Tuesday, October 21, 2008

Ekonomi dan dunia.......

Ekonomi di UIA

Sewaktu awal2 mengambil jurusan ekonomi di UIA ni, seolah2 belum jelas lagi halatuju dan tujuan mempelajari subjek ni..... Namun setelah 3 tahun 'bergelumang' dengan ekonomi ditambah lagi additional subject di UIA ni yg memuatkan Islamic Economics sbg requirement, maka terasa amat penting untuk mempelajari ilmu ekonomi atau dalam bahasa arabnya "Ilm Iqtisad". Memandangkan ekonomi Islam embeded dalam jurusan ini, maka ia mempunyai kaitan rapat dengan fiqh muamalat....
Salah seorang ulama tersohor, Imam alGhazali telah menyebut dalam Kitab mashurnya Ihya', bahawa mempelajari ilmu fiqh muamalat merupakan salah satu fardhu Ain memandangkan kita terlibat dengan aktiviti ekonomi setiap hari. Kalau tidak menjual kita membeli, kan kaum melayu terkenal sbg golongan pengguna yg tegar. Setidak2 nya kita pernah pegang duit kertas yang nilai sebenarnya tidak pun smpai RM0.5. Mana mungkin kita mmpu hidup independent dlm dunia
globalisasi ni unless kita masuk hutan n then tanam padi sendiri, bela ayam dan tanam sayur sendiri. Nak tak nak, tiap2 hari kita deal dengan org lain especially dlm urusan ekonomi.....
Teringat waktu first2 kelas macroekonomi dengan Dr. Arif Zakaullah bila dia tanya "What is economics?", macam2 jwpn keluar, ada yg jawab "money""trade"...... Tapi yg sebenarny ialah "A social science that study human behavior.....". Dari definisi ini maka mmg kita tak mmpu untuk mengelak daripada daripada tempias ekonomi....


Pembahagian AlGhazali

AlGhazali seterusnya membahagikan cabang muamalah kepada 6:
1. Bay (jual beli)
2. Riba'

3. Bay Salaam (forward sale)

4. Ijarah (sewa, upah)
5. asSyirkah (partnership)

6. alQiran/Mudharabah (investment)

Menurut beliau, setiap manusia yang memiliki kehidupan mesti mengetahui keenam2 cbg ini.



Ekonomi dan dunia
Melihat kepada perkembangan dunia sekarang, memang jelas lah bahawa ilmu ekonomi amat penting dalam kehidupan. Jatuh bangunnya sesebuah negara kadangkala di tentukan oleh kekuatan ekonomi. Hanya org yg memahami ekonomi mmpu menjelaskan tentang keadaan ekonomi yang dialami dunia masa ini. Bukan hanya ahli bisness yang menerima tamparan akibat kejatuhan ekonomi, malah orang biasa yg tidak trlibat dgn aktvt bisness pun akan merasa peritnya. Kenaikan harga minyak diikuti oleh kesan rantaian (chain effect) terhadap harga barang runcit dan harga barang yg lain.....

Alangkah untungnya kalau kita dapat menjelaskan situasi ini dan kesannya. ahli ekonomi sudah pasti dapat mengesan tnda2 sebelum berlakunya kejatuhan ekonomi ini, dan sudah pasti mereka telah mengambil langkah2 lebih awal bg menghadapinya..... apapun itu dr sudut konvensional....Mgkn slps ini kita cuba lihat dari sudut perspektif Islam...
(untuk info menarik mengenai dunia ekonomi Islam, sila lawat www.zaharuddin.net)

No comments: