selesai 'presentation' tentang 'Theory of Resurrection; A Comparison Between AlGhazali and Averroes'. Agak pening jugak untuk memahami teori yang dibangkitkan oleh kedua2 ahli falsafah ni. Bukan sesuatu yang dibuat secara sukarela tetapi bagi memenuhi kehendak subjek "History of Islamic Philosophy" (RKUD 4350).

Sebelum ni tak terfikir pun wujudnya perbincangan ttg teori kebangkitan.... Walaupun tak pernah mempertikaikan kedua2 ahli falsafah yang hebat ni, namun masih terdapat pertikaian anara mereka berdua. Biasa lah, manusia.... Ulama mazhab fiqh pun terbahagi kepada lebih daripada empat......

Tetapi apa yang menarik ialah idea2 yg dikemukakan oleh kedua2 pihak dimana alGhazali menyangkal hujah2 para falsafah terdahulu seperti ibn Sina dan Farabi di dalam kitabnya 'Tahafut alFalasifah' manakala Ibn Rushd pula membalas hujah alGhazali dalam kitabnya 'Tahafut alTahafut'. Secara umumnya mereka bersependapat dalam hakikat kebangkitan cuma berbaza dalam bentuk atau cara dibangitkan; dlm bentuk spiritual atau jasad-atau kedua2nya.




Untuk perbincangan lanjut tentang tajuk ini, sila lihat pada ruangan slide show

No comments: