Tuesday, December 30, 2008
"Apa khabar Palestin hari ini?"
Namun perkara itu amat mustahil bagi Israel yg langsung tidak berperikemanusiaan. Terus menerus sehingga mereka mahu melihat Palestin terus lenyap dari ingatan manusia.
Tidak banyak laman web yg 'update' berita terkini di Palestin. Menururt BH, setakat ini 318 terkorban manakala 1400 lagi tercedera. Palestinkini pula melaporkan 345 terkorban manakala 1650 tercedera. Sikit? Jumlah yg mmpu melenyapkan satu perkampungan.
Sebenarnya aku ingin 'post' satu topic lain tapi keresahanku terhadap apa yg berlaku di Palestin kini mmbantutkan keinginan itu. Biar aku lebih 'concern' dgn Palestin kerana mereka adalah saudara aku. Walaupun tidak pernah bersua muka, walau mereka tak tau pun kewujudan aku. Tapi sekurang2nya biarlah aku terlepas daripada pertanyaan di padang mahsyar nnti ttg tgjwb terhadap saudaraku yg dlm dalam kesusahan.
Biar pembaca pun tau yg isu ini begitu serius dan memberi kesan buat ummat Islam. Biar mereka tau yg isu Palestin bkn utk Palestin semata2, tapi ia adalah isu ummat Islam, isu KITA!!!!
Tatkala tahun baru 2009 menjelma, sanggupkah kita merayakan tahun baru disaat saudara kita menangisi pemergian saudara mereka/kita? Semoga tahun baru hijrah membawa harapan baru buat mereka......
Teruskan usaha, teruskan doa, teruskan kempen, semoga Allah sentiasa bersama hamba2nya yg terus berusaha......
Thursday, December 25, 2008
Hanya sebuah kisah...
Ogos 2007, aku gembira apabila diterima untuk temuduga setalah ku submit borang ‘Student Exchange Program’ (SEP) beberapa minggu lepas. Ternyata ia bukannya calang2 temuduga apabila empat orang timbalan dekan duduk semeja untuk meng’fire’ soalan2 kepada. Alhamdulillah, aku berjaya dalam temuduga tersebut dan fikiranku mula terbayang2 untuk belajar di University Yarmouk, university yg telah di’offer’ dlm temuduga tersebut. Terdapat beberapa lagi sahabatku daripada Kuliyyah Ekonomi yg berjaya dalam temuduga tersebut…
Sejak hari itu, kami sibuk ke office ISD (International Student Division) dan deputy dean Ekonomi untuk menyelesaikan proses seterusnya. Aku masih ingat lagi pertemuan dengan deputy dean, Prof Dr Maliah Sulaiman bersama 8 orang student SEP. Alhamdulillah aku telah diberikan full sponsorship ke sana manakala yg lain akan menerima partial sponsorship….. Tatkala itu memang semangat berkobar2 untuk ke sana. Ramai kawan2 yg dah sibuk bertanyakan bila nak pegi. Memang sepatutnya ikut rancangan bulan Februari depan akan bertolak ke sana…..
Tatkala bulan Februari 2008 hampir menjelma dan Prof Dr Maliah sudah berjaya menghubungi Uni Yarmouk, tiba2 kami mendapat pernghabaran bahawa program ini di tunda kepada bulan Julai atas arahan ISD….. Alasan tidak diberikan kerana ISD tidak pernah mengeluarkan kenyataan rasmi samada melalui perjumpaan, talifon atau surat. Maklumat ini kami hanya terima melalui Prof Dr Maliah…. Agak kecewa kerana terpaksa menunggu lebih lama, kawan2 pun makin ramai bertanya, “Eh, ada lagi kat sini, bila nak pergi…” Macam nada menghalau je…
Tetapi itu tidak pernah mematahkan semangat kami, kami yakin bahawa ini merupakan satu program yg bagus buat kami, mampu mndedahkan kami suasana dan pengalaman belajar dan bersaing di negara orang disamping dapat mencuri masa untuk mentalaqqi kitab.
