Kini masuk hari ketiga aku berada di bumi anbiya’ ini, bangkit seawal jam 12.30 pagi kerna misi hari ini untuk ke Sinai, suatu tempat yg agak berjauhan lebih 500 kmdari Bandar Cairo, tempat di mana nabi Musa melarikan diri dari kencaman Firaun jua tempat di mana nabi Musa ingin ‘bertemu’ dengan Allah.
Jam 1 pagi suasana di Bandar Cairo masih hiruk pikuk dengan kereta bersimpang siur seakan2 penduduknya tidak tahu untuk berehat. Perjalanan yg jauh, perjalanan yg panjang bermula sejak tengah malam merentasi padang pasir di malam pekat yang tidak berpenghuni. Rasa gerun kadang2 menyelubungi hati sekiranya ditengah padang2 pasir ni tiba2 kereta rosak atau diserang oleh penyamun namun Alhamdulillah perjalanan sepanjang malam itu selamat. Kadangkala terlihat beberapa sekatan jalan raya untuk memastikan keluar masuk kenderaan dan sekali sekala passport di semak.
Pengalaman yang tidak boleh ku lupakan ialah apabila masuknyawaktu subuh, memandangkan waktu subuh yang singkat kami terpaksa juga mencari tempat untuk memunaikan tjawab kepatuhan terhadap Allah. Terjumpa satu kawasan perhentian yg telah ditinggalkan, Alhamdulillah ada satu masjid tinggalan di mana bahagian dalamnya bersepah dengan batu. Buka sahaja pintu kereta, terasa satu macam kesejukan angin padang pasir yang tidak tergambar oleh kata kata. Bayangkanlah di tengah padang pasir luas yang dinginnya mencapai 5 darjah celcius. Tika itu angin meresapi ke dalam tulang sum sum. Terpaksa menghalakan lampu kereta kea rah bagunan ‘masjid’ berkenaan. Alhamdulillah aku menjaga wudu’ adikku terpaksa mengambil wudu’ wudu’ dalam keadaan amat sejuk. Segera melaksanakan dua rakaat subuh dan terus masuk ke dalam kereta, tak tahan tunggu lama2.
Berhenti di satu lembah berbukitkan batu, cuaca masih amat sejuk tapi nak bergambar punya pasal, memang indah pemandangan tuhan......
Sampai di Toba, sempadan Mesir-Israel, latar belakang peta yang menunjukkan kawasan peranginan disepanjang laut Merah termasuk kawasan Israel. Mujur dalam passport ada larangan memasuki negara Israel kalau tak memang dah ke sana.
Dihadapan hotel Hilton milik Israel yang sebahagaian drpd hotel tersebut berada di sempadan Mesir, kebetulan ada bas persiaran masuk ke dalam hotel tersebut, memang betul2 dia cek smpi menggunakan cermin pandang bawah....
Masih disekitar kawasan Taba berlatarbelakangkan Qal'ah (kubu) Salahuddin AlAyyubi, pantai yang indah kerana airnya yg bersih dan jernih. Kalau dari atas bukit memang boleh nampak dasarnya.....
Berada di jeti salah sebuah pusat peranginan di Toba, kalau bukan kerana tak bawah baju lebih dah lama terjun dalam laut ni, tambang menaiki bot ke Kubu Salahuddin adalah 15 geneh tapi kalau berenang free je......
Gambar gereja St Catherine (gmbr amek dr internet sbb susah nak dpt angel ni) Kawasan bukit yg dikenali sebagai gunung Thur Sina, tempat di mana nabi Musa ingin 'bertemu' tuhannya. (AlA'raf:143) Kisah yang terdapat di dalam alQuran ini mampu menambahkan keimanan kita kepada Allah taala. Gunung tersebut terletak di belakang gereja, tempat di mana matahari terbit. Tak berpeluang untuk panjat gunung tersebut kerana terdapat upacara keagamaan kristian.....
Tidak melepaskan peluang utk menaiki unta selepas merunding harga yang dapat ditawar sehingga 50%. Arab badawi yg tinggal kat padang pasir ni yg jaga, tapi selamba dia lepaskan tali unta tu. Perjalanan selama 10 minit drpd tempat letak kereta ke gereja St Catherine. memang patutla org arab dulu kuat2, baru naik 10 minit dah lenguh2 tulang belakang.......
