Tak disangka dan bukan dalam perancangan, memang kami tidak berpakat tapi kalau dah dinamakan jodoh.......
"Barakallahulakuma Wabaraka Alaikuma Wajama'abaynakuma Fil Khair"
Alhamdulillah kami bertiga telah diijabkabulkan dalam tahun yang sama (2009) mungkin kebetulan tapi yang tidak dinafikan ia ialah JODOH, inilah antara kebesaran Allah yang menyentuh hati naluri ku.....
Terkenang zaman2 silam tatkala masing masih bergelar 'teruna'. Kemana sahaja kami pergi pasti berkepit 'bertiga'. Sampaikan orang menggelarkan kami adik beradik. Tak kurang juga yang cemburu dengan keakraban kami.....
Semuanya bermula ketika berada di Darul Qurankerana sebelum ini kami tidak pernah berkenalan pun. Cuma mgkn keserasian dan orang kata 'satu kepala' kami rasa mudah dan senang bersama. Hinggalah kami bersama bersepakat untuk pergi 'Muqabalah' - interview di University Islam Madinah...... dengan harapan dapat bersama-sama belajar di bumi Madinah Al-Munawwarah.
Rupanya bukan semua yang kita rancang berjalan seperti yang diharapkan. Bak kata orang2 dulu "disangka cerah sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari". Ternyata keputusan muqabalah tidak menyebelahiku. Kesungguhan untuk pergi Muqabalah tidak cukup untuk aku layak menyambung pengajianku di Universiti yang menjadi harapan bagi kebanyakan student DQ. Lebih menyedihkan apabila Fikri dan Wan Muhammad diterima untuk belajar di Universiti tersebut. Tidak kusangka usaha untuk ke 'Muqabalah' ini merupakan titik perpisahan antara aku dan mereka berdua. Dan inilah merupakan ujian yang besar pernah ku alami.....
Tidak diterima ke Uni Islam Madinah dan berpisah dengan rakan sepermainan....
Kini sudah lebih 4 tahun kami berpisah dan berjauhan, cuma bertemu sekali setahun waktu mereka bercuti. Sudah suratan takdir kami menamatkan zaman bujang pada tahun yang sama. Alhamdulillah bermula dengan aku disusuli oleh Wan Muhammad (Hazlin) dan Fikri (Aini). Kini semua telah selamat diijabkabulkan dan masing2 mula mengorak langkah untuk menuju ke haluan masing2.
Yang penting, hubungan persahabatan kami tidak pernah putus. Mungkin asas hubungan kami atas dasar ukhuwwah dan fikrah, walaupun duduk berjauhan pun hubungan itu tetap erat dan mesra. Semoga Allah menjadikan kami dalam golongan yang mengasihi antara satu sama lain kerana Allah seperti dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.:
" Tujuh golongan yang Allah akan naungi mereka di bawah naunganNya pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya sahaja. Salah satu golongan tersebut: Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah."
Semoga ukhuwwah itu terus berkekalan dan tidak berpisah kecuali berpisahnya ruh ini dari jasad.......... Ameenn...




Pada tahun-tahun 1980an, mereka ke luar negara kerana ijazah (foto kecil), namun kembali membawa Risalah. Tidak ramai yang kekal berAmal Jamaiyy bersama organisasi-organisasi Islam hari ini. Setelah berusia, ramai lebih bersama keluarga dan karier.
Namun begitu, Dakwah Islam adalah dakwah dikalangan manusia, diasaskan oleh para Rasul yang juga manusia, berpandukan Al-Kitab yang boleh ditelaah oleh manusia, berhadapan dengan kerenah dan serangan manusia. Maka Allah swt menjadikan Dakwah ini tunduk kepada Sunnah Alam yang meliputi peraturan berkaitan dengan tobiah/tabiat
(nature) manusia. Dakwah dimulai dengan “Iqrak” iaitu ilmu dan kefahaman tentang Dakwah, kemudian Al-Muzammil iaitu aqidah, ibadah dan akhlak, kemudian Markaz Arqam Abi Arqam iaitu ukhuwwah, kesatuan dan Amal Jamaiyy, kemudian Bai’ah Aqabah, Hijrah dan Hudaibiah iaitu politik, negara dan kedaulatan.
Anwar Ibrahim menyertai UMNO dan mempopularkan manhaj “Islamisasi Ala-Mahathir” selama 16 tahun, sebelum beliau ditumbuk keluar dari UMNO pada tahun 1998. Ramai bekas mahasiswa/i 1980an yang tidak jelas Jalan Dakwah lebih dipengaruhi jalan yang akan mereka lalui dalam hidup hanya dengan merujuk senerio politik Malaysia semata-mata, lebih daripada jalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw di dalam Seerah. Ramai beranggapan “Daulah Islam” dicapai bila Anwar di dalam UMNO dulu menjadi Perdana Menteri atau bila Pembangkang di Malaysia mendapat tampuk kuasa, setakat itu pemahaman mereka dari usrah dan bacaan. Tidak kurang ada yang beranggapan “Daulah Islam” ialah apa yang ada sekarang.
1990an. Disamping ramai Pendakwah yang disibukkan dan gugur, banyak NGO pula yang terkubur, termasuk AUSIS ketika itu, yang diasaskan oleh generasi saya pada tahun 1988.