Wednesday, October 22, 2008

Duit oh duit......



Mengurus kewangan…..

Semalam merupakan kelas terakhir bagi subjek ‘Investment Analysis’ yg di ajar oleh Bro Azhar, seorang lecturer yg sempoi dan sering berkongsi tips dalam kehidupan. Setelah selesai presentation utk haritu, sir(panggilan lecturer lelaki di UIA)mula berkongi tips berkenaan investment in properties, sesuai utk peringkat umur kami yg tidak lama lagi akan menceburi bidang kerjaya….


Apa yg mula muncul dalam fikiran kita apabila mendapat gaji pertama????.... Sudah tentu la membeli kereta…hehe, biasa la senang nak jalan2 (time belajar dulu sibuk study,x smpt nak jalan2) tak pun boleh tayang kat member2. Tapi sebenarnya aset kenderaan bukan satu pelaburan yang bijak kerana salah satu ciri pelaburan yang baik ialah asset yang nilainya meningkat (value appreciation). Kereta??? Kene bayar installment lagi, kene service lagi dan bila dijual nilainya susut dengan mendadak, jadi kereta bukanlah satu pelaburan yg bijak….


Membeli rumah

Salah satu asset yg nilainya meningkat (appreciate) ialah rumah. Pengalamn sir sendiri membeli sebuah rumah di area Greenwood dengan harga RM 155k. Apabila ingin menjual melalui agen (perkhidmatan membeli dan menjual rumah), agen tersebut menyatakan bahawa harga rumah terpaksa diturunkan kepada RM150k supaya mudah mndapat pembeli. Mujur sir tak mengikut agen tersebut lalu memacakkan papan tanda ‘for sale’. Tak lama lepas tu dlm 50 panggilan diterima dan ada yang menawarkan untuk membeli dgn harga RM190K!!! Bayangkan keuntungan yg boleh dijana dalam tempoh yang singkat daripada pelaburan yg bijak!!!

Cash Reserve

Tapi itu sekadar cerita sahajalah. Skrg ni mana kita nak ada duit utk pelaburan semewah itu. Sebab itulah perlunya ‘cash reserve’ sejak mula2 kita terima gaji…. Sekurang2nya put aside 20% dairpada gaji kita sbg simpanan atau ‘cash reserve’. Selain daripada bermanfaat di waktu kecemasan, ianya juga sebagai persiapan utk pelaburan bijak….. Kalau boleh tangguh dulu hasrat utk memiliki kereta kerana ia mengurangkan ‘cash reserve’ sambil meningkatkan ‘expenses’…. Jangan pula kita berbelanja dan yg lebih itu sbg simpanan tetapi dahulukan simpanan barulah berbelanja sekiranya ada lebih…..

Maka terpulanglah pada diri kita masing2 untuk memilih, ini hanya sekadar pandangan daripada seorang pensyarah yg lebih pengalamannya dari saya……

3 comments:

Anonymous said...

bukan greenwood la. sri gombak. kamu tido ke ms sy cite tu...
-sir azhar-

Umar Abdul Rashid said...

Standard la baem..

Abu Yasir said...

sori la sir.... dua2 pun kt gombak jgk kn..... Nmpk gaya umar kne postpone la beli vios....