Wednesday, July 29, 2009

Urusan Al-Khaliq

Semuanya adalah urusan Allah, kita hanya melaksanakan apa yg telah ditetapkan olehNya.....

Tak disangka dan bukan dalam perancangan, memang kami tidak berpakat tapi kalau dah dinamakan jodoh.......


Bertemu di walimah fikri & Aini di Sungai Petani, sehari selepas walimah Wan Muhammad & Hazlin di Bidor. Boleh dikira semuanya pengantin baru. Jika dilihat dari sudut saiz mungkin agak pelik bagaimana kami boleh menjadi sahabat. Saya amat suka walimah fikri kerana amat simple, pengantin perempuan makan di dalam, bertabir antara tetamu lelaki dan perempuan.(No comment ttg majlis Wan Muhammad kerana sampai lewat). Semoga Allah memberkati majlis kami.

"Barakallahulakuma Wabaraka Alaikuma Wajama'abaynakuma Fil Khair"

Alhamdulillah kami bertiga telah diijabkabulkan dalam tahun yang sama (2009) mungkin kebetulan tapi yang tidak dinafikan ia ialah JODOH, inilah antara kebesaran Allah yang menyentuh hati naluri ku.....

Terkenang zaman2 silam tatkala masing masih bergelar 'teruna'. Kemana sahaja kami pergi pasti berkepit 'bertiga'. Sampaikan orang menggelarkan kami adik beradik. Tak kurang juga yang cemburu dengan keakraban kami.....

Semuanya bermula ketika berada di Darul Qurankerana sebelum ini kami tidak pernah berkenalan pun. Cuma mgkn keserasian dan orang kata 'satu kepala' kami rasa mudah dan senang bersama. Hinggalah kami bersama bersepakat untuk pergi 'Muqabalah' - interview di University Islam Madinah...... dengan harapan dapat bersama-sama belajar di bumi Madinah Al-Munawwarah.

Rupanya bukan semua yang kita rancang berjalan seperti yang diharapkan. Bak kata orang2 dulu "disangka cerah sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari". Ternyata keputusan muqabalah tidak menyebelahiku. Kesungguhan untuk pergi Muqabalah tidak cukup untuk aku layak menyambung pengajianku di Universiti yang menjadi harapan bagi kebanyakan student DQ. Lebih menyedihkan apabila Fikri dan Wan Muhammad diterima untuk belajar di Universiti tersebut. Tidak kusangka usaha untuk ke 'Muqabalah' ini merupakan titik perpisahan antara aku dan mereka berdua. Dan inilah merupakan ujian yang besar pernah ku alami.....
Tidak diterima ke Uni Islam Madinah dan berpisah dengan rakan sepermainan....

Gambar yang diambil daripada blog Fikri, ijab qabul dalam bahasa arab gamaknya...

Kini sudah lebih 4 tahun kami berpisah dan berjauhan, cuma bertemu sekali setahun waktu mereka bercuti. Sudah suratan takdir kami menamatkan zaman bujang pada tahun yang sama. Alhamdulillah bermula dengan aku disusuli oleh Wan Muhammad (Hazlin) dan Fikri (Aini). Kini semua telah selamat diijabkabulkan dan masing2 mula mengorak langkah untuk menuju ke haluan masing2.

Yang penting, hubungan persahabatan kami tidak pernah putus. Mungkin asas hubungan kami atas dasar ukhuwwah dan fikrah, walaupun duduk berjauhan pun hubungan itu tetap erat dan mesra. Semoga Allah menjadikan kami dalam golongan yang mengasihi antara satu sama lain kerana Allah seperti dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.:

" Tujuh golongan yang Allah akan naungi mereka di bawah naunganNya pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya sahaja. Salah satu golongan tersebut: Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah."

Semoga ukhuwwah itu terus berkekalan dan tidak berpisah kecuali berpisahnya ruh ini dari jasad.......... Ameenn...

1 comment:

Anonymous said...

puzzle solved. Shukran..