Februari berganti Mac, Mac berganti April dan April berganti Mei….. bulan silih berganti, begitulah masa berlalu begitu pantas. Sibuk dengan assignment, quizzes, midterm, group project namun tiada berita drpd ISD, senyap menyepi. Ini menyebabkan aku tidak senang duduk lantas ku ajak asri utk bertemu staff ISD. Rupa2 nya job scope itu telah berpindah ke department ICEO (international Cooperation & Exchange Office). Smpi di ICEO kami berjmpa sis Aisyah tapi jawapan yg menghampakan. Rupa2nya ICEO baru faks kan surat ke Uni Yarmouk dan masih menantikan keputusan drpd pihak sana.
Akhir Jun 2008, tatkala kebanyakan sahabatku telah berputus asa menantikan jawapan drpd ICEO, aku dan asri tetap berusaha untuk meneruskan program ini. Sekali lagi kami berjmpa dgn Sis Aisyah di ICEO namun jwpn yg sama kami terima. Alasannya kerana kita hanya menhantar pelajar ke sana tapi tidak sebaliknya, takkan kita nak ‘push’ diorg bg jawapan… . Kalau mcm ni sampi bila nak tunggu… Dalam masa yg sama Sis Aisyah cuba utk buat MOU dgn King Abdul Aziz Uni Saudi Arabia (KAUSA)…. At least tak dpt ke Yarmouk dpt ke KAUSA pn ok…..
Akhir Julai 2008, kami mendapat call drpd ICEO untuk membuat passport. Dah dapat conformation katanya, lantas ke terus bertemu dgn Sis Aisyah utk mendpt kepastian. Rupa2nya baru persetujuan lisan dan belum ada ‘black & white’ confortmatian. Kalau begitu rugilah kalau buat passport yg berharga RM300 lepastu tiba2 tak jadi. Kami insist utk mendapatkan ‘black & white’ conformation barulah proceed kepada passport….
November 2008, tym cuti akhir semester I aku dapat call drpd ICEO. Alhamdulillah MOU dengan KAUSA telah diluluskan dan ICEO menyuruh aku memeriksa subjek yg available di sana. Namun agak kecewa bila mendapati department ekonomi di sana hanya menawarkan sbjk yg telah ku ambil dan memeranjatkan aku, TIADA KULIYYAH SYARIAH di sana. Namun bila ku bertanya kpd ICEO mereka menyatakan student ekonomi dan IRK yg akan di hantar ke sana…. Pelik??? Apabila aku respon tiada subjek untuk diambil, dua hari lepas tu diorg call balik suruh cari subjek di Yarmouk Uni pula. Adakah MOU dgn Yarmouk Uni telah mendpt kelulusan ‘Black & white’?
21 Disember 2008, hari pertama kuliah bg sem2 2008/09, setelah selesai add manual sbjk IRK aku pantas ke ICEO utk berjmpa Sis Aisyah. X sabar2 untuk ku confirmkn sbjk yg telah ku pilih. Penantianku selama setahun lebih mgkn akan terjawab kini. Sis Aisyah nyuruhku menyenaraikan sbjk2 yg ku pilih dan partial transcript utk di faks ke Yarmouk. Sebelum ku berpisah, sempat ku bertanya bagaimana nak tahu samada sbjk yg ku ambil blh di transfer ke sini. Beliau mnyuruhku rujuk deputy dean. Bergegas ku senaraikan sbjk yg ku pilih dan bertemu dgn deputy dean yg baru, Dr Zarinah. Alhamdulillah w/pun baru 3 hari masuk ke pjbt beliau mudah memahami keadaan ku dan sudi membantu. Katanya proses utk mengesahkan subjek utk ditransfer memakan proses yg pnjg, perlu mntk course outline dr Uni sana….bla bla bla…. Sedikit sebanyak melemahkan semangat ku. Petang itu seusai solat Asar, Dr Zarinah menalifon aku menyatakan bahawa MOU dengan Yarmouk telah expired….
Setelah menunggu setahun lebih, setelah banyak masa dan tenaga turun naik ke office ICEO dan deputy dean…..
Mungkin ini lah natijahnya, segala yg berlaku ada hikmahnya, cuma hikmah tidak bisa kita lihat dengan mata fizikal ini, mungkin juga sebagai kafarah dosa ku ini….. Ya Allah ampunilah segala dosaku, sesungguhnya hanya Engkau yg mengetahui apa yg terbaik buat diriku ini……
Monday, December 22, 2008
>> Nafas baru...
Satu semangat baru, azam baru utk terus ku tempuhi alam akademik penuh daya inetelektual ini...
Result sem lepas ku tinggalkan.... Apa yg dah lepas tu lepas la.... jgn diungkit lagi.... Apa yg mencabar bagi sem ini ialah mendaftarkan kursus bagi subjek IRK yg saban semester menjadi masalah pada student 'Double Degree' (ECONOMICS N IRK). Ini semua gara2 sistem UIA yg masih bercelaru, bak kata sesetengah student di sini "Best university, worst management"
Namun Alhamdulillah, setelah puas deal dgn staff di counter G.O. IRK kami ambil keputusan berjumpa dgn Head dept AlQuran Sunnah, Dr Mohd Shah. Kami dilayan dgn baik dan beliau memahami situasi kami malah menyokong intergrasi antara ekonomi dan agama (Islamic Economics)... Setelah itu proses berjalan dgn mudah dan lancar....
Setelah itu aku ke ICEO utk confirmkan sbjk yg patut ku ambil untuk ke Yarmouk Uni, Jordan... dan itulah yg masih ku laksanakan skrg.... Menyetelkan sbjk yg bakal ku ambil nanti, semoga Allah mudahkan urusan.
Rabbi Yassir Wala Tu'assir.....
Friday, December 19, 2008
.:Jom Kem Lepasan SPM 2008:.
RM 80- Apa anda dapat?
Pengenalan umum sebanyak 7 courses
health science? aliran agama? Law? Education? Engineering? Applied science? Accountancy business? Semua ada!
Menyelesaikan segala keraguan tentang IPTA dalam bentuk Q & A
dengan wakil-wakil dari pelbagai IPTA samada dalam atau luar negara
Aktiviti team building bagi menguji kepintaran dan
sifat teamwork yang ada dalam diri anda
Jungle trekking untuk ketenangan minda,jiwa,dan tautkan ukhuwwah
3 Pengisian Ruhi & motivasi oleh ustaz-ustaz sebagai bekalan
dalam melangkah ke dunia baru
Kongsi pengalaman & cerita dari student dalam dan luar negara
serta melangkah ke alam kerja oleh mereka yang berpengalaman
Bengkel "My Plan" untuk merancang langkah permulaan
yang baik bagi melangkah ke IPTA dan hidup masa depan dengan cara yang terpandu
HUBUNGI : FAIRUL [013-6616676]
http://www.kemlepasanspm.blogspot.com
Thursday, December 18, 2008
>>Rehlatuna...
Bertemu dengan ikhwah SEMASHUR dan KYUEM memberikan satu kepuasan pada diri ku.... Pertemuan mahabbah yg menyemai kasih sayang ukhuwwah sesama saudara seIslam.....
Lama tak jmpa adik2 ni, sesekali jmpa dalam program rehlah santai ke Pertak ni at least dapat rehatkan minda, tanya khabar dan rapatkan ukhuwwah....
Bak kata qayyum dlm blognya "Sesungguhnya mereka adalah pemuda2 yg beriman kepada Tuhan mereka dan kami (Allah) tambahkan kepada mereka petunjuk..." Al-Kahfi:13 (Wah... maju Qayyum skrg dah ada blog¬selamat berPLKN)
Memang yg berhimpun ini adalah belia2 yg sedia utk berbakti pada agama.... Hilmi-kmk, hanis-kmb, hanan-utp, zul-mara, Qayyum-x smshr, adnin-x smshr, arif-kyuem, syafie-kyuem, semua dlm linkungan 18-23....
Oh, lupa us Ala' yg menjadi host rehlah dan akh Faiz datang jauh dr Terengganu....
Basically mlm tu kumpul, tgk tayangan operasi di chehnya (smgt berkobar2 nak berjuang). Pagi tu lepas solat subuh tazkirah ttg sohehul ibadah, then sarapan pagi dan terus ke Pertak. Pemandangan yg indah melalui empangan batu (diperbuat drpd batu).
Smpi di Pertak kami bermandi manda sambil memasak BBQ, kemudian menjawab soalan kuiz... diakhiri dgn pengisian "Perang mu'tah drpd us Ala' ". Perang yg dipenuhi dgn belia yg bersungguh berjihad di jalan Allah..... Sungguh istimewa rehlah kali ini, moga ukhuwwah terus kekal dan utuh seutuhnya jambatan besi di Pertak....huhu
Wednesday, December 10, 2008
>>Bencana alam atau bala'??
Seketika negara kita digegarkan dengan tragedi runtuhan tanah di Bukit Antarabangsa..... Kejadian yg lebih krg sama berlaku pada tahun 1993 di mana bangunan apartment Highland Towers tumbang menyembah bumi..... Namun manusia tak pernah mengambil iktibar.... dan tak pernah sedar..... hakikat sebenar yang ingin di sampaikan oleh yang Maha Agung.....
Maka berlumba-lumbalah para wartawan dan media massa bergegas dan bertungkus lumus untuk mendapatkan liputan terkini bagaikan suatu pesta dan tajuk hangat utk diketengahkan pada masyarakat. Namun yang di'highlight'kan bukanlah mesej sebenar yang sepatutnya diketahui oleh masyarakat... sekali lagi media berjaya memanipulasi keadaan....
Nah.... Lihat sahajalah pada ungkapan yg diberikan pada tragedi ini...:
"Bencana alam..." atau "kesan daripada fenomena semulajadi"
sebabnya????
"Oh, ini kesan drpd pembinaan dan penerokaan kawasan tinggi......"
"Ini akibat daripada faktor hujan yg turun beberapa hari kebelakangan ini....."
Jawapan ini hanyalah datang drpd org yg melihat dengan mata kasar, dan jawapan inilah yg menyebabkan mesej sebenar drpd Maha Agung tidak dapat dibaca.....
Orang yg, melihat dgn mata hati akan menjelaskan fenomena ini dengan berkata:
"Ini merupakan bala' drpd Allah, maka insaflah kita....."
"Ini adalah amaran drpd Allah atas segala maksiat dan kefasadan yg berlaku di negara kita...."
Maka beruntunglah mereka yg melihat dgn mata hati mereka dan amat malanglah bg mereka yg hanya melihat dgn mata kasar mereka....
Maka keluarkan bermacam teori tentang menjelaskan punca berlakunya tragedi ini...... Tanah curam berisiko tinggi la.... Hujan lebat yg tidak berhenti2 la..... Lesen diberikan tanpa kelulusan la..... Bangunan terbengkalai di kawasan yg lebih tinggi la......
Ini semua jawapan org yg x mmpu berfikir dengan mata hati, yg x memahami mesej Ilahi, cuba utk merungkai segala2nya dgn teori sains (seolah2 sains itu sebagai tuhan) dan langsung tidak melihat kewujudan Allah dalam merungkai dan menjelaskan tragedi ini......
Orang yang berfikir menggunakan mata hati akan berkata semua ini adalah kuasa Allah sebagai bala', peringatan, pengajaran utk rakyat Malaysia yg telah rosak belianya dan pemimpinnya....
Kan senang je nak jelaskan macam ni.... Lihat la ramai org2 kaya tinggal di situ, banglo2 dan kereta2 mewah yg ranap..... Mgkn pengajaran kepada mereka dan kpd yg lain bahawa kekayaan itu milik Allah, bkn milik kita, bila2 masa shj boleh di tarik balik..... Dermakanlah sebahagian kekayaan dan kemewahan itu kepada yg memerlukan, kan kat Malaysia ni masih ramai lagi miskin yg memerlukan.....
Insaflah wahai wahai rakyat Malaysia..... Marilah sama2 kita menginsafi tragedi ini sgb peringatan buat kita spy lebih taat pada Allah..... Bala'Allah pasti dtg sekiranya kita terus mengingkari arahanNya dan tidak takut pada laranganNya....
Tuesday, December 2, 2008
Indahnya ISLAM>....
"Assalamualaikum bang, abg tau tak pakcik yg pki pajero kt tepi surau ni pergi mana?"
" Oh minta maafla, saya bkn org cni.... ada apa?" tanyaku
"Sebenarnya adik saya nak masuk ISlam, sy baru bwk lari dr keluarga, sy nak mntk tlg dr pak aji tu tp dia tak ada plk."
"Dah try tanya di Pusat Islam UPM?" soal ku.
"Dah tapi ust kuar, outstation, tggl staff pompuan je...Sy nk cari tmpt berlindung takut keluarga cari nnt...."
Terdetik dlm hatiku; 'Oh dia nak tlg adik dia yg berumur 18 tahun masuk Islam. Sbg seorg muslim , timbul perasaan t/jwb utk mmbntu mereka. Kesian pun ada sbb x org lain yg dpt bantu.... Dikejar oleh keluarga pulak....
"Kalau tak ada org dpt tolong x pe la bang, sy nk bawak adik sy ke pondak tmpt saya belajar di Kedah tapi sy x duit ni, sehelai sepinggang je...." sambil mengeluarkan kad pelajarny.
Pantas aku menghulurkan bantuan semampu mungkin, sekurang-kurangnya dapat membantu dia sampai ke tempat selamat yang membantu adiknya untuk memeluk ISlam.....
Nilai sebuah keIslaman.....
Selepas diorang pergi, aku terfikir sejenak.....
Betapa bertuanhya sekarang ini menganut agama Islam....
Betapa tingginya nilai ISlam yang kukecapi hari ini......
X perlu bersusah payah seperti saudara tadi, aku dapat merasai kenikmatan Islam....
Dengan ni'mat Islamlah....
Kita diselamatkan dari api neraka Allah taala.....
Kita mempunyai tuhan untuk mengadu dan meletakkan harapan.....
Kita mempunya tempat untuk memohon pertolongan di kala manusia x mmpu mmbntu.....
Kita merasa tenang dan aman dari kerosakan dunia.....
Kita mempunyai tempat untuk bertawakkal dan hidup dgn keyakinan.....
Hari ini kita mmpu terus berjuang dan berjuang........
Alhamdulillah kerana telah mengurniakan aku ni'mat Islam..... Semoga aku terus istiqamah dgn keislaman ku ini dan mati sebagai seorang Muslim....
Ada apa dengan Qurban...??
Isnin lepas aku berpeluang mendengar kuliah maghrib di surau rumahku... Us Abu Syam seperti menggu2 lepas mengisi kuliah tersebut. Pada penghujung kuliah Us mengulas sedikit tentang ibadah Qurban..... Sebelum ini, apa yg aku faham tentang Qurban ni- bertakbir, sembelih lembu dan makan, time khutbah adalah khatib mengingatkan "Pada hari ini diharamkan kamu berpuasa dan dihalalkan kamu makan dan minum...."
Rupa-rupanya orang melayu selalu menyalah gunakan bahasa arab ni.... Cth: 3 orang telah terkorban dalam kemalangan jalan raya.....(melayu, melayu.....) Sepatutnya istilah 'Qurban' berasal drpd perkataan 'Qaraba' yg membawa maksud dekat dan Qurban dr segi istilahnya membawa maksud 'mendekatkan diri kepada Allah taala'
Pengorbanan Ibrahim
Aiseh, nama sama lak... Itulah antara menifestasi ibadah Qurban yg sepatutnya difahami oleh ummat ISlam, satu ibadah yang mampu men'DEKAT'kan diri seorang hamba dengan tuhannya melalui 'KEPATUHAN' dan 'KEIKHLASAN'.
