Sunday, May 31, 2009

>>Wahaby<<

Pandangan Sheikh Athiyyah Saqar, mantan lajnah fatwa mesir ttg wahabiyyah.....

Wednesday, May 27, 2009

Kekangan masa.....


Kesibukan yang dilalui selepas alam perkahwinan ni memang sukar utk digambarkan dengan kata-kata. Hati ini kuat utk mendesak supaya di 'update'kan blog ini dengan entry baru namun kekangan masa amat kuat menafikan hasrat di hati.....

Saturday, May 16, 2009

Tahniah Akrami & Lily

Tahniah ++ Alfu Mabruk kepada pasangan pengantin Baru;

Akrami & Lily

Pasangan pengantin yg 'pinky'

yang telah melangsungkan majlis akad nikah pada 2hb Mei (tarikh yang sama walimah di rumah aku....) Namun alhamdulillah sempat menyusur ke walimah beliau pada 9 Mei 2009 selepas program BERAKHIRNYA AGENDA ZIONIS di PWTC.....

Boleh tahan jugak la makanan dia, hilang kejap letih KBAZ....

Sori la akrami n lily, haritu tak puas bergamba....

Sampai dalam jam 4.00 petang bersama husna dan sufi yang menempel bersama kami...... Semoga kekal bahgia ke hari Yang Pasti kelak.....

Saturday, May 9, 2009

~Indah nya BAITUL MUSLIM~

bersama kawan ayah dihari itu...

Alhamdulillah.......

Itulah ucapan yang selayaknya diungkapkan setelah selesai majlis akad nikah, kenduri di kedua2 belah pihak dan tempoh bertenang yang sudah berlalu......

Sekadar perkongsian bagi pembaca mgkn bagi teman2 dan adik2 yg masih belum mendirikan rumah tangga......
Pasti ramai yg tertanya2, kenapa nak kawin awal? Mcmana boleh kenal dgn 'si dia'? dan macam2 lagi sehingga ada muallimah yg nak interview kami sebagai pasangan kedua AlAmin yg berkahwin......

Saat diaakad nikahkan oleh ayah....

Tempoh bertenang hampir tamat....
Apa yg diistilahkan sebelum ini sbg tempoh bertenang hampir menuju ke penghujungnya. Kalau masuk U ni kira macam minggu suai kenai atau Taaruf week (istilah UIA). Maklumla, sebelum ni hanya kenal nama dan rupa dan belum lagi mengenal hati budi. Nak bergayut dalam talifon atau ber'dating' jauh la sekali. Sebab tu perlu ada tempoh....tempoh bertenang dan cuba menerima hakikat......hakikat yg sebenarnya AKU TELAH BERISTERI dan kini bergelar suami. Sewaktu kami berbulan madu ke Cameroon (cameron highland), aku sering bertanya kepada isteri ku, "Eh, macam tak percaya kita dah kawin kan ayang?..."

Tempoh bertenang....


Penyatuan yang tidak terduga
Sebenarnya bagi yg belum mengetahui, kami sudah lama kenal cuma bukan 'kenal' dalam erti kata bercinta arau menaruh perasaan cuma kenal sebagai adik kepada kawan rapat (credit for bro zuhdi). Mustahil lah kalau nak kata tak kenal kerana bersekolah di sekolah yg sama (AlAmin), kemudian ke Darul Quran pun sama dan kini bersama2 belajar di UIA..... Kalau yang mempunyai persepsi sinis pasti sudah terfikir bahawa kami bercouple sejak daripada bangku sekolah lagi. Tetapi tidak semua perkara kita boleh ambik kira secara umum. Ternyata belajar di tempat yg sama tidak semestinya boleh menimbulkan perasaan cinta kalau tidak kita hadirkan perasaan itu.
Ramai je kawan2 yg saya kenal bercintan cintun sejak dari zaman sekolah lagi; ada yg berjaya ke jinjang pelamin dan sudah mempunyai anak dan tidak kurang juga yang kecundang di pertengahan jalan. Namun itu bukanlah cara pilihanku...... Aku lebih suka memilih 'kalau nak kawin baru cari... kalau tak, jgn la nak memandai cari'. Dan ternyata cara itu lebih soleh dan selamat.....
Ramai juga yg tak percaya bahawa hanya bbrp mggu sblm bertunang baru la aku serius untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang isteri aku ni....

Bercinta sebelum berkahwin atau berkahwin baru bercinta?
Pasti tajuk ini menjadi kontroversi kalau diberi peluang untuk diperbincangkan. Namun berdasatkan tulisan di atas pastinya dapat dijangka bahawa aku akan memilih bercinta selepas berkahwin. Walaupun nampak seperti agak janggal dan tak menyeronokkan tetapi banyak faedah dan hikmah disebaliknya.
Apa yang ku amati sepanjang pengalaman bersama kawan2 yg bercinta sebelum berkahwin ialah pasti mereka pasti akan 'clash' dengan awek(s), dua atau tiga kali dan last2 kawin dengan orang lain. Tak ke kesian awek(s) tu terpaksa menjadi 'bekas' boyfriend orang.... dah ber'sayang'2 ber'abang2' berpegang2 pastu kene tinggalkan camtu je.... Tak ke kejam namanya tu (kesian kat perempuan la, lelaki mantain je...).
Lagi satu, kalau orang yg bercintan ni sume nye indah sampai kentut 'ayang' pun dikatanya wangi, tapi bila dah kawin nanti baru la 'busuknye kentut ayang'..... Nak kata kalau bercinta ni hipokrit la tapi bila dah kawin baru terserlah perangai sebebnar seseorang. Kalau tak bercinta ni kita sedaya upaya akan cuba menerima kekurangan dan kelemahan tanpa mengharap sesuatu yg hipokrit.....
Dan akhir sekali dan yg paling penting...... agama..... Islam mmg melarang cinta sebelum berkahwin tapi amat menggalak untuk menyuburkan perasaan cinta selepas berkahwin, time lepas kawin la nak ber'abang2' dan ber'ayang2', kalau masa sblm kawin dah terbiasa dengan panggilan tu, nanti lepas kawin pasti rasa bosan atau tak rasa manisnya panggilan itu..... Lagipun Islam menegah percintaan sebelum perkahwinan kerana ia meupakan taktik2 syaitan untuk menghampirkan ssorg ke arah zina....

Cuma teringat kata2 kak Syidah sewaktu Talk Valentine's Day di UIA Gomabak anjuran PEMBINA dan KARISMA Club; "We marry the person we LOVE or we LOVE the person we marry"......

Kawin dengan akhawat, bukan sembarangan wanita....
Kenapa pilih Husna? Comel sangat ke dia? Ramai lagila 'Sisters' kat UIA yang cun melecun tu, nak foreigner pun ada......
(pengakuan ikhlas la pulak....)
Bagi aku, seorang isteri itu tak perlu la yang cun sangat, kalau tak, mesti dah berebut dengan Datuk K utk dapatkan Datuk Siti dulu, bagi aku seseorang isteri itu yang "menyejukkan pandangan mata" dan perkara itu berbeza daripada pandangan setiap individu.

Cintakan isteri kerana kecantikan, dah tua pasti ia akan hilang....
Cintakan isteri kerana agama, agama itu membawa kita kekal ke syurga yg abadi.....

Kalau sekadar cantik tapi perangai tidak mencirikan seorang Muslimah, pasti kecantikan itu akan pudar dan tidak kekal lama.....

Namun di sini aku ingin menekankan kepentingan untuk berkahwin dengan akhawat, bukan dengan mana wanita yg tangkap muat di tepi jalan. Sungguh pun beragama, belum tentu fahaman agamanya itu betul??....
Pengalaman bersama rakan yg bercouple dgn seorg perempuan yg memakai jubah dan bertudung labuh, bila rakan ku ini bertanyakan hal usrah pada pasangannya, jawapannya: "Tak payah la ikut usrah, leceh la...." Bukan ke payah untuk berdakwah kalau isteri sendiri yg menghalang untuk berbuat kebaikan, belum lagi kalau nak pergi berjihad... Apa dia ingat agama ini solat, zakat, puasa dan haji shj ke????...
Kerna itulah ikhwah amat digalakkan untuk memilih akhawat untuk menjadi teman pasangan sehidup dan semati, beragama dan mempunyai kefahaman Islam yang betul. Yang penting sekali ialah faham dengan cara kita berdakwah, kesibukan yg akan ditempuh, balik lewat malam dan sebagainya......

bersambung..........

Sunday, April 26, 2009

Tempoh bertenang...

