Sunday, May 30, 2010

Dilema si pemakai kopiah


Bulan lepas saya berkesempatan mendengar satu kuliah tasauf selepas maghrib yang disampaikan oleh seorang ustaz pondok di Selangor. Kali pertama menghadiri kuliah ini membuatkan saya lebih peka dan memberi penuh perhatian. Saya mendengar dengan tenang sehinggalah ustaz tersebut berkata 'orang yang tidak memakai kopiah ni merupakan orang fasiq dan mereka ini tidak diterima kesaksiannya'. Tiada masalah dengan frasa kedua tetapi agak terkejut dengan frasa pertama. Beliau menambah lagi, 'tak patutla kalau jadi ajk masjid, pergi masjid pakai kopiah tapi keluar masjid cabut kopiah'. Agak 'syadid' jgk ustaz ni.

Dalam fikiran saya, apakah hukum memakai kopiah sehingga meninggalkannya menjadi fasik. Sudahla saya ni merupakan orang yang melazimi tidak memakai kopiah. Dan ramai lagi orang Islam di Malaysia yang mempunyai ilmu dan iman, para ustaz2, ilmuan2 Islam, pensyarah2 kuliah syariah yang tidak memakai kopiah. Fasikkah mereka? Fasikkah saya? Sekiranya memakai kopiah hukumnya sunat, maka meninggalkannya tidak dapat pahala dan tidak juga dosa. Jadi bagaimana boleh jadi fasiq?

Ternyata apabila membuka sebuah kitab berjudul 'sirus salikin', terdapat satu kenyataan yang menyebut bahawa 'tidak diterima saksi orang yang fasiq yakni yang berjalan di pasar tanapa menutup kepala'..... Ternyata ada tercoret dalam buku tersebut....

Alhamdulillah, tak lama selepas itu saya mendengar radio IKIM membahaskan 'Al-Adah Muhakkamah' salah satu dalam kaedah fikih yang bermaksud 'adat dijadikan hukum'. Ustaz tersebut membawa contoh yang sama dalam kitab 'sirus salikin' tersebut. Namun dikupas lagi dengan menjadi kaedah fikih sebagai basis. Pada zaman dahulu, orang memakai penutup kepala untuk membezakan kemuliaan antara hamba dan orang merdeka. Oleh itu, adat pada waktu itu ialah memakai penutup kepala kecuali hamba. Maka dijadikan hukum bahawa orang yang tidak memakai penutup kepala (hamba) tidak diterima kesaksiannya.

Maka kini baru saya faham sebab tulisan dalam kitab tersebut. Amat bahaya sekiranya kita salah intrepretasi sesuatu penulisan atau hukum sebelum tahu sebab atau perbahasannya. Dan itu jugalah perbezaannya antara orang yang berilmu dengan orang yang hanya mengikut tanpa ilmu.....

Allahua'lam...

7 comments:

Nor Aizat Rahimi said...

salam..

ana pernah alami situasi sama..org2 jemaah msjd mcm pndang sinis bila xberkopiah kemasjid..ada cara terbaik x nak menyedarkan mereka ni?

Anonymous said...

ana pon lbh kurg mcm en.aizat. bg ana, nk mnyedarkan mereka ini antara nye dgn lbh istiqomah ke msjid berbanding mereka2 ini. dan sebarkan salam kpd mereka

Syed Abu Zulfadhli al-Qadrey said...

Alhamdulillah...ilmu yang cukup bergune...bleh dijadikan hujah kelak..syukran abg baem...

rijal_iqtisad said...

itu padahnya beramal tanpa ilmu yg jitu. Sebarkan ilmu tapi jgn paksa utk diterima. 'Hikmah' itu lebih penting untuk menyedarkan mereka.

Ahmad said...

pakai syimaqh dan iqal

Nasrul Hanis said...

takut bila mula2 membaca. salah interpretasi memang bahaya..

Acap Ixani said...

Sebenarnya macam ni,Kita tuduh mereka pandang sinis.dalam hati mereka kita tak tau.fikir positif.lagi sati tutup kepala ni amat penting kerana takut rambut menutup dahi semasa sujud,kita takleh angkat rambut guna tgn.kerana ia akan mendahului sujud.Wallahualam