Apa yg menarik ialah kisah yag dibawa oleh ust tentang pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail. SUdahla lama menunggu untuk mendapat anak, kene hantar jauh ke satu lembah yg tidak berpenghuni dan belum pasti keselamatannya. Ditinggalkan isteri bersama anaknya, Ibarhim kembali semula ke Palestin.
Antara korban dan Cinta...
Apabila bertemu dgn anaknya yg telah lama ditinggalkan, rindu Ibrahim serba sedikit mula berputik kepada anaknya. Sebelum ini cinta Ibrahim hanya tertumpu kepada Allah taala namun akibat telah lama berpisah dgn anaknya maka sebagai manusia, sudah rindu baginda berbahagi.
Mengikut Us Abu Sham, sekiranya cinta kita hanya kepada Allah kemudian cinta itu terpesong sedikit kepada dunia, maka Allah akan memberi peringatan kepada hamba tersebut. Bukan kerana cinta Allah berkurang tetapi untuk mengingatkan kembali hambanya supaya men'DEKAT'kan diri kepada Allah. Maka pada ketika itu Allah memberi perintah kepada Ibrahim supaya menyembelih anaknya bagi memperbetulkan cintanya.....
Ismail yg belum smpt merasai belaian dan kasih seorg bapa dgn ikhlas dan tanpa teragak2 merelakan diri utk disembelih tanpa mmbantah atau ragu2....Betapa besarnya nilai pengorbanan Nabi IBrahim dan Nabi Ismail yg sanggup mengorbankan nyawa untuk mendekatkan diri kepada Allah. dan pada saat akhir ia ditukarkan kepada kibash......
Jauhnya Perbandingan
Betapa jauhnyanya perbandingan yg Allah telah bawakan kepada kita; Nabi Ibrahim menyembelih anak dan kita menyembelih lembu. Namun menifestasinya dan ganjarannya ttp sama- mendekatkan diri kpd Allah..... MasyaAllah betapa agungnya Allah yg membari RAHMAT kepada hambanya, x perlu pun kita mengorbankan anak untuk medapatkan ganjaran yg sama seperti Nabi IBrahim...
Ihklas
Namun syarat yg sukar utk dipenuhi demi mandapat ganjaran ini adalah IKHLAs...Dengan niat SEMATA2 untuk mendekatkan diri kepada Allah. Sebagaimana kisah HAbil & Qabil yg menyembahkan hasil Qurban kpd Allah dimana hanya Qurban Habil berupa binatang ternakan yg gemuk dan sihat diterima manakala Qurban Qabil yg bercampur antara tuaian gandum yg baik dan rusak di tolak..... Bukannya senang nak berlaku ikhlas nie.....
Marilah bersama2 menginsafi ibadah ini dengan mempertingkatkan ibadah pada bulan ini dan berpuasa pada Yaumul Arafah (kebiasaannya 9 Zulhijjah).....
*Utk maklumat lebih tentang puasa yaumul arafah boleh rujuk blog us Fauzi:
http://satuperkongsian.wordpress.com/2007/12/18/puasa-arafah-hari-wuquf-atau-9-zulhijjah/
Tuesday, November 25, 2008
Kuantan Trip....
Setelah ke Selatan, kini ke pantai timur (kuantan je....) Diiringi dgn hujan taken, fishy, adam dan aku bertolak pada jam 5.00. Smpi di rmh Abby waktu isya', makan mlm n tros ronda2 banda kuantan (bknnye ada apa2 sgt pon)...
Then pegi serbu pantai teluk cempedak utk operasi mencegah mungkar....heheh..... Mission mengarut bjln dlm kegelapan..... Balik ke rmh abby jam 12.30mlm.
23 Nov 2008
Slps sarapan kami terus menuju ke pantai 'Black Stone' utk bermandi manda dan bergumbira.
Zohor di masjid dan terus melengkapkan matlamat ke Kuantan.... Kenduri Saudara Fariz Firdaus (skrg X-roomate) dgn Nurulhuda.... Ambik berkat cket...huhu.
Kemudian kami tour UIA Kuantan... alang2 lalu.......
Next destination-Sg Pandan waterfall, tapi alangkah kecewanya kami apabila airnya keruh akibat hujan....
Smpi rmh abby, kemas2, mkn mlm and terus kembali ke KL, smpi rmh jam 2.30 pg!!!! Satu trip yg singkat tapi padat....
Wednesday, November 19, 2008
ke KAU kah aku..???
Jeddah dalam igauan
Semalam baru dpt call dr ICEO (International Cooperation and Exchange Office)…. Berita baik, akhirnya Student Exchange Program telah dapat di conformkan….. akhirnya setelah hampir setahun ditunda. Ikut jadual asal September thn lepas interview, fly Nov 07 tunda – Feb08 – July08, akhirnya Nov08 baru confirm utk fly pd Feb09 (itu pun klu ICEO x buat hal lagi-tunda etc.). Begitulah kerenah birokrasi di UIA ni, smpi ada sstgh mmbr yg layak pergi dah pun give up dan putus harap.
Aku pun dgn pantas surf laman web King Abdulaziz University of Jeddah utk memilih sbjk yg bakal ku ambil…. Tapi alangkah terkilannya aku apabila menyingkap course yg ditawarkan, tiada pun subjek pilihan hati…..
‘Double degree; apa yg best sgt’
Memang K.A.U (King Abdulaziz University) menawarkan program ekonomi, program yg initially aku join sewaktu enroll ke UIA. Tapi berasakan minat yg mendalam dlm ilmu agama mendesak aku memilih program ‘Double degree’ (Bachelor of Economics & IRK). Telah 3 tahun aku berada di UIA maka telah complete subjek requirement utk B.Econs dan skrg tggl baki subjek utk mghbskan degree dlm IRK.
Oleh kerana KAU hanya menawarkan course economy dan tiada course IRK maka harapanku utk ke sana kian samar….. Apakah penantianku selama ini sia-sia sahaja…… atau ada sesuatu yg lebih baik menanti…… Hanya Allah yg Maha Mengetahui kerana Dialah perancang segala2nya…..
Saturday, November 15, 2008
iniperjalanankita.wordpress.com....
Selasa 11 Nov
Akhirnya bermulalah sebuah perjalanan……. Kali ini bercuti2 ke selatan bersama ikhwah UIA Gombak. 2 Avanza dan sebuah Nissan Latio Berjaya memuatkan 14 org ikhwah yg tak kurang kecilnya (sebesar syuk je)… Memang dinantikan jaulah ni lagi2 lepas tension exam. Dgn taklifat mghafal doa safar dan dua kuiz menanti, kami x sabar2 menjadikan jaulah ini kenyataan. Jam 9.30 malam kami bertolak (semoga Allah menjaga kami spnjg Jaulah ini) ke Seremban, jmpa dgn Akh Omar Kassim yg menanti kami di pejabat ISMA Seremban.
Akh Omar melayan kerenah Hafiz
Rabu 12 Nov
Keesokannya kami mengambil kesempatan menziarahi Us Halim di Sikamat. Alhamdulillah berpeluang berjumpa dengan orang yang hebat seperti beliau. Sambil bersarapan kami beramah mesra dengan insan yg memegang sarjana dlm bidang ‘chemical engineering’ di Uni Melbourne dan diploma lanjutan dalam bidang syariah di Mesir. Kesungguhan beliau utk ke Mesir di tanam sejak di bangku sekolah dan setelah gap beberapa tahun impian tersebut masih belum pudar.
Us Halim mendukung anak bongsu
Bertemu dgn org hebat seperti beliau serba sedikit tertempias auranya membuat kami kagum dan secara peribadinya aku yg sblm ini hanya mendengar cerita dan membaca blog beliau, hari ini baru dapat ku bertemu mata. Timbul rasa kepuasan dan semangat untuk menuruti jejak langkah kesungguhan beliau. Lebih menarik lagi, dalam umur 19 tahun beliau telah mendirikan rumah tangga dan kini baru memiliki 13 orang anak. (hehe…Bab kawin x dpt nk ikut la tapi anak blh nk compete lg….)