Hari ini, bermulalah satu episod baru dalam diari hidupku, hari dimana tak pernah ku terfikirkan sebelum ini. Ku namakan ia sebagai tempoh bertenang.....bertenang buat diriku yg saat ini menghadapi satu 'kejutan budaya' dalam sejarah hidupku...... =)

Satu anugerah yang cukup bernilai dalam sejarah hidupku......
Itulah dia anugerah seorang isteri....

Saturday, April 18, 2009

.::. akhirnya, saat itu hampir .::.

Salam, jemputan ini khusus pada teman2 yang dikasihi,
InsyaAllah, walimah ana pada 2 Mei 2009 di (seperti alamat di bawah).
Oleh itu di jemput pada teman2 yang mengenali diri ini untuk turut memeriahkan majlis.
Semoga jodoh yang telah ditentukan Allah ini mendapat berkat. Doa daripada teman2 semua.....





Cinta itu bukan aku yang pinta tapi ia hadir saat aku perlukannya.....
Semoga Allah merestui perjalananku ke tingkat seterusnya...........
Mohon doa dari teman2 semoga pilihan inilah yang terbaik buatku dan majlis ini diberkati Allah....
Buat teman2 yang berada di kejauhan, kirimkanlah doa daripada kalian buatku.....
Sesungguhnya ini anugerah dan ni'mat yg tak ternilai yg perlu ku syukuri......

Saturday, April 11, 2009

>>KBAZ<<

Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis

Highly Recommended




Untuk pendaftaran kawasan Gombak dan UIA, sila hubungi : 019 3581484
Untuk maklumat lanjut sila lawati laman sesawang : http://www.kbaz.net/

Saturday, April 4, 2009

ASB lagi....

Hukum Pelaburan Amanah Saham Bumiputra

Majlis Fatwa Selangor kata haram.

Bekas mufti selangor Dato' Ishak Baharom kata pd saya, hal ini telah dibawa dalam meeting majlis fatwa kebangsaan dulu, dan hukumnya adalah haram tetapi tidak wartakan secara rasmi.

Seorang Pengerusi Majlis Penasihat Shariah yang utama di Malaysia juga pernah mengatakan kepada saya bahawa beliau tidak setuju dengan cara pelaburan ASB.

Dan saya juga tidak setuju kerana :-

1) Aqad pelaburannya tidak jelas dan tidak menurut syarat pelaburan Mudarabah yang diakui oleh 4 mazhab.
2) Jaminan capital / modul oleh ASB menyebabkan aqadnya bermasalah.
3) Pelaburannya bercampur dengan yang haram lebih daripada 30 percent
:

  1. Pelaburan ASB iaitu sebanyak 37.30 % ke Maybank (perbankan Ribawi yang haram memonopoli industri)
  2. Commerce asset holdings berhad (Konvensional) - 1.11 %
  3. British American Tobacco berhad 1.07 %
  4. Malaysian National Reinsurance Berhad - 0.89 % ( insuran konvensional)


Ada sesetengah pihak spt Prof. Mahmod Zuhdi berkata ianya dibenarkan di atas dasar maslahat kerajaan untuk beri kekuataan ekonomi dan sebahagian kekayaan negara kepada bumiputra secara mudah. Tetapi bagi saya ia ternyata hujjah yang agak longgar.


Maka secara ringkas, dinyatakan di sini beberapa syarat untuk beramal dengan ‘maslahat' ;-

Menurut Imam al-Ghazali beberapa syarat bagi membolehkan berhujjah dengan masalahat adalah :-
1) Ia mestilah bersifat umum, iaitu faedahnya untuk rakyat umum, bukan sekelompok tertentu.
2) Ia mestilah bersifat pasti, dan bukannya agakan-agakan kosong dan andaian jauh dan lemah.
3) Ia mestilah bersifat dharurat, iaitu keterpaksaan yang sekiranya ditinggalkan maka membawa kerosakan terhadap 5 unsur dharuriyat secara pasti.

Manakala Imam Abu Ishak As-Syatibi (790 H), pakar ilmu maqasid Islam silam meletakkan ‘dhawabid' berikut :-
1) Mestilah tidak hanya memandang maslahat duniawi sahaja, bahkan mesti meneliti maslahat ukhrawi juga.
2) Maslahat hanya diterima pakai dalam hal kebaikan untuk Deenul Islam.
3) Maslahat untuk menjaga hak ramai didahulukan dari menjaga hak sekelompok.
4) Maslahat mestilah bersandarkan dalil-dalil yang jelas.

