Thursday, October 22, 2009

antara faham dan tahu....


Lama
dah tak update blog ni, gembira labah2 bersawang di sini. Bukan apa, kadang kala tu terlalu banyak wajibat utk dilaksanakan sampai terpaksa mendahulukan yg priority. Atas desakan beberapa teman yang dah mula bertanya, maka ku menguis2 ketepi sedikit tugasan utk mencari sedikit ruang masa menulis. Entri kali ni mgkn agak santai tapi harapnya ada sesuatu yg boleh diambil pengajaran.

Tengahari tadi tiba perutku terasa lapar dan haus, mungkin cuaca yang panas terik. Lantas ku teringat bahawa telah lama aku tidak merasa makanan di 'Babush'. Makanan ala arab ni memang kegemaranku. Setelah membayar untuk roti inti kentang+daging dan
hotdog roll, aku mencari satu 'port' yang baik disebelah dinding Babush. Melihat orang lalu lalang sedikit sebanyak mengurangkan tekanan ku setelah presentation sebentar tadi. Memang aku suka memerhatikan orang, mgkn hobi waktu lapang. Melihat kerenah orang yang bermacam gaya dan pe'el. Memerhatikan gelagat manusia kadangkala membuatkan aku berfikir, merenung dan ada kalanya membina karakter diri. Yang baik kita ambil sebagai teladan, yang sebaliknya kita ambil sbg sempadan.

Tiba2 hujan turun renyai2, orang ramai mula meninggalkan ruang lapang tidak berbumbung. kemudian kelihatan dari jauh seorang
sister membuka payung dan melintas ruang terbuka. Kerana percikan air hujan, dengan rileksnya dia mengangkat sedikit kainnya untuk mengelak percikan tadi. Astaghfirullah....hilang satu maqra' aku harini....


Kemudian lalu pula dua orang
sisters mengenakan pakaian tudung yg agak labuh berbanding yang pertama tadi. Sambil berkongsi payung mereka dengan gembiranya berlari2 anak meredah hujan tanpa menghiraukan percikan air hujan membasahi kain jubah mereka.
Mungkin kebetulan, tiada
brothers yang lalui di kawasan tersebut, besar kemungkinan, bukannya budaya brothers untuk membawa payung.

Moral of the story: Bila mana seseorang memahami sesuatu perkara, maka beramal dengannya akan menjadi mudah, adapaun bila seseorang hanya mampu tahu tanpa faham maka beramal dengannya akan menjadi suatu kesulitan. begitu juga kalau seseorang itu faham akan sesuatu maka dia tahu mana satu yang menjadi priority baginya, adapun bg yg hanya tahu, maka dia akan bercelaru yang mana satu patut diberi priority.

Senang cerita, sister yg pertama tadi akan merasa susah utk berjalan dalam keadaan hujan kalau tidak mengangkat sedikti drpd kainnya. Baginya, menutup aurat kala itu bukanlah prioritinya bahkan menjaga pakaiannya itu dipentingkan. Manakala sisters yg kedua tidak merasa apa2 kesukaran malah dengan riang ria meredah percikan hujan tanpa perlu mengangkat kain kerana bagi mereka itulah yang lebih penting...bukan penampilan atau menjaga pakaian...

Mungkin boleh dikiaskan dalam hidup kita, tatkala melaksanakan tuntutan Allah itu adakah dalam keadaan bermalas-malasan atau dalam keadaan gembira, semangat dan ternanti2 untuk mendekatkan diri kepada Allah. Priority dalam hidup kita, adakah kerjaya atau melaksanakan tuntutan dakwah itu yang lebih utama?

2 comments:

zaidrais said...

Indeed, judge by Allah perspective is always right..

Suddenly remember wat Ust Syamil told us..

"If you do something, think 'What will Muhammad do' whenever action you going to commit.."
Confidently that you are truly love Muhammad form d bottom of your heart..

Ibn Yusof said...

Nice one. MasyaAllah ;)