Tazkirah: Seorang Dai perlu memiliki sifat Ikhlas, Amal, Jihad dan Istiqamah (consistency)
Membuang tebiat di tengah pantai.....
Kami meneruskan langkah ke PD utk meneruskan aktiviti pantai. Agak diluar tabii jgk apabila main bola berpasangan tgh2 panas terik (jam12.30tghr). Meneruskan perjalanan ke Pasir Panjang utk bertemu dgn ikhwah UNiTI (Us Razman, Us Sofi, Ujang, Akh Abu Bakar, Cikgu Zain dan Us Sabri). Seusai mkn tghr dan mendgr tazkirah drpd Us Sofi, kami pantas menuju ke Melaka utk perhitungan futsal menentang ikhwah MMU. Hehe, biasala ikhwah Gombak mana nak kalah.
Muka2 kemenangan bersama ikhwh MMU
Malam itu kami menginap di pejabat ISMA Melaka sambil mendengar amal ikhwah Melaka. (UTEM, MMU, Politeknik Merlimau). –Kredit kpd Akh Rauf yg telah melayan kerenah kami.
Tazkirah: Kefahaman-membina individu muslim, msyrkt moslem…Uztaziyatul Alam
Khamis 13 Nov
Nak masuk kene byr, bergambar sude.....
Pagi2 dah Qiam fardi (la sgt…). Sarapan mapley (onne2…) dan terus sesi bergambar di depan Kapal di Bandar Melaka. Sempat pusing2 dan beli sedikit cenderamata. Destinasi seterusnya, Kulai bakal menjadi mangsa….. Disambut mesra oleh Pak Uteh (thanks a lot) dgn mkn tghr yg menyelerakan. Seterusnya Akh Fauzi membentangkan amal di Johor disulami dgn bubur lambok Johor special.
Penjaring hatrik 2X tersenyum besar di dpn (bersama ikh YPJ)
Saat perhitungan dgn ikhwah Johor (KRIM dan YPJ) menyaksikan pertembungan yg hebat; akhirnya terpaksa dimenangi oleh Ikhwah Gombak. Malam kami berziarah ke rumah Pakcik Tumiran (ayahnya Tom) demi berpinggan2 nasi ayam dan kemudian mendengar celoteh Pakcik Zain (ayahnya Ayman) sambil menjamu sandwitch dan cocktail….Peh, terseksa perut malam tu… Pakcik zain pun x krg hebatnya dgn pengalaman2 yg x ckp dikongsi semalaman. (like father like son la)….
Tom n tom's BIG family...
Pakcik Zin berjaya 'menggebang' kitorang
Tiba di masjid Taman Puteri, Kulai utk mengumpul kekuatan Qiam esok…
Jumaat 14 Nov
Qiam fardi lagi (la sgt…). Pagi2 lg slps subuh kami disuntik dgn input dr pak Uteh (Dakwah vs Ijazah) sbg bekalan kami. Hari ini kami mempunyai misi khidmat masyarakat menyampaikan sumbangan kepada keluarga kurang bernasib baik. Berpecah kpd 3 kumpulan (mgikut kereta), kmpln kami menziarahi seorang makcik yg membesarkan lima org anak dan menyampaikan smbgn sekadar yg mmpu. Terasa amat bersyukur kpd Allah melihat ni’mat kesejahteraan dan dakwah yg dilimpahkan kpdku. Kami tutup jaulah ini dgn post-mortem dan kata2 smgt dr pak uteh. Destinasi seterusnya kami ‘shoot’ ke UIA sambil tersinggah pekena cendoi jagung…
Terlalu byk yg kukecapi dlm jaulah ini dan x sabar2 menanti jaulah seterusnya…. Dgn tdk melupakan amal yg perlu dibuat diantara dua jaulah ini….