Gambar berlatar belakangkan Gereja St Catherine dan gunung Thur Sina, Wallahua'alam bila lagi aku dapat memanjat gunung tersebut.....
Dari gereja kami terus ke maqam nabi Harun, simple je tapi dalam bangunan ini la terdapat maqam beliau.....
Jika diamati betul2 latar belakang bukit ini terdapat ukiran seperti anak lembu (kepala dia gelap sikit) Inilah yang diceritakan sebagai lembu patung Samiri yang diperbuat drpd celupan emas dan pasir bekas kuda malaikat yg dikutip ketika merentasi laut merah.....(Taha:85-97) Katanya lembu ini berbunyi tapi mgkn bunyi angin kot....
Singgah di masjid sekitar kawasan St Catherine (ejaan dlm arab) yg dikenali sebagai Wadi Muqaddas. Perkataan Wadi Muqaddas di sebut dalam alQuran bila mana Allah menyeru nabi Musa ke lembah suci (Wadi Muqaddas)-aN Naziat:16
Tengah sedap2 makan kat masjid Wad Muqaddas, ada pulak anak pak arab ajak main bola, layan jela. Kat blakang tu kereta avanza yg kami lenjan selama lima hari pusing2 cairo, sinai dan alex..
On da way singgap di makan nabi Saleh, nabi yang terkenal dengan mukjizat unta putih yang keluar dicelahan batu namun kaumnya yg engkar telah membunuh unta tersebut....
Inilah tempat yg dikenali sebagai 'hamam firaun' yg terletak betul2 menghadap laut Merah. Ruang masuk yg kecil tetapi di ddalamnya boleh la berdiri. Disebelah bawah lubang tersebut rupanya ada air panas (org dulu pun dah mandi air panas, x pyh susah2 beli water heater). Boleh nampak kepnasan wap keluar melalui lubang tersebut....
Bergambar depan 'Hamam firaun'- laut Merah, kebetulan time matahari nak terbenam memang marvelous la pemandangan dia......
Walaupun dah malam namun sempat jgk singgah di telaga seperti yang diriwayatkan dalam alQuran tatkala Allah memerintahkan Nabi Musa memecakan batu maka terpancutlah 12 mata air. Sesungguhnya 12 mata airtersebut adalah untuk 12 suku bangsa Nabi Musa. (AlBaqarah:60) Namun malangnya ketika Israel menjajah kawasan tersebut, mereka telah mengambus sebahagian besar telaga dan hanya meninggalkan tiga.... Lanagkah huduhnya perangai Yahudi laknatullah.... cuba menghapuskan bukti yg termaktub dalam AlQuran.....
Agak bahaya telaga ini kerana dindingnya rendah dan tiada tanda amaran...... Salah satu drpd telaga tersebut masih mempunyai air.......
Malam itu kami sampai agak lewat di rumah, OTW mak Zi (makcik yg jg menziarahi anaknya di mansoura) menalifon kerana ingin bermalam di rumah kami...... Esok, satu lagi perjalanan jauh yg perlu di tempuh.......
Hari kedua kembara di bumi anBiya', kami pergi menziarahi tempat2 bersejarah di sekitar Kaherah. Fakta yang menarik mengenai kaherah, bandar yang memiliki 27 juta penduduk menyamai bilangan penduduk di Malaysia. Bayangkanlah betapa padatnya bandar tersebut. Tapi lebih sukar dipercayai ialah bandar ini tidak mempunyai traffic light!!!! Bayangkanlah...
Tempat pertama menziarahi Masjid Rifae dan masjid Sultan Hasan, keduaduanya terletak bersebelahan, begitu dekat namun solat dilakukan asing2. memang budaya org Mesir solat berjemaah kerana memang masjid akan penuh bila masuknya waktu solat. Bukannya seperti Malaysia bilamana masjid dibina utk bermegah2.... Binaan yang cukup besar yang unik, pintu sahaja dah lima kali ganda manusia...
Dalam masjid Rifae terdapat beberapa makan, antaranya shah Iran, Raja Farouq dll.
Pintu masuk ke Masjid Sultan Hasan, lupa nak ceritakan budaya 'baksis' di Mesir ni, budaya minta duit tanpa kerelaan pemberi. Nak masuk masjid mesti ada org yg jg tmpt kasut, bila nak kuar je mesti mnta duit. Begitu jgk klu parking nanti kadang2 tu ada yg tlg lap kereta walaupun hakikatnya makin mengotorkan pastu mesti mntk duit.......
Gambar dalam masjid Sultan Hasan, ini ialah bahagian depan. Kelihatan pelancong non-muslim duduk sambil diberi penerangan oleh tour guide Muslim dan dlm masa yg masa menyampaikan dakwah
Bahagian mimbar masjid SUltan Hasan, mengekalkan ciri kesenian Islam lama
Masjid Sultan Hasan unik kerana terbahagi kepada empat bahagian, ia mewakili keempat mazhab fiqh dalam Islam. Kebetulan ada sorg cleaner menerangkan tentang masjid ini yang menjadi madrasah kepada keempat2 mazhab tersebut. Mempunyai empat tingkat dan dilengkapi dengan tempat tidur. Terdapat empat pintu pada dinding masjid yg tertera padanya 4 madrasah; Malikiyyah, Hanafiyyah, Syafiiyyah dah Hambaliyyah.
Masjid Ibnu Tulun antara masjid besar yang bersejarah sekitar bandar Kaherah......
Kubu Salahuddin yg terletak di bandaraya kaherah dan kelihatan masjid yang dibina oleh Ali Pasha, org Turkey yg membangunkan Mesir (krg arif sejarah kedtgn turki ke Mesir). Qal'ah ini terletak di atas bukit dan terdapat saluran air yang mengalirkan air dari sungai Nil ke Qal'ah ini...
Pemandangan bandar kaherah yang dapat dilihat dengan jelas drpd Qal'ah
Masjid yang dibina oleh Ali Pasha di Qal'ah Salahuddin persis masjid biru di turki
Bahagian dalam masjid Ali Pasha
Muzium tentera dalam Qal'ah salahuddin, mgkn inilah kapal terbang yang digunakan dalam pepeprangan menentang Israel....
Pengangkutan zaman dahulu yg digunakan oleh 'Pasha' family
Selepas itu kami ke 'Ma'rad' pesta buku yang kebetulan berlangsung selama dua minggu. Satu lagi budaya yang positif bagi masyarakat Mesir iaitu cintakan ilmu. Kalau rakyat M'sia shopping bertroli2 buku. Kawasan pesta tu memamang ckp besar sehingga disediakan bas percuma utk
keliling kawasan pesta tersebut, tapi seperti biasa kalau dah tak bersistem tu memang susah la nak cari kedai 'publisher' tertentu, tak ada peta so kene la pusing2 sampai lenguh kaki...
Alhamdulillah balik tu sempat singgah keda 'Asir, Jus buah2han, macam2 ada; jus kiwi, kelapa. epal, mangga, kurma, asam jawa dll. murah je sekitar 2-2.5 geneh segelas.....
Malam ini kami perlu tidur awal kerana esok akan ada satu perjalanan yang panjang...... Menejelajah sempadan Sinai.......
Inilah satu perjalanan, kembara yg membuka minda, melihat kerenah manusia di bumi lain. Mesir merupakan negera yg berpeluang besar utk aku jejaki seusai Diploma ku namun atas alasan2 tertentu aku hanya menyambung di UIA. Kini aku bakal melihat dengan mata sendiri negara yg dibangga2kan oleh teman2 ku yg belajar di sana.
Membuat sedikit kajian, suhu dijangkakan 10 celcius pada malam hari dan 20 celcius di siang. Kami berenam termasuk nenek ku berlepas dgn Egypt Air transit Mumbai sejam dan penerbangan terus ke Cairo. Kebetulan satu ‘kapal’ dengan Aman Palestin, Unit Amal dan Global Peace yang menju ke Gaza via Mesir. Perjalanan memakan masa 11jam di udara membuatkan ku sedikit bosan. Sesampainya di Cairo Airport, kami beratur utk semakan imigresen Mesir.Ujian pertama apabila passport aku dan adik ku kene ‘hold’. Kami terpinga2 passport kami di serah dari seorg pegawai kpd pegawai yg lain, macam main pass baton time skola rendah plk. Setelah 15 minit baru dorg lepaskan.