Prof Dr Said Ramadhan Al-Buti dalam tesis PhD nya yang mendapat tahap mumtaz kepujian kelas satu, juga meletakkan beberapa syarat asas maslahat, ianya seperti berikut :-

1) Mestilah ia terkandung tujuannya dalam prinsip asas tujuan Syariat.
2) Mestilah tidak bertentangan dengan dalil Qat'ie Dalalah dari al-Quran.
3) Mestilah tidak bertentangan dengan dalil Qat'ie Dalalah dan thubut dari Hadith.
4) Mestilah tidak bertentangan dengan Qias yang shohih.
5) Tidak menafikan Maslahat yang lebih utama darinya.



Jutseru, bagi saya amat jelas tiada maslahah dalam menggunakan suatu kontrak dan kaunter pelaburan yang haram, sedangkan ianya boleh menggunakan kontrak Islam Mudarabah, dan boleh memilih kanter halal sahaja, seperti yang di lakukan oleh Public Ittikal, Unit Trust Islam, pelaburan GIPPS oleh RHB Asset Management dan banyak lagi. Ia juga memberi pulangan yang boleh tahan, dan yang lebih penting ianya HALAL.

Tuesday, March 31, 2009

.:Budaya Examism:.


Musim exam menjengah warga pelajar kampus UIA Gombak, masa ni la baru nak terkial2 menyelak buku berketebalan 100 muka keatas dalam masa beberapa jam. Cuba recall balik ilmu2 yang tertinggal sepanjang semester berlalu.....


Dan masa ini lah library menjadi pasar2 malam walaupun pada siang hari. Berbondong-bondong student memenuhi setiap ceruk library bagaikan ianya induk bagi pusat penyebaran ilmu. Saat inilah terbukti kerajinan dan kesungguhan mendalami ilmu......
Itulah budaya examism di UIA


Mengucapkan selamat memempuh alam peperiksaan yang penuh dengan pancaroba.....

Study smart dan betulkan niat, insyaAllah success selalu....

Tuesday, March 17, 2009

Monday, March 16, 2009

" Mencipta kematian...."

Pertama kali mendengar istilah ini, agak berkerut jgk dahi memikirkannya. Tatkala ramai manusia berusaha keras mencipta 'kehidupan', wujud pula istilah 'mencipta kematian. Dari mana datangnya istilah ini dan apakah relevannya ia utk difikirkan ???


Wajah pencipta kematian

Org pertama yg mengungkap istilah ini ialah Malcom X (seorang pemimpin African American Muslim (1925-1965) yg dibunuh atas usha dakwahnya). Ungkapan ini muncul tatkala wujudnya ancaman bunuh terhadap beliau lalu ditanya kepada beliau, "adakah anda tidak takut dengan kematian?" Lalu beliau menjawab' " Aku telah lama mencipta kematian... dan bersedia utknya."

Antara maksud yang boleh kita fahami ialah bagaimana beliau telah bersedia utk kematian dan mengambil apa jua possibility yg blh membawa kematian berpunca drpd usha dakwahnya. Tidaklah sebenar2 dakwah tanpa cubaan, dugaan dan rintangan hatta dengan ujian maut sekalipun???

Beliau sudah bersedia dan sudah membuktikannya........ Bagaimana dengan kita? Sibuk merancang kehidupan sampai terlupa akan hakikat kematian? Mengejar kesibukan dunia yg sementara namun terlupa akan akhirat yg kekal selamanya. Sekiranya kita masih takut dengan kematian ertinya kita masih belum bersedia. Sekiranya dakwah yg kita usahakan tidak bertemu ujian dan dugaan bermakna kita MASIH BELUM lagi berdakwah.......

Mari sama2 kita mencipta kematian itu sebelum 'kematian' mencari kita.......

ASB & ASN Halal?

Ramai yg masih keliru dan sangsi dengan hukum dua product ni..... Mgkn sukar utk menerima hakikatnya sbb dh lama invest kan.....






