Saturday, April 4, 2009

ASB lagi....

Hukum Pelaburan Amanah Saham Bumiputra

Majlis Fatwa Selangor kata haram.

Bekas mufti selangor Dato' Ishak Baharom kata pd saya, hal ini telah dibawa dalam meeting majlis fatwa kebangsaan dulu, dan hukumnya adalah haram tetapi tidak wartakan secara rasmi.

Seorang Pengerusi Majlis Penasihat Shariah yang utama di Malaysia juga pernah mengatakan kepada saya bahawa beliau tidak setuju dengan cara pelaburan ASB.

Dan saya juga tidak setuju kerana :-

1) Aqad pelaburannya tidak jelas dan tidak menurut syarat pelaburan Mudarabah yang diakui oleh 4 mazhab.
2) Jaminan capital / modul oleh ASB menyebabkan aqadnya bermasalah.
3) Pelaburannya bercampur dengan yang haram lebih daripada 30 percent
:

  1. Pelaburan ASB iaitu sebanyak 37.30 % ke Maybank (perbankan Ribawi yang haram memonopoli industri)
  2. Commerce asset holdings berhad (Konvensional) - 1.11 %
  3. British American Tobacco berhad 1.07 %
  4. Malaysian National Reinsurance Berhad - 0.89 % ( insuran konvensional)


Ada sesetengah pihak spt Prof. Mahmod Zuhdi berkata ianya dibenarkan di atas dasar maslahat kerajaan untuk beri kekuataan ekonomi dan sebahagian kekayaan negara kepada bumiputra secara mudah. Tetapi bagi saya ia ternyata hujjah yang agak longgar.


Maka secara ringkas, dinyatakan di sini beberapa syarat untuk beramal dengan ‘maslahat' ;-

Menurut Imam al-Ghazali beberapa syarat bagi membolehkan berhujjah dengan masalahat adalah :-
1) Ia mestilah bersifat umum, iaitu faedahnya untuk rakyat umum, bukan sekelompok tertentu.
2) Ia mestilah bersifat pasti, dan bukannya agakan-agakan kosong dan andaian jauh dan lemah.
3) Ia mestilah bersifat dharurat, iaitu keterpaksaan yang sekiranya ditinggalkan maka membawa kerosakan terhadap 5 unsur dharuriyat secara pasti.

Manakala Imam Abu Ishak As-Syatibi (790 H), pakar ilmu maqasid Islam silam meletakkan ‘dhawabid' berikut :-
1) Mestilah tidak hanya memandang maslahat duniawi sahaja, bahkan mesti meneliti maslahat ukhrawi juga.
2) Maslahat hanya diterima pakai dalam hal kebaikan untuk Deenul Islam.
3) Maslahat untuk menjaga hak ramai didahulukan dari menjaga hak sekelompok.
4) Maslahat mestilah bersandarkan dalil-dalil yang jelas.

Prof Dr Said Ramadhan Al-Buti dalam tesis PhD nya yang mendapat tahap mumtaz kepujian kelas satu, juga meletakkan beberapa syarat asas maslahat, ianya seperti berikut :-

1) Mestilah ia terkandung tujuannya dalam prinsip asas tujuan Syariat.
2) Mestilah tidak bertentangan dengan dalil Qat'ie Dalalah dari al-Quran.
3) Mestilah tidak bertentangan dengan dalil Qat'ie Dalalah dan thubut dari Hadith.
4) Mestilah tidak bertentangan dengan Qias yang shohih.
5) Tidak menafikan Maslahat yang lebih utama darinya.



Jutseru, bagi saya amat jelas tiada maslahah dalam menggunakan suatu kontrak dan kaunter pelaburan yang haram, sedangkan ianya boleh menggunakan kontrak Islam Mudarabah, dan boleh memilih kanter halal sahaja, seperti yang di lakukan oleh Public Ittikal, Unit Trust Islam, pelaburan GIPPS oleh RHB Asset Management dan banyak lagi. Ia juga memberi pulangan yang boleh tahan, dan yang lebih penting ianya HALAL.

No comments: