Saturday, February 14, 2009

Mesir - Second day

Hari kedua kembara di bumi anBiya', kami pergi menziarahi tempat2 bersejarah di sekitar Kaherah. Fakta yang menarik mengenai kaherah, bandar yang memiliki 27 juta penduduk menyamai bilangan penduduk di Malaysia. Bayangkanlah betapa padatnya bandar tersebut. Tapi lebih sukar dipercayai ialah bandar ini tidak mempunyai traffic light!!!! Bayangkanlah...

Tempat pertama menziarahi Masjid Rifae dan masjid Sultan Hasan, keduaduanya terletak bersebelahan, begitu dekat namun solat dilakukan asing2. memang budaya org Mesir solat berjemaah kerana memang masjid akan penuh bila masuknya waktu solat. Bukannya seperti Malaysia bilamana masjid dibina utk bermegah2.... Binaan yang cukup besar yang unik, pintu sahaja dah lima kali ganda manusia...



Dalam masjid Rifae terdapat beberapa makan, antaranya shah Iran, Raja Farouq dll.

Pintu masuk ke Masjid Sultan Hasan, lupa nak ceritakan budaya 'baksis' di Mesir ni, budaya minta duit tanpa kerelaan pemberi. Nak masuk masjid mesti ada org yg jg tmpt kasut, bila nak kuar je mesti mnta duit. Begitu jgk klu parking nanti kadang2 tu ada yg tlg lap kereta walaupun hakikatnya makin mengotorkan pastu mesti mntk duit.......

Gambar dalam masjid Sultan Hasan, ini ialah bahagian depan. Kelihatan pelancong non-muslim duduk sambil diberi penerangan oleh tour guide Muslim dan dlm masa yg masa menyampaikan dakwah

Bahagian mimbar masjid SUltan Hasan, mengekalkan ciri kesenian Islam lama

Masjid Sultan Hasan unik kerana terbahagi kepada empat bahagian, ia mewakili keempat mazhab fiqh dalam Islam. Kebetulan ada sorg cleaner menerangkan tentang masjid ini yang menjadi madrasah kepada keempat2 mazhab tersebut. Mempunyai empat tingkat dan dilengkapi dengan tempat tidur. Terdapat empat pintu pada dinding masjid yg tertera padanya 4 madrasah; Malikiyyah, Hanafiyyah, Syafiiyyah dah Hambaliyyah.

Masjid Ibnu Tulun antara masjid besar yang bersejarah sekitar bandar Kaherah......


Kubu Salahuddin yg terletak di bandaraya kaherah dan kelihatan masjid yang dibina oleh Ali Pasha, org Turkey yg membangunkan Mesir (krg arif sejarah kedtgn turki ke Mesir). Qal'ah ini terletak di atas bukit dan terdapat saluran air yang mengalirkan air dari sungai Nil ke Qal'ah ini...

Pemandangan bandar kaherah yang dapat dilihat dengan jelas drpd Qal'ah

Masjid yang dibina oleh Ali Pasha di Qal'ah Salahuddin persis masjid biru di turki

Bahagian dalam masjid Ali Pasha

Muzium tentera dalam Qal'ah salahuddin, mgkn inilah kapal terbang yang digunakan dalam pepeprangan menentang Israel....

Pengangkutan zaman dahulu yg digunakan oleh 'Pasha' family
Selepas itu kami ke 'Ma'rad' pesta buku yang kebetulan berlangsung selama dua minggu. Satu lagi budaya yang positif bagi masyarakat Mesir iaitu cintakan ilmu. Kalau rakyat M'sia shopping bertroli2 buku. Kawasan pesta tu memamang ckp besar sehingga disediakan bas percuma utk
keliling kawasan pesta tersebut, tapi seperti biasa kalau dah tak bersistem tu memang susah la nak cari kedai 'publisher' tertentu, tak ada peta so kene la pusing2 sampai lenguh kaki...

Alhamdulillah balik tu sempat singgah keda 'Asir, Jus buah2han, macam2 ada; jus kiwi, kelapa. epal, mangga, kurma, asam jawa dll. murah je sekitar 2-2.5 geneh segelas.....

Malam ini kami perlu tidur awal kerana esok akan ada satu perjalanan yang panjang...... Menejelajah sempadan Sinai.......


No comments: