Ini bukan satu luahan hati semata-mata, cuma ada baiknya aku coretkan kisah ini utk pengajaran bagi diriku dan mgkn boleh menjadi pengajaran bg org lain…..
Ogos 2007, aku gembira apabila diterima untuk temuduga setalah ku submit borang ‘Student Exchange Program’ (SEP) beberapa minggu lepas. Ternyata ia bukannya calang2 temuduga apabila empat orang timbalan dekan duduk semeja untuk meng’fire’ soalan2 kepada. Alhamdulillah, aku berjaya dalam temuduga tersebut dan fikiranku mula terbayang2 untuk belajar di University Yarmouk, university yg telah di’offer’ dlm temuduga tersebut. Terdapat beberapa lagi sahabatku daripada Kuliyyah Ekonomi yg berjaya dalam temuduga tersebut…
Sejak hari itu, kami sibuk ke office ISD (International Student Division) dan deputy dean Ekonomi untuk menyelesaikan proses seterusnya. Aku masih ingat lagi pertemuan dengan deputy dean, Prof Dr Maliah Sulaiman bersama 8 orang student SEP. Alhamdulillah aku telah diberikan full sponsorship ke sana manakala yg lain akan menerima partial sponsorship….. Tatkala itu memang semangat berkobar2 untuk ke sana. Ramai kawan2 yg dah sibuk bertanyakan bila nak pegi. Memang sepatutnya ikut rancangan bulan Februari depan akan bertolak ke sana…..
Tatkala bulan Februari 2008 hampir menjelma dan Prof Dr Maliah sudah berjaya menghubungi Uni Yarmouk, tiba2 kami mendapat pernghabaran bahawa program ini di tunda kepada bulan Julai atas arahan ISD….. Alasan tidak diberikan kerana ISD tidak pernah mengeluarkan kenyataan rasmi samada melalui perjumpaan, talifon atau surat. Maklumat ini kami hanya terima melalui Prof Dr Maliah…. Agak kecewa kerana terpaksa menunggu lebih lama, kawan2 pun makin ramai bertanya, “Eh, ada lagi kat sini, bila nak pergi…” Macam nada menghalau je…
Tetapi itu tidak pernah mematahkan semangat kami, kami yakin bahawa ini merupakan satu program yg bagus buat kami, mampu mndedahkan kami suasana dan pengalaman belajar dan bersaing di negara orang disamping dapat mencuri masa untuk mentalaqqi kitab.
Februari berganti Mac, Mac berganti April dan April berganti Mei….. bulan silih berganti, begitulah masa berlalu begitu pantas. Sibuk dengan assignment, quizzes, midterm, group project namun tiada berita drpd ISD, senyap menyepi. Ini menyebabkan aku tidak senang duduk lantas ku ajak asri utk bertemu staff ISD. Rupa2 nya job scope itu telah berpindah ke department ICEO (international Cooperation & Exchange Office). Smpi di ICEO kami berjmpa sis Aisyah tapi jawapan yg menghampakan. Rupa2nya ICEO baru faks kan surat ke Uni Yarmouk dan masih menantikan keputusan drpd pihak sana.
Akhir Jun 2008, tatkala kebanyakan sahabatku telah berputus asa menantikan jawapan drpd ICEO, aku dan asri tetap berusaha untuk meneruskan program ini. Sekali lagi kami berjmpa dgn Sis Aisyah di ICEO namun jwpn yg sama kami terima. Alasannya kerana kita hanya menhantar pelajar ke sana tapi tidak sebaliknya, takkan kita nak ‘push’ diorg bg jawapan… . Kalau mcm ni sampi bila nak tunggu… Dalam masa yg sama Sis Aisyah cuba utk buat MOU dgn King Abdul Aziz Uni Saudi Arabia (KAUSA)…. At least tak dpt ke Yarmouk dpt ke KAUSA pn ok…..
Akhir Julai 2008, kami mendapat call drpd ICEO untuk membuat passport. Dah dapat conformation katanya, lantas ke terus bertemu dgn Sis Aisyah utk mendpt kepastian. Rupa2nya baru persetujuan lisan dan belum ada ‘black & white’ confortmatian. Kalau begitu rugilah kalau buat passport yg berharga RM300 lepastu tiba2 tak jadi. Kami insist utk mendapatkan ‘black & white’ conformation barulah proceed kepada passport….
November 2008, tym cuti akhir semester I aku dapat call drpd ICEO. Alhamdulillah MOU dengan KAUSA telah diluluskan dan ICEO menyuruh aku memeriksa subjek yg available di sana. Namun agak kecewa bila mendapati department ekonomi di sana hanya menawarkan sbjk yg telah ku ambil dan memeranjatkan aku, TIADA KULIYYAH SYARIAH di sana. Namun bila ku bertanya kpd ICEO mereka menyatakan student ekonomi dan IRK yg akan di hantar ke sana…. Pelik??? Apabila aku respon tiada subjek untuk diambil, dua hari lepas tu diorg call balik suruh cari subjek di Yarmouk Uni pula. Adakah MOU dgn Yarmouk Uni telah mendpt kelulusan ‘Black & white’?
21 Disember 2008, hari pertama kuliah bg sem2 2008/09, setelah selesai add manual sbjk IRK aku pantas ke ICEO utk berjmpa Sis Aisyah. X sabar2 untuk ku confirmkn sbjk yg telah ku pilih. Penantianku selama setahun lebih mgkn akan terjawab kini. Sis Aisyah nyuruhku menyenaraikan sbjk2 yg ku pilih dan partial transcript utk di faks ke Yarmouk. Sebelum ku berpisah, sempat ku bertanya bagaimana nak tahu samada sbjk yg ku ambil blh di transfer ke sini. Beliau mnyuruhku rujuk deputy dean. Bergegas ku senaraikan sbjk yg ku pilih dan bertemu dgn deputy dean yg baru, Dr Zarinah. Alhamdulillah w/pun baru 3 hari masuk ke pjbt beliau mudah memahami keadaan ku dan sudi membantu. Katanya proses utk mengesahkan subjek utk ditransfer memakan proses yg pnjg, perlu mntk course outline dr Uni sana….bla bla bla…. Sedikit sebanyak melemahkan semangat ku. Petang itu seusai solat Asar, Dr Zarinah menalifon aku menyatakan bahawa MOU dengan Yarmouk telah expired….
Setelah menunggu setahun lebih, setelah banyak masa dan tenaga turun naik ke office ICEO dan deputy dean…..
Mungkin ini lah natijahnya, segala yg berlaku ada hikmahnya, cuma hikmah tidak bisa kita lihat dengan mata fizikal ini, mungkin juga sebagai kafarah dosa ku ini….. Ya Allah ampunilah segala dosaku, sesungguhnya hanya Engkau yg mengetahui apa yg terbaik buat diriku ini……
5 comments:
Bykkan bersabar..all d best anyway!InsyaAllah ada peluang yg lebih baik menunggu u
Thanks 4 ure concern, May Allah bless u......
kamu...memang x sangka..lm sgt kamu tunggu..banyakkan bersabar..mcm kamu ckp dulu... mase first kamu tulis pasal xchange stdnt progrm ni.. maybe ade mende yg lebih baik menanti kamu di sini..DIA x kan uji Hambanya sekiranya Hamba DIA x boleh nak menanggungnya..sy percaya kamu seorg yg tabah..(^_^)
Syukran 'ala ihtimamikum. Rabbana la tuhammilna ma la thoqotolana bih....
salam ziarah, salam ukhwah. all the best!
Post a Comment