Sunday, April 26, 2009
Tempoh bertenang...
Satu anugerah yang cukup bernilai dalam sejarah hidupku......
Itulah dia anugerah seorang isteri....
Saturday, April 18, 2009
.::. akhirnya, saat itu hampir .::.
InsyaAllah, walimah ana pada 2 Mei 2009 di (seperti alamat di bawah).
Oleh itu di jemput pada teman2 yang mengenali diri ini untuk turut memeriahkan majlis.
Semoga jodoh yang telah ditentukan Allah ini mendapat berkat. Doa daripada teman2 semua.....


Semoga Allah merestui perjalananku ke tingkat seterusnya...........
Mohon doa dari teman2 semoga pilihan inilah yang terbaik buatku dan majlis ini diberkati Allah....
Buat teman2 yang berada di kejauhan, kirimkanlah doa daripada kalian buatku.....
Sesungguhnya ini anugerah dan ni'mat yg tak ternilai yg perlu ku syukuri......
Saturday, April 11, 2009
>>KBAZ<<
Highly Recommended



Untuk pendaftaran kawasan Gombak dan UIA, sila hubungi : 019 3581484
Untuk maklumat lanjut sila lawati laman sesawang : http://www.kbaz.net/
Saturday, April 4, 2009
ASB lagi....
Hukum Pelaburan Amanah Saham Bumiputra
Majlis Fatwa Selangor kata haram.Bekas mufti selangor Dato' Ishak Baharom kata pd saya, hal ini telah dibawa dalam meeting majlis fatwa kebangsaan dulu, dan hukumnya adalah haram tetapi tidak wartakan secara rasmi.
Seorang Pengerusi Majlis Penasihat Shariah yang utama di Malaysia juga pernah mengatakan kepada saya bahawa beliau tidak setuju dengan cara pelaburan ASB.
Dan saya juga tidak setuju kerana :-
1) Aqad pelaburannya tidak jelas dan tidak menurut syarat pelaburan Mudarabah yang diakui oleh 4 mazhab.
2) Jaminan capital / modul oleh ASB menyebabkan aqadnya bermasalah.
3) Pelaburannya bercampur dengan yang haram lebih daripada 30 percent:
- Pelaburan ASB iaitu sebanyak 37.30 % ke Maybank (perbankan Ribawi yang haram memonopoli industri)
- Commerce asset holdings berhad (Konvensional) - 1.11 %
- British American Tobacco berhad 1.07 %
- Malaysian National Reinsurance Berhad - 0.89 % ( insuran konvensional)
Ada sesetengah pihak spt Prof. Mahmod Zuhdi berkata ianya dibenarkan di atas dasar maslahat kerajaan untuk beri kekuataan ekonomi dan sebahagian kekayaan negara kepada bumiputra secara mudah. Tetapi bagi saya ia ternyata hujjah yang agak longgar.
|
Maka secara ringkas, dinyatakan di sini beberapa syarat untuk beramal dengan ‘maslahat' ;- |
Jutseru, bagi saya amat jelas tiada maslahah dalam menggunakan suatu kontrak dan kaunter pelaburan yang haram, sedangkan ianya boleh menggunakan kontrak Islam Mudarabah, dan boleh memilih kanter halal sahaja, seperti yang di lakukan oleh Public Ittikal, Unit Trust Islam, pelaburan GIPPS oleh RHB Asset Management dan banyak lagi. Ia juga memberi pulangan yang boleh tahan, dan yang lebih penting ianya HALAL.