Saturday, February 14, 2009

Mesir-First day

Inilah satu perjalanan, kembara yg membuka minda, melihat kerenah manusia di bumi lain. Mesir merupakan negera yg berpeluang besar utk aku jejaki seusai Diploma ku namun atas alasan2 tertentu aku hanya menyambung di UIA. Kini aku bakal melihat dengan mata sendiri negara yg dibangga2kan oleh teman2 ku yg belajar di sana.

Membuat sedikit kajian, suhu dijangkakan 10 celcius pada malam hari dan 20 celcius di siang. Kami berenam termasuk nenek ku berlepas dgn Egypt Air transit Mumbai sejam dan penerbangan terus ke Cairo. Kebetulan satu ‘kapal’ dengan Aman Palestin, Unit Amal dan Global Peace yang menju ke Gaza via Mesir. Perjalanan memakan masa 11jam di udara membuatkan ku sedikit bosan. Sesampainya di Cairo Airport, kami beratur utk semakan imigresen Mesir. Ujian pertama apabila passport aku dan adik ku kene ‘hold’. Kami terpinga2 passport kami di serah dari seorg pegawai kpd pegawai yg lain, macam main pass baton time skola rendah plk. Setelah 15 minit baru dorg lepaskan.


Mula sampai di airport, posing sebelum tggu ISA dtg pick up. Smpi2 tu subuh lagi, masih gelap kat luar... Solat subuh kat blakang tiang je, mmg budaya kat cni solat kat mana2 tmpt yg nmpk cam bersih....

Disambut dengan baklawa yg terhidang di atas meja, sejenis manisan yg famous kt cni... Strawberry pun fresh lagi...


Berada di serambi rumah tingkat 3, design rumah di sana semua 'sepesen'; tinggi bertingkat2 dan tidak bercat kerana berabuk, cat pun tak guna. Tapi design dalam smart.... susah nak jmpa rumah setingkat atau dua....

Berada di hadapan masjid Saidina Hussein, terletaknya maqam beliau. Kebanyakan riwayat menyatakan bahawa kepala beliau di tanam di sini tetapi ada yang menyangkal menyatakan bahawa sebanrnya tiada apa pun yg ditinggalkan oleh beliau di sini.

Design dalam rumah yang agak 'smart'. Tinggal di rumah anak negeri Sabah, apartment VIP.... Selesa; 3 bilik, 2 bilik air, dapur, ruang tamu dan dewan makan....


Berada di ruang legar dalam masjid al-Azhar yg terletak dgn university tertua di dunia, kelihatan background student tgh study, kebetulan tym hujung final exam.... memang ada suasana belajar, ramai bdk dok menghafal kat masjid. Sesuai dgn fungsinya sbg tmpt penyebaran ilmu....


Tempat kawasan membeli belah di sekitar masjid Saidina Hussein, mmg terkenal di kalangan pelancong, barang kene pandai tawar utk mendapat harga murah. Harga starting mmg tinggi, klu tak tawar mmg kene cekik la. Tapi sayangny memang tak cukup masa utk membeli belah, smpt bergambar je.......


Monumen Ibrahim Pasha yang menjadi ikon di tengah bandaraya Cairo (dapat kat mushaddid kt M'sia ni mmg kne fatwa haram la..) Wallahua'lam macamana org Turki boleh masuk ke Mesir tp menjadi kebanggaan org Mesir......

Makam Imam Shafie, kat atas kubah tu kalau diperhatikan betul2 ia menyerupaikan bahtera, simbol melambangkan kesungguhan beliau yg berlayar menuntut ilmu. Juga melambangkan ilmu beliau yang melaut luasnya......

Ketika tgh khusyu' melayan makan imam syafie, tiba2 ada sorg makcik memanggil2 dari jauh. Ingat nak belanja makan, rupa2nya nak tunjukkan bekas tapak kaki Rasulullah di sebalik karpet makam tu sambil mencium tapak tersebut. Bila difikir2 balik, zaman bila Rasulullah sampai ke Mesir....????? Memandai je makcik tu, ke aku yg salah faham apa dia ckp td???

Alhamdulillah, sempat menziari kubur mujaddid kurun ke 19..... kubur yg simple, tak macam kubur2 yang lain, berhias dan rapi dijaga. Org Mesir mgkn takut utk menziarahi kubur As-Syahid Imam Hasan Albanna kerana beliau tidak disukai oleh pemerintah tika itu, dan sehinggalah kini..... Namun jasa beliau menghidupkan kembali Islam sehingga dapat dirasai oleh Ummah seluruh dunia.....

Masjid Amru bin As, sahabat yang telah membawa ISlam masuk ke Mesir..... Tempat wudu' yg terletak di tengah2 masjid seiras tempat wudu' di UIA....

Malam hari pertama, ISA membawa kami menikmati udara Sungai Nil, sungai yang penuh dengan kisah sejarah. Menaiki kapal layar merupakan pilihan utk bersantai walaupun terdapat kapal mewah yang berenjin..... Memang menggunakan kuasa angin utk bergerak, disekeliling sungai boleh dilihat pembangunan dan kesibukan malam kota Cairo..... Malam itu kami tidur dengan lena kerana esoknya terdapat banyak lagi tempat untuk diziarahi......

3 comments:

Anonymous said...

bestnyer...buah tgn?? ;)

Bintu HasaN said...

rase mcm kt mesir lagi la..........huhu.........sedihnye........nk gi lagi!!!!

Abu Yasir said...

buah tangan ada la, tp x smpt nak shopping, pack sgt masa, yg ada buah2n tergantung dlm second day pny coretan.....