Mula sampai di airport, posing sebelum tggu ISA dtg pick up. Smpi2 tu subuh lagi, masih gelap kat luar... Solat subuh kat blakang tiang je, mmg budaya kat cni solat kat mana2 tmpt yg nmpk cam bersih....
Disambut dengan baklawa yg terhidang di atas meja, sejenis manisan yg famous kt cni... Strawberry pun fresh lagi...
Berada di serambi rumah tingkat 3, design rumah di sana semua 'sepesen'; tinggi bertingkat2 dan tidak bercat kerana berabuk, cat pun tak guna. Tapi design dalam smart.... susah nak jmpa rumah setingkat atau dua....
Berada di hadapan masjid Saidina Hussein, terletaknya maqam beliau. Kebanyakan riwayat menyatakan bahawa kepala beliau di tanam di sini tetapi ada yang menyangkal menyatakan bahawa sebanrnya tiada apa pun yg ditinggalkan oleh beliau di sini.
Design dalam rumah yang agak 'smart'. Tinggal di rumah anak negeri Sabah, apartment VIP.... Selesa; 3 bilik, 2 bilik air, dapur, ruang tamu dan dewan makan....
Berada di ruang legar dalam masjid al-Azhar yg terletak dgn university tertua di dunia, kelihatan background student tgh study, kebetulan tym hujung final exam.... memang ada suasana belajar, ramai bdk dok menghafal kat masjid. Sesuai dgn fungsinya sbg tmpt penyebaran ilmu....
Tempat kawasan membeli belah di sekitar masjid Saidina Hussein, mmg terkenal di kalangan pelancong, barang kene pandai tawar utk mendapat harga murah. Harga starting mmg tinggi, klu tak tawar mmg kene cekik la. Tapi sayangny memang tak cukup masa utk membeli belah, smpt bergambar je.......
Monumen Ibrahim Pasha yang menjadi ikon di tengah bandaraya Cairo (dapat kat mushaddid kt M'sia ni mmg kne fatwa haram la..) Wallahua'lam macamana org Turki boleh masuk ke Mesir tp menjadi kebanggaan org Mesir......
Makam Imam Shafie, kat atas kubah tu kalau diperhatikan betul2 ia menyerupaikan bahtera, simbol melambangkan kesungguhan beliau yg berlayar menuntut ilmu. Juga melambangkan ilmu beliau yang melaut luasnya......
Ketika tgh khusyu' melayan makan imam syafie, tiba2 ada sorg makcik memanggil2 dari jauh. Ingat nak belanja makan, rupa2nya nak tunjukkan bekas tapak kaki Rasulullah di sebalik karpet makam tu sambil mencium tapak tersebut. Bila difikir2 balik, zaman bila Rasulullah sampai ke Mesir....????? Memandai je makcik tu, ke aku yg salah faham apa dia ckp td???
Alhamdulillah, sempat menziari kubur mujaddid kurun ke 19..... kubur yg simple, tak macam kubur2 yang lain, berhias dan rapi dijaga. Org Mesir mgkn takut utk menziarahi kubur As-Syahid Imam Hasan Albanna kerana beliau tidak disukai oleh pemerintah tika itu, dan sehinggalah kini..... Namun jasa beliau menghidupkan kembali Islam sehingga dapat dirasai oleh Ummah seluruh dunia.....
Masjid Amru bin As, sahabat yang telah membawa ISlam masuk ke Mesir..... Tempat wudu' yg terletak di tengah2 masjid seiras tempat wudu' di UIA....
Malam hari pertama, ISA membawa kami menikmati udara Sungai Nil, sungai yang penuh dengan kisah sejarah. Menaiki kapal layar merupakan pilihan utk bersantai walaupun terdapat kapal mewah yang berenjin..... Memang menggunakan kuasa angin utk bergerak, disekeliling sungai boleh dilihat pembangunan dan kesibukan malam kota Cairo..... Malam itu kami tidur dengan lena kerana esoknya terdapat banyak lagi tempat untuk diziarahi......
InsyaAllah i'll be away to Egypt this coming tuesday, hope to pick up valuable pearls throughout the journey and could update my blog daily, keep updated!!!!!
As today's forecast, the climate would be around 20-25 Celsius during the day while during the night is about 11-12 celsius. should be freezing though!!!! Pray for our (my family n I) safe journey home by 2 February, got to skip classes for 4 days. Wah, a new personal record....!!!