Ref: SECURITIES COMMISSION DECREES ASN AND ASB SCHEMES NON-SHARIAH COMPLIANT

Assalamualaikum wrt wbt and Salam Sejahtera,

Dear all,

The above matter refers. Kindly take note that the Shariah Advisory Council of Securities Commission has decided that the above-mentioned schemes do not comply with the Securities Commission Guidelines on Islamic Unit Trust Fund. Therefore, pursuant to the said decision, our internal Shariah Committee hereby advise the Bank not to offer any financing for Muslims, that relates to the ASB and ASN schemes purposes. While for non-Muslims, Shariah Committee decision remains unchanged. Attached herewith is the letter from Securities Commission dated 12 February 2009.

This decision will be circularized to all staff in due course.

Allah swt knows the best and wassalam.

Hafiz Hj. Fauzi
Secretary
Shariah Committee
Bank Muamalat Malaysia Berhad
Tingkat 4, Menara Bumiputera
Jalan Melaka
50100 KUALA LUMPUR

Saturday, February 28, 2009

>> Scholarship Briefing..<<

Sebahagian peserta mendengar taklimat

Alhamdulillah, semalam (27 Februari 2009) telah selesai satu progam yg bergelar 'Scholarship briefing'. Memang niat ku untuk membuka ruang dan mencipta peluang yg saksama kepada semua yang layak untuk memohon biasiswa tersebut, dan kerana itulah aku sanggup utk melaksanakan tugas ini. Menerima biasiswa drpd Sime Darby menyebabkan aku insaf dan atas dasar syukur kepada Allah taala, aku berusaha agar org lain turut berpeluang menerima biasiswa.

Barisan VIP

Program
Penganjur bersama, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dengan Economics & Management Student Society (EMSS) telah menjayakan program ini. Dengan kehadiran wakil drpd Bank Negara (BNM) dan JPA, pembentangan turut dimeriahkan dengan wakil student bagi on behalf of Sime Darby, Petronas dan PNB. Penganjur juga telah menjemput tetamu khas ust Siti Aishah (wakil PEMBINA) dan Mdm Putri. Seramai 230 peserta berkongsi maklumat dan manfaat drpd program ini.....

Banyak yg dibincangkan sewaktu minum bersama tetamu undangan

Berdasarkan pengalaman
Based on my observation, most of our student are not allert with the scholarship. That's why we come out with this program-to create awareness and provide equal access to the scholarship. During my group assessment when attending (Yayasan Sime Darby) YSD Scholarship, it seems that chinese are more keen to seek for this kind of financial assistance while the malays feel confortable and secured with their PTPTN loan. As if they didnt notice the privilages and advantages of having scholarship. This is where my concern come from. should malays ignore the scholarship while chinese eager to seek for it? What a loss.... rugi2....

Inisiatif penulis membentangkan bagi pihak Yayasan Sime Darby

If the malays still dont apply for scholarship especially the one that is offered by big companies and private sectors than it will all go tp chinese so now where goes the 'hak bumiputra' or 'ketuanan melayu' when something should be ours and we dont even fight for it......

Tuesday, February 17, 2009

Mesir - Fourth Day

Fourth day in egypt- Alhamdulillah boleh survive lagi, da adapt dgn cuaca sejuk kt cni w/pun bibir agak kering. Today's plan, Alex...... our next target..... Dlm perjalanan byk kebun buah2an, oren, pisang, anggur, kurma. Rupa2nya mesir ni sebuah negara yg subur kalau diairi dgn betul. Ternyata sumber pengairan tanaman ini berpinca drpd sg Nil, teringat cerita Saidina Umar mengutus surat kpd sg Nil tatkala ia keirng suatu ketika dulu....

Sempat singgah kejap smbl ambil gmbr, rilek je jual buah2an tepi highway....

Taman harimau....Itulah namanya, OTW tu singgah kejap. Actually ianya sebuah perhentian restoran tp dilengkapi dgn taman haiwan, bkn setakat singa dan harimau tapi segala mcm jenis drpd arnab, rusa, dubuk, buaya dll. Puas jgk la tgk zoo mini tu...

Singa tgh lepak sambil dijaga oleh budak2 je... Mmg x safety betul.

Illama yg hanya boleh dijumpai di Amerika Latin.... Jinak dan comel, kalau dapat satu sombolih pon sodap....

Menurut kata2 mereka, haiwan ini merupakan kacukan antara anjing dan beruang=berunjing, sbb besar, bulu lebat dsb.... Boleh masuk akal jgk...

