Dekat nak exam ni, mmg saat2 yg genting, kadang2 tu nak faham bukan main la susah. Itu la namanya belajar, klu senang baik x pyh belajar, duduk kt kedai kopi ataupun terus bekerja…..Tengah2 ligat otak ni ‘mengontemplate’ (dari perkataan contemplate), terfikir pulak nak jmpa Dr Farid Shahran yg mengajar kami subjek ni. Ambik ‘berkat’ sikit…..hehe (biasala dekat nak exam). Ingatkan boleh la nak dapatkan tips, skali kene basuh la pulak…..
Memang betul kata2 Dr, ahli falsafah terdahulu telah banyak berjasa memerah otak untuk mengharmonikan antara falsafah barat dan agama. Kalau tak, sampai skrg kita akan mewarisi agama yg dicelup oleh falsafah barat. Memang barat drpd dulu lagi ingin merusakkan keaslian agama Islam dan sehinggalah sekarang dgn pelbagai fahaman; liberalisme, hedonisme, sekularisme dll.

Mata pelajaran ini telah banyak membuka minda untuk berfikir dalam persepsi yang pelbagai. Bukan hanya jumud dgn merujuk ulama’ tertentu shj. Atau berat sebelah pada satu pandangan tanpa mengkaji pendapat yg bertentangan. Sbb itulah kdg2 wujud ‘puak’ yg extremist membida’ah yg itu dan yg ini tanpa melihat pada maslahah dalam skop yg meluas.
Melaui matapelajaran ini jugalah baru ku tahu apa erti sebenarnya ‘AQIDAH’ yg merupakan tunjang dan asas kepada agama…..
AQIDAH- bkn skdr kepercayaan kepada Allah dan rukun Iman
AQIDAH-bkn ritual agama yg menjadi ikut2an
AQIDAH-bkn skdr amalan2 ibadah
Tetapi….
AQIDAH yg sebenar ialah kefahaman kita terhadap Islam dan tuntutannya ke atas kita sebagai hamba Allah…..
Daripada perbincangan inilah Dr mula memancing kami untuk menyintai ilmu, salah satu drpd gedung ummat Islam yg telah ditinggalkan. Belajar bukan sekadar untuk mendapat sijil yg digunakan sebagai alat utk mendapat pekerjaan tapi belajar utk menggali khazanah ilmu peninggalan ummat Islam.
Sbb itulah ummat Islam x maju, belajar untuk kebendaan dan bkn kerana cintakan ilmu.
Asas dasar itulah aku menyimpan cita2 utk terus menyintai ilmu dgn melanjutkan pelajaran bkn sekadar ‘degree’ tetapi lebih drpd itu. Terima kasih Dr krn menyedarkan aku ttg hakikat ini.

