Alhamdulillah berpeluang merasakan pengalaman menjalani training ESQ (Emotional Spiritual & Quotientl) bertempat di Maju Junction selama 2 hari, 24 & 25 Jan 09. Walaupun seharian suntuk dari jam 8am-7pm perjalanan program namun ia tidak mematahkan semangat utk melengkapkan program hingga hari ke dua. Pengasas ESQ ini, Pak Ary Ginanjar Agustian telah menggabungkan aspek SQ-Spiritual+EQ-Emotional+IQ-Intellectual bagi menciptakan satu formula islamik 165 berteraskan 1 ihsan 6 rukun iman 5 rukun Islam.
2 hari dok tumpang syafiq, so boh gmbr dia....
Alhamdulillah satu pendekatan baru dalam membangkitkan kesedaran terhadap tanggungjawab kita di muka bumi ini. Yang menariknya adalah gabungan multimedia presentation yg mantap dan system audio yang menggegar jantung peserta. Ditambah lagi trainer yg dibawa khusus dari Indonesia pak firdaus yg begitu lucu mengendalikan program. Beliau juga bijak mangatur kata2 ketika memainkan perasaan peserta. Begitu juga mas danny yg asyik tersenyum simpul diusik pak firdaus.
Sempat bergambar dgn Abg Danny, pembantu pak pirdaus
Kesimpulannya banyak yg boleh di belajar. Pengalaman tak tergambar dengan kata2 sesungguhnya. Nak tau kene la experience sendiri bak kata pak firdaus 'training ni hanyalah sebuah pengalaman, tak perlu mencatat atau menulis.....' atau lawat laman web ESQ untuk keterangan lanjut....
KHAIBAR!! KHAIBAR!! YA YAHUD!!!!JAYSHU MUHAMMAD SAUFA Y'UD!!!!! Khaibar!! Khaibar!! Wahai Yahudi!!!Tentera Muhammad Akan Kembali!!! BIR RUH WA BID DAM!!!NUFDIKA YA GHAZZA!!!! Dengan nyawa dan dengan darah!!!Kami akan membebaskanmu wahai Gazza!!!
Begitulah penuh semangat suara yang memecahkan keheningan suasana di Stadium Malawati S.Alam pada 10 Jan yg lepas. Program ini merupakan satu detik yg cukup signifikan dan bermakna bagi rakyat Malaysia terutamanya buat diriku yang julung kalinya dapat mengikuti dan menyumbang dalam rapat umum. Masakan tidak semangat, inikan isu Palestin yang sekian lama telah ku perjuangkan. Aku tak nak jadi seperti sesetengah orang yg hanya gah dengan kata2 semangat yang membakar tetapi apabila suruh turun padang pelbagai alasan direka. Cakap tak serupa bikin....
Dua hari sebelum rapat umum bermula PEMBINA Gombak telah mengadakan taklimat tentang perjalanan program dan tugasan yang telah diberikan termasuk mengedarkan poster2 sbg sokongan pada Ikhwah kita di Palestin. Walaupun program ini anjuran bersama Aman Palestin dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) namun PEMBINA tampil kehadapan mendepani isu global yang menyentuh keprihatinan ummat ISlam.
Bermula malam itu KERJA KERAS bermula, aku bersama rakan telah menyiapkan poster2 untuk dipaparkan ketika rapat umum nanti. Hari berikutnya kami mengedarkan handbill keseluruh kuliyyah di UIA mengajak warga di sini menyertai rapat umum tersebut. Bukan apa, ku kira masih ramai lagi ummat ISlam yang masih belum concern dan prihatin tentang masalah yang melanda saudara kita di Palestin...
Petang Jumaat itu kami sempat ke pejabat Aman Palestin di Bangi untuk mengambil bahan2 pameran. Malam ini, Al-Aqsa friends Society akan mengadakan program Gaza on Fire dan kami mengambil inisiatif untuk membantu dengan bahan pameran dan barang jualan. Kebetulan terdapat beberapa poster (saiz A5) berwarna merah untuk program esok, Rapat Umum masih belum diedarkan maka kami volunteer untuk distribute selepas solat jumaat nanti. Dari masjid Serdang Raya sampai ke UIA, sempat kami edarkan walau demo di masjid UIA hampir sampai ke penghujungnya.