Hotel tepi pantai di Alex....

Bergambar dari sisi istana Raja Farouq, di mana ada kisah mengatakan bahawa Raja farouq telah melarikan diri dari istana melalui terowong rahsia; terowong rahsia itu terletak disebalik tembok putih ini.....

Tepi pantai berhadapan istana Raja Farouq.... angin membadai....

Sinar matahari yang menyinsing di petang hari tatkala kami melangkah pulang ke CAiro....


Sempat singgah di Salahuddin citadel dekat tepi pantai, ni merupakan tempat ke tiga kami menziarahi kubu salahuddin..... Ternyata pertahanan ketika zaman salahuddin cukup kebal dan terancang....

Salah satu daripada masjid tiga yg terletak bersebelahan (tak ingat dah apa nama masjid nih)

Di depan pintu kubu salahuddin alAYyubi... Tak dapat nak masuk sbb pg tu dah luar drpd masa ziarah.... X rezki...

Perpustakaan terbesar di Afrika ini terletak di Alexandria, tak sempat nak singgah, lalu je sbb mmg dah tak ckp masa...... Ni pun amek tym lalu kt tepi tp mmg design bangunan mmg menarik berbentuk tiga segi separa bulat.....

Monday, February 16, 2009

Mesir - Third Day

Kini masuk hari ketiga aku berada di bumi anbiya’ ini, bangkit seawal jam 12.30 pagi kerna misi hari ini untuk ke Sinai, suatu tempat yg agak berjauhan lebih 500 km dari Bandar Cairo, tempat di mana nabi Musa melarikan diri dari kencaman Firaun jua tempat di mana nabi Musa ingin ‘bertemu’ dengan Allah.

Jam 1 pagi suasana di Bandar Cairo masih hiruk pikuk dengan kereta bersimpang siur seakan2 penduduknya tidak tahu untuk berehat. Perjalanan yg jauh, perjalanan yg panjang bermula sejak tengah malam merentasi padang pasir di malam pekat yang tidak berpenghuni. Rasa gerun kadang2 menyelubungi hati sekiranya ditengah padang2 pasir ni tiba2 kereta rosak atau diserang oleh penyamun namun Alhamdulillah perjalanan sepanjang malam itu selamat. Kadangkala terlihat beberapa sekatan jalan raya untuk memastikan keluar masuk kenderaan dan sekali sekala passport di semak.


Pengalaman yang tidak boleh ku lupakan ialah apabila masuknya waktu subuh, memandangkan waktu subuh yang singkat kami terpaksa juga mencari tempat untuk memunaikan tjawab kepatuhan terhadap Allah. Terjumpa satu kawasan perhentian yg telah ditinggalkan, Alhamdulillah ada satu masjid tinggalan di mana bahagian dalamnya bersepah dengan batu. Buka sahaja pintu kereta, terasa satu macam kesejukan angin padang pasir yang tidak tergambar oleh kata kata. Bayangkanlah di tengah padang pasir luas yang dinginnya mencapai 5 darjah celcius. Tika itu angin meresapi ke dalam tulang sum sum. Terpaksa menghalakan lampu kereta kea rah bagunan ‘masjid’ berkenaan. Alhamdulillah aku menjaga wudu’ adikku terpaksa mengambil wudu’ wudu’ dalam keadaan amat sejuk. Segera melaksanakan dua rakaat subuh dan terus masuk ke dalam kereta, tak tahan tunggu lama2.


Berhenti di satu lembah berbukitkan batu, cuaca masih amat sejuk tapi nak bergambar punya pasal, memang indah pemandangan tuhan......

Sampai di Toba, sempadan Mesir-Israel, latar belakang peta yang menunjukkan kawasan peranginan disepanjang laut Merah termasuk kawasan Israel. Mujur dalam passport ada larangan memasuki negara Israel kalau tak memang dah ke sana.

Dihadapan hotel Hilton milik Israel yang sebahagaian drpd hotel tersebut berada di sempadan Mesir, kebetulan ada bas persiaran masuk ke dalam hotel tersebut, memang betul2 dia cek smpi menggunakan cermin pandang bawah....

Masih disekitar kawasan Taba berlatarbelakangkan Qal'ah (kubu) Salahuddin AlAyyubi, pantai yang indah kerana airnya yg bersih dan jernih. Kalau dari atas bukit memang boleh nampak dasarnya.....

Berada di jeti salah sebuah pusat peranginan di Toba, kalau bukan kerana tak bawah baju lebih dah lama terjun dalam laut ni, tambang menaiki bot ke Kubu Salahuddin adalah 15 geneh tapi kalau berenang free je......

Gambar gereja St Catherine (gmbr amek dr internet sbb susah nak dpt angel ni) Kawasan bukit yg dikenali sebagai gunung Thur Sina, tempat di mana nabi Musa ingin 'bertemu' tuhannya. (AlA'raf:143) Kisah yang terdapat di dalam alQuran ini mampu menambahkan keimanan kita kepada Allah taala. Gunung tersebut terletak di belakang gereja, tempat di mana matahari terbit. Tak berpeluang untuk panjat gunung tersebut kerana terdapat upacara keagamaan kristian.....

Tidak melepaskan peluang utk menaiki unta selepas merunding harga yang dapat ditawar sehingga 50%. Arab badawi yg tinggal kat padang pasir ni yg jaga, tapi selamba dia lepaskan tali unta tu. Perjalanan selama 10 minit drpd tempat letak kereta ke gereja St Catherine. memang patutla org arab dulu kuat2, baru naik 10 minit dah lenguh2 tulang belakang.......

Gambar berlatar belakangkan Gereja St Catherine dan gunung Thur Sina, Wallahua'alam bila lagi aku dapat memanjat gunung tersebut.....

Dari gereja kami terus ke maqam nabi Harun, simple je tapi dalam bangunan ini la terdapat maqam beliau.....

Jika diamati betul2 latar belakang bukit ini terdapat ukiran seperti anak lembu (kepala dia gelap sikit) Inilah yang diceritakan sebagai lembu patung Samiri yang diperbuat drpd celupan emas dan pasir bekas kuda malaikat yg dikutip ketika merentasi laut merah.....(Taha:85-97) Katanya lembu ini berbunyi tapi mgkn bunyi angin kot....

Singgah di masjid sekitar kawasan St Catherine (ejaan dlm arab) yg dikenali sebagai Wadi Muqaddas. Perkataan Wadi Muqaddas di sebut dalam alQuran bila mana Allah menyeru nabi Musa ke lembah suci (Wadi Muqaddas)-aN Naziat:16

Tengah sedap2 makan kat masjid Wad Muqaddas, ada pulak anak pak arab ajak main bola, layan jela. Kat blakang tu kereta avanza yg kami lenjan selama lima hari pusing2 cairo, sinai dan alex..

On da way singgap di makan nabi Saleh, nabi yang terkenal dengan mukjizat unta putih yang keluar dicelahan batu namun kaumnya yg engkar telah membunuh unta tersebut....

Inilah tempat yg dikenali sebagai 'hamam firaun' yg terletak betul2 menghadap laut Merah. Ruang masuk yg kecil tetapi di ddalamnya boleh la berdiri. Disebelah bawah lubang tersebut rupanya ada air panas (org dulu pun dah mandi air panas, x pyh susah2 beli water heater). Boleh nampak kepnasan wap keluar melalui lubang tersebut....

Bergambar depan 'Hamam firaun'- laut Merah, kebetulan time matahari nak terbenam memang marvelous la pemandangan dia......

Walaupun dah malam namun sempat jgk singgah di telaga seperti yang diriwayatkan dalam alQuran tatkala Allah memerintahkan Nabi Musa memecakan batu maka terpancutlah 12 mata air. Sesungguhnya 12 mata airtersebut adalah untuk 12 suku bangsa Nabi Musa. (AlBaqarah:60) Namun malangnya ketika Israel menjajah kawasan tersebut, mereka telah mengambus sebahagian besar telaga dan hanya meninggalkan tiga.... Lanagkah huduhnya perangai Yahudi laknatullah.... cuba menghapuskan bukti yg termaktub dalam AlQuran.....

Agak bahaya telaga ini kerana dindingnya rendah dan tiada tanda amaran...... Salah satu drpd telaga tersebut masih mempunyai air.......
Malam itu kami sampai agak lewat di rumah, OTW mak Zi (makcik yg jg menziarahi anaknya di mansoura) menalifon kerana ingin bermalam di rumah kami...... Esok, satu lagi perjalanan jauh yg perlu di tempuh.......