Akhirnya, hari yang dinanti telah tiba, kami disambut dengan ajk rapat umum dan polis trafik yang menjaga kelancaran lalu lintas. Tatkala menaiki tangga ke stadium, kami dibekalkan dengan headband yang tertera tulisan 'Save Gaza'. Memasuki dewan dengan memijak bendera Israel merupakan simbolik kebencian terhadap Israel. Jam 11 pagi suasana mula bergema dengan laungan2 semangat dan kata2 sokongan terhadap Gaza diselang seli dengan kutukan dan kebencian terhadap Israel. Beratus2 banner dan bunting telah dipasang di seluruh sudut stadium menggamatkan lagi suasana. Suasana dewan dipenuhi dengan headband warna oren dan sepanduk2, poster2 yanmeluahkan perasaan kecintaan kepada gaza. Tatkala itu seperti ingin terus menempah tiket satu hala ke Gaza. Lebih menarik lagi perhimpunan ummat ini menggabungkan seluruh rakyat tak mengira fahaman atau latarbelakang. Wakil yang memberi ucapan pun terdiri drpd ISMA, PKR, PAS, BN dan seorang wakil Palestin. Tatkala program mencapai kemuncak ku lihat kehadiran melebihi 8000 orang tampil untuk menyatakan sokongan.
Tiba2 bahu ku dicuit oleh seseorang dr blkg, cis tgh sedap2 menjerit ni tiba2 plk kak shimah suruh kutip derma bantuan untuk rakyat Palestin. Terpaksa tinggalkan tempat dan bergerak ke bahagian atas yang penuh dengan rakyat yang turut serta. Sambil membawa karung bercetak 'Save Gaza' aku mula menjalakan tugas walaupun bukanlah ajk rasmi. Ternyata rakyat Malaysia ini memang pemurah, tak sampai 10minit karung telah mula penuh. Stadium mula hangat dengan ucapan2 bersemangat daripada barisan pimpinan masyarakat diselang seli dengan nasyid drpd muadz di mana semua hadirin berdiri sambil mengibar2 bendera. Perhimpunan Save Gaza ini berakhir dgn bacaan doa oleh Imam Masjid Shah Alam, masing2 menadah tangan penuh harapan agar doa tersebut dikabulkan oleh Allah. Suasana tiba menjadi sayu lebih lagi apabila imam berdoa dengan penuh pengharapan sambil menitiskan air mata......
"Ya Allah, Kau jadilah saksi ke atas usaha kami dalam memerdekakan Gaza. Wahai Gaza! Ketahuilah bahawa kami bersungguh2 dalam membantumu daripada serangan Yahudi laknatullah"
Sebelum bersurai, ramai hadirin menyertai aktiviti melempar muka 'Bush' dengan kasut dan perasmian kempen pelekat kereta Save GAZA di mana 200 kereta telah dilepaskan dengan pelekat tersebut.
Ya Allah!, semoga usahaku ini dikira sebagai menunaikan tanggungjawab ku ke atas saudara2 ku di Gaza. Ya Allah!, janganlah kau azab diriku kerana tidak membantu saudaraku di Gaza. Ya Allah! Selamatkan Gaza dari kejahatan Yahudi Laknatullah.........
Wahai Gaza, hanya ini sahaja yang dapat ku bantu. Malulah aku, malulah aku..... Rakyat Gaza mempertahankan Gaza dengan darah dan nyawa namun aku???? Sesungguhnya doa dan perhimpunan ini masih belum merupakan usaha yang maksima untuk membantu mu....
Rakyat Malaysia di jemput hadir dalam Rapat Umum Selamatkan Gaza bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mengutuk kezaliman yang dilakukan olah rejim Zionis ke atas mereka.
Anjuran: Aman Palestin
Tarikh: 10 Januari 2009m/13 Muharram 1430h
Masa: 10 pagi hingga 12 tengahari.
Objektif:
1-Menyatakan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menghadapi penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza.
2-Memberi sokongan dan kepedulian rakyat Malaysia terhadap saudara mereka di Gaza.
3-Megutuk kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis Yahudi ke atas rakyat Palestin di Gaza.
Aktiviti: Tayangan multimedia, deklamasi sajak, perasmian kempen Selamatkan Gaza, ucapan khas isu Gaza, doa dan